Kredit : shutterstock.com
Nak kurangkan rasa kesal atau bersalah melantak di restoran makanan segara?
Bagi peminat burger, pakar pemakanan dan diet, Emily Field menasihatkan untuk makan dua biji burger berbanding makan burger bersama dengan hidangan sampingan favorite semua orang, french fries ataupun kentang goreng.
Makan dua burger akan meningkatkan pengambilan protein sebanyak empat kali ganda, sekali gus mengurangkan pengambilan kalori dan membolehkan perut anda kenyang dengan lebih lama.
Sebagai contoh, burger McDonalds memiliki 250 kalori dan 13 gram (g) protein, manakala pesanan fries bersaiz sederhana mempunyai 337 kalori dan 3.3g protein.
Kalau makan fries, ia hanya menambahkan jumlah kalori kerana mengandungi karbohidrat yang tinggi, dan ada kaitan dengan kenaikan berat badan.
Burger mempunyai 31g karbohidrat, manakala kentang goreng 42g.
Tambah Field, banyak kajian yang menunjukkan kita mengambil banyak makanan yang mengandungi lemak tepu yang merupakan punca arteri tersumbat.
Fries mengandungi lebih banyak lemak tepu, iaitu 3g berbanding 1.5g untuk burger.
Tetapi jangan acah-acah anda sihat pula dengan mengikuti nasihat ini. Makanan segera bukan pilihan yang sihat, ini hanya nasihat untuk mengurangkan ancaman kepada kesihatan kita.
Sumber: Daily Mail |