View: 1074|Reply: 0
|
[SARAWAK] KTS menyumbang empat alat penyembur galas kepada bomba
[Copy link]
|
|
Saling membantu camni kita nak
SIBU: Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia (BBP) Sibu Sentral menerima empat alat penyembur galas sumbangan KTS Trading Sdn Bhd bagi kegunaan nyah cemar.
Pengurus Besar (Bahagian Jentera Ringan) KTS Trading Sdn Bhd Augustine Ling menyerahkan sumbangan tersebut kepada Ketua BBP Sibu Central Abdul Mutalif Jaafar di tingkat bawah bangunan KTS Trading di Sibu, hari ini.
Mutalif ketika ditemui pemberita berkata, BBP Sibu Sentral pada masa ini hanya mempunyai empat unit penyembur galas jenis manual.
Beliau berkata, dengan peningkatan kes COVID-19 di Sibu, mereka menerima banyak permohonan untuk melakukan operasi nyah cemar di wilayah tengah ini.
"Dengan empat unit mesin penyembur beg galas baharu ini yang menggunakan minyak, membolehkan kami melaksanakan operasi nyah cemar dengan lebih efisien. Ini juga dapat membantu mengurangkan anggota kami terdedah kepada risiko jangkitan jika operasi nyah cemar dilakukan dengan cepat," katanya.
Sehubungan itu, beliau merakam terima kasih kepada KTS kerana menyumbangkan peralatan tersebut kepada BBP Sibu Sentral.
Beliau berharap inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) KTS ini dapat membantu mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 dalam kalangan masyarakat di tempat-tempat awam.
Mutalif juga berkata, mereka mempunyai anggota yang mencukupi untuk melaksanakan operasi nyah cemar di Sibu.
"Kebiasaannya operasi nyah cemar kita akan jalankan sekiranya terdapat permintaan daripada Jawantankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi Pejabat Residen," katanya.
Mutalif memberitahu, pihaknya telah menjalankan proses nyah cemar baru-baru ini di Kompleks Islam Sibu, SMK Chung Hua, Pasar Sentral Sibu dan lain-lain.
Hadir sama Pengurus Pembangunan Perniagaan KTS Trading Sdn Bhd Kevin Lau.
oleh
Borhaniza Ali Basah
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|