CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1907|Reply: 1

Ifan Seventeen Sedih Dan Terkejut, Rakan Seperjuangan Antara Mangsa Nahas Pesaw

[Copy link]
Post time 13-1-2021 08:31 AM | Show all posts |Read mode
Kejadian pesawat Indonesia, Sriwijaya Air Flight SJ182 yang terhempas pada Sabtu lalu turut memberi kesan kepada vokalis kumpulan Seventeen iaitu Ifan.


Memetik laporan Liputan6, Ifan mengakui dia terkejut apabila mengetahui berita mengenai nahas kapal terbang yang berlepas dari Lapangan Terbang Seokarno Hatta, Jakarta menuju ke kampung halamannya di Pontianak.


Menurut Ifan, ketika mengetahui berita tersebut dia berdoa agar tiada kenalan yang terlibat namun hatinya sangat sedih apabila mengetahui salah seorang mangsa nahas tersebut merupakan sahabatnya di kampung.


Foto: IG




"Sudah tentu saya sangat terkejut sebab sebagai anak seni, sudah menjadi kebiasaan menaiki kapal terbang. Kalau ada berita kapal terbang terhempas, pasti membuatkan jantung berdebar.


"Sebab teringatkan ada kawan atau keluarga serta saudara-mara. Bila dapat tahu berita itu, pertama kali saya berdoa agar tiada saudara yang terlibat sama. Maksud saya, perkara ini boleh terjadi kepada sesiapa saja.


"Ternyata, salah seorang mangsa nahas kapal terbang itu adalah sahabat, teman, rakan sepejuangan saya. Sedih sangat," kata Ifan.


Dalam kejadian pada petang Sabtu lalu, pesawat yang membawa 62 penumpang termasuk anak kapal terputus hubungan selepas berlepas dari lapangan Terbang Soekarno Hatta menuju ke Pontianak.


Pesawat tersebut dilaporkan terhempas dan menjunam ke dalam laut di Kepulauan Seribu, empat minit selepas berlepas dari lapangan terbang berkenaan. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2021 04:08 PM | Show all posts
takziahhh la ye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 10:32 AM GMT+8 , Processed in 0.511177 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list