CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1675|Reply: 2

[Dunia] Prosiding terhadap Trump mungkin bermula Selasa depan

  [Copy link]
Post time 15-1-2021 09:44 AM | Show all posts |Read mode
Edited by penguin9413 at 15-1-2021 04:23 PM


WASHINGTON: Prosiding pendakwaan terhadap Presiden Donald Trump berkemungkinan bermula dalam tempoh seminggu lagi selepas beberapa pelantikan untuk mengendalikan pertuduhan dibuat minggu ini, kata pemimpin majoriti Dewan Senat, Mitch McConnell.
McConnell berkata beliau menjangkakan Dewan Perwakilan akan menyerahkan kertas pertuduhan terhadap Trump kepada Senat dalam tempoh terdekat.
“Jika (prosiding) diteruskan, kita akan melalui beberapa langkah peringkat awal minggu ini termasuk upacara angkat sumpah anggota Senat,” katanya sambil menambah beliau berharap semua proses pentadbiran dapat diselesaikan sebelum prosiding pertuduhan bermula Selasa depan.
Trump berhadapan pertuduhan salah guna kuasa dan menghalang kuasa Kongres dan 100 senator di Dewan Senat akan menghakimi pertuduhan berkenaan.
Mengulas lanjut, McConnell berkata, pada Khamis atau Jumaat ini, Ketua Hakim Mahkamah Agung, John Roberts akan mengangkat sumpah untuk mengendalikan perbicaraan itu, yang mana ia mungkin berlanjutan sekurang-kurangnya dua minggu dan mungkin berterusan hingga pertengahan bulan depan.
Trump menjadi presiden ketiga dalam sejarah Amerika Syarikat yang berhadapan pertuduhan, yang mana keputusan akhirnya mungkin menyebabkan Presiden dipecat.
Bagaimanapun kemungkinan ke arah itu tipis kerana parti Trump, Republikan menguasai 53 kerusi manakala 47 lagi Demokrat. Majoriti dua pertiga diperlukan daripada ahli Senat untuk menyokong pertuduhan bahawa Trump bersalah.
Trump menghadapi pertuduhan pada 18 Disember apabila Dewan Senat secara rasmi menuduhnya menyalahguna kuasa apabila mendapatkan bantuan Ukraine dalam kempen pemilihan semulanya sebagai Presiden.
Beliau dituduh menangguhkan bantuan ketenteraan bernilai AS$391 juta kepada Ukraine bagi mendesak Kiev menyiasat bekas naib presiden Joe Biden, antara tokoh utama Demokrat untuk dinamakan sebagai calon presiden dalam dalam pemilihan parti tahun ini. - AFP

Sumber: Bharian Online

https://twitter.com/TaisiyaVerna/status/1348533273086095360
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2021 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Trump dibenci sebab tak nak ikut kemahuan jew palsu iaitu taknak teruskan perang ke atas negara lain tapi Trump perang habis-habisan satanic ritual child sacrifice, human trafficking, child sex slave, drugs cartel..

Sniffin Pedo Joe Biden. Anak pun Pedo, Hunter tak bermoral.

Yg sokong Biden sama fahaman macam Biden. PEDO

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2021 02:31 PM | Show all posts
sehirkedi replied at 15-1-2021 10:27 AM
Trump dibenci sebab tak nak ikut kemahuan jew palsu iaitu taknak teruskan perang ke atas negara lain ...

Kali ini Biden dipilih sebagai presiden bukan kerana dia sangat popular, tetapi kerana banyak orang membenci Trump.


Masalah besar lain ialah platform sosial secara langsung melarang akaun presiden tanpa keputusan mahkamah, yang jelas merupakan campur tangan langsung dalam politik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:40 AM GMT+8 , Processed in 0.063769 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list