|
Erra Fazira mengakui sukar membuat pilihan selepas diberi cabaran memilih beberapa perkara di satu permainan video dalam aplikasi TikTok.
Dalam permainan itu, Erra perlu memilih banyak perkara termasuk mendedahkan dirinya sama ada masih 'single' atau sudah berpunya.
Kredit foto: IG Erra
Namun, apa yang menarik perhatian, di dalam video tersebut Erra perlu memilih ciri lelaki yang disukainya.
Antara ciri pilihan Erra adalah berjambang, rock, berbadan sado, tinggi, cerah dan kereta.
Namun, apabila perlu memilih muda atau tua, Erra bagai sukar untuk memilih dan telah meninggalkan ia tanpa jawapan apabila berjalan di tengah-tengah di antara jawapan tersebut.
Video yang dimuat naik ke akaun Instagram miliknya itu mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata akui ciri-ciri lelaki itu sama seperti penyanyi rock, Awie.
Pun begitu, Erra memberitahu ia sekadar gurauan dan sukar untuk membuat pilihan yang diberi pihak pengurusannya, Mind Order.
"Jangan marah, kita suka-suka je. Payah oooo nak buat pilihan!!
"Siapaaa laaa punya idea ni! Terima kasih pihak @mindorder..mencabar soalan ek," katanya.
Erra sudah tujuh tahun bergelar ibu tunggal kepada seorang anak, Engku Alisya selepas dua perkahwinannya bersama Yusry Abdul Halim dan Engku Emran berakhir di tengah jalan.
Sumber: Gempak
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|