Kecoh apabila Fatin Afeefa mendedahkan perbualan dengan anak perempuannya, Ivy Herra Sophia yang mendakwa pernah tidur sebilik dengan bapanya, Adam Shahz bersama teman wanita ketika bercuti.
Kredit foto: IG
Fatin bagaimanapun memadam video berkenaan termasuk beberapa status beremosi mendakwa sudah empat tahun Adam tidak memberi nafkah anak.
Dia kemudian memohon maaf kerana mendedahkan aib bekas suaminya itu.
Kredit foto: IG Story/mStar
Sudah tidak tahan memendam perasaan, katanya yang turut kesal apabila ada pihak menuduh dia membuat fitnah dan anaknya mereka cerita.
Kredit foto: IG Story
Sementara itu, Adam yang dihubungi mStar menegaskan semua yang didakwa Fatin adalah fitnah terhadap dirinya dan dia nekad membawa perkara itu ke mahkamah.
"Saya tak nak beri kenyataan sebab nak bawa perkara itu ke mahkamah. Apa yang dikatakan pihak sana (Fatin) itu fitnah! Saya sedar, diri bukan la baik sangat tapi tidaklah sampai saya nak buat perkara tak senonoh depan anak.
"Apa-apa pun, tak ada apa yang saya boleh komen lebih lanjut dan kita biarkan mahkamah yang menentukan nanti," katanya kepada mStar. - CARI
kalau dah rasa benda tu sampai mengaibkan nama dan reputasi, iols rasa wajar lah proceed saman. tp secara praktikalnya, zmn2 covid ni nak bayo duit lawyer, rasa mcm x berbaloi plak. sebab susah nak cari duit zmn ni. hmm..
Post time 12-1-2021 09:23 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Yang pentingg!! Nafkah kena bayar!! Kalu x mampu tanggung sorang2 duit sek anak jgn msk kat sek tu! Dah tau ex laki jenis setakat tu je mampu byr?? Kalu diri kita mampu, proceed xyah nak bising kat socmed.. Adeehhh... Common sense yach! xmampu buat x mampu(zmn covid kot) , mampu? Xyah bising2, bkn tuk sapa2 pon utk anak sendiri jugak
bukan nya si adam tu tido ngan makwe dia satu katil. sama bilik tp lain katil. hapoooo. yg anak pompuan satu katil ngan makwe, yg anak laki ngan si adam tu.
Post time 12-1-2021 01:37 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by Minami2013 at 12-1-2021 05:39 AM
Anyway, cuma nk ckp reputasi dia pun bukan nye bagus sgt, pas tu nk buka aib org lain, padahal boleh je fwd video tu kat tuan punya diri. Supaya kalau tak betul, yg punya diri boleh bgtau, kalau betul, nasihat lah supaya beringat, anak tu memerhati.. lastly, kemain nama anak, mcm nama perempuan jelmaan...