View: 6675|Reply: 53
|
[Tempatan]
Tak ada istilah terkandas. Yang ada di kampung mesti balik sebelum Jumaat ni
[Copy link]
|
|
Yang masih di kampung, pulang segera sebelum Jumaat – Ismail Sabri
By
Manzaidi Mohd Amin -
12 January 2021
LUALA LUMPUR – Kerajaan mengambil langkah betul apabila mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) mulai tengah malam ini hingga 26 Januari ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu diambil kerana kerajaan memandang serius fenomena penularan Covid-19 yang mencatat angka empat digit.
Katanya, atas keutamaan keselamatan rakyat dan memastikan penularan dapat diminimumkan, kerajaan melaksanakan PKP di negeri yang mencatatkan kes harian tertinggi seperti Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya), Johor, Melaka dan Sabah.
“Dengan pelaksanaan tiga perintah ini, pergerakan rentas negeri dan daerah tidak dibenarkan di seluruh negara selama tempoh dua minggu ini.
“Sebelum ini kerajaan melonggarkan peraturan, tetapi apabila angka positif Covid-19 naik, rentas negeri tidak lagi dibenarkan, sama ada di kawasan PKP, PKPB dan PKPP, kecuali dengan kebenaran polis,” katanya pada sidang media perkembangan harian Covid-19, hari ini.
Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan PKP, PKPB dan PKPP di beberapa negeri, bagi mengekang penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat.
Selain PKP, antara negeri yang dilaksanakan PKPB ialah Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan, manakala PKPP dikuatkuasakan di Perlis dan Sarawak.
Mengenai mereka yang pulang ke kampung, tetapi belum sempat balik ke negeri tempat bekerja, Ismail Sabri berkata, kerajaan menerusi polis memberi kelonggaran sehingga Jumaat ini untuk semua mereka pulang.
Katanya, Sekatan Jalan Raya (SJR) mulai dijalankan pada malam esok dan selepas berbincang dengan polis, ada kes tertentu diberikan kelonggaran seperti mereka yang sudah membeli tiket penerbangan dan bas.
“Kita tidak batalkan penerbangan, mereka boleh teruskan. Begitu juga bas ekspres, kelonggaran ini diberikan kepada mereka yang ada sebab tertentu seperti melawat keluarga sakit dan sebagainya.
“Saya nasihatkan yang berada di kampung, pulang segera, paling lewat Jumaat ini. Selepas itu penguatkuasaan agak tegas dan tiada kelonggaran lagi,” katanya. – MalaysiaGazette |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
hahah adan ukeeee. boleh la lupakan hasrat pura2 kandas |
|
|
|
|
|
|
|
Awat bg sampai jumaat..baiknya awak..kalau aku jd menteri aku bg masa sampai rabu sblm 12 tghmlm je...
Bg masa lama2 tu utk diorg merayap kt kampung lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balikla cepatt..semak hiway jem gilaa tadi |
|
|
|
|
|
|
|
Kiranya sempatla balik mlm ni ke kg ..
Balik kl balik jumaat |
|
|
|
|
|
|
|
Ada kelonggaran lagi? I lebur duit beli tiket baru sebab nak elakkan sampai terlalu lewat ke tempat bertugas. Risau tak lepas and nak elakkan terkandas. By hook by crook kena balik juga. Kalau diberi sampai jumaat..nanti ada lagi nak balik tempat bertugas sabtu dan ahad. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga babi2 yang nak balik kampung bercuti untuk suka2 tak terlepas pulang. Kesian para doktor dan jururawat takde masa nak rehat. Dah la gaji kecik, kerja teruk. Bahaya nyawa lagi. Rakyat dan menteri sama2 bodoh. |
|
|
|
|
|
|
|
Karak hiway arah ke pantai timur jem tadi..i wonder org pantau timur berpusu nk pulang semula ke rumah atau org yg duk kat kl selangor tp nk blk kg sbb nk wfh kat kg |
|
|
|
|
|
|
|
slmt pulang..
mesti yg balik kg tu ada reason dorg yg tersendiri..tp i ni dh 5 bln xjmpa parents..rindu tp my dad ckp jgn balikk kalau xswab
o
|
|
|
|
|
|
|
|
bakingsoda: hahah adan ukeeee. boleh la lupakan hasrat pura2 kandas
Betholllll... meluat aku dengan cikgu2 skola aku yg dari kelantan,terengganu, perak nak pura2 kandas plak lat kg masing2. Bukan kena banjir punn!.dah nama kena bertugas, tunaikan laaa tanggungjawab tu. |
|
|
|
|
|
|
|
info trafik pun ckp Lembah Klang jem teruk mlm ni |
|
|
|
|
|
|
|
Patut la tak nampak banyak khemah roadblocks malam ni. |
|
|
|
|
|
|
|
vee_zara replied at 12-1-2021 11:21 PM
Betholllll... meluat aku dengan cikgu2 skola aku yg dari kelantan,terengganu, perak nak pura2 kand ...
weekend ade kenduri... mesti lah balik hari ahad lepas pkul 12mlm...
gomen pun satu bagi jawatan kt org2 yg berasal pantai kt kl selangor ni dh kenapa... nyusahkan org... byk company implemented xnak amik org kelantan ni lg..lepas byk rekod history pasal balik kg..
|
|
|
|
|
|
|
|
Jammed kat mana2..
Balik kg kut korang ni |
|
|
|
|
|
|
|
klu nak amik anak kat kedah by khamis n balik semula jumaat boleh ke?
means nak menghala ke kedah tu hari khamis...boleh?
tny utk jiran ni..huhuhu
|
|
|
|
|
|
|
|
rkyat malaysia dan jem dah sebati.. haha |
|
|
|
|
|
|
|
X abis abis bodoh depa ni...mesti ada lagi drama kandas lepas ni..mohon polis trafik yg debik mat motor hari tu ketuai rodblok |
|
|
|
|
|
|
|
aku dah setahun tak blk Sabah. Takde pun keriau. Orang melayu ni drama byk. Aku last blk KK January 2020. Sepatutnya March 2020 dan raya 2020 aku blk KK. Tp gara gara Covid tak dpt balik. Pastu tiket aku tunda nak blk KK bulan Nov, kena lagi PKPB. Sabah pun kes byk. Tunda lagi. Mak aku pun takdelah riuh rendah menangis berendam air mata, drama TV3 suruh balik. Kuat drama sungguh org Melayu ni. Kita dlm keadaan pandemik. Bertenang dan bersabar. Bukannya esok nak kiamat tak dpt balik. Msh blh video call mak setiap hari.
|
|
|
|
|
|
|
|
senang cite yg suka balik kampung tiap tiap minggu, asal ada cuti balik kampung ni, suruh kerja kat kampung saja. Jgn dok bandar.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|