CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1278|Reply: 0

Bruce Willis Akhirnya Kena Halau

[Copy link]
Post time 14-1-2021 12:11 PM | Show all posts |Read mode

Bruce Willis dihalau keluar dari sebuah farmasi kerana tidak memakai pelitup muka. (Gambar Facebook)


FMT

Pelakon Bruce Willis, 65, dihalau keluar dari sebuah farmasi kerana tidak memakai pelitup muka.

Bukan hanya itu, pelakon lagenda ini juga tidak mahu menutup mulut dan hidungnya langsung apabila memasuki farmasi tersebut walaupun di lehernya tergantung sehelai skaf.

Pelanggan yang berada di dalam premis berkenaan turut berang dengan sikap pelakon Die Hard itu sehingga dia dihalau keluar dari situ. Willis kemudian keluar tanpa membeli apa-apa.

Jumlah kematian akibat Covid-19 meningkat di California iaitu mencecah lebih 30,000 orang dan Los Angeles adalah kawasan paling teruk terjejas dengan wabak ini.

Setiap minit, 10 orang disahkan positif Covid-19 di bandar raya menyebabkan penduduk diwajibkan memakai pelitup muka setiap masa terutama ketika keluar membeli-belah atau ke tempat awam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 09:36 PM GMT+8 , Processed in 0.552902 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list