View: 852|Reply: 0
|
PGA Sarawak rampas 17,100 karton rokok seludup, lori bernilai RM2.6 juta
[Copy link]
|
|
KUCHING: Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak merampas 17,100 karton rokok pelbagai jenama dan sebuah lori dengan jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai lebih RM2.6 juta di sebuah premis kediaman di Taman Shun Lee, Siburan tengah malam tadi.
Komander Briged Sarawak PGA SAC Mancha Ata berkata, dalam Op Libas yang dijalankan sekitar jam 12.05 tengah malam itu, pihaknya turut menahan seorang lelaki warganegara tempatan.
"Sepasukan polis dari Unit Risik Ibu Pejabat Briged Sarawak PGA telah menjalankan serbuan dan pemeriksaan ke atas sebuah premis kediaman bertempat di Taman Shun Lee, Batu 11½, Siburan.
"Premis kediaman ini disyaki dijadikan tempat penyimpanan rokok belum lulus Kastam," katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelasnya lagi, hasil pemeriksaan lanjut telah menjumpai sejumlah rokok pelbagai jenis berjumlah 17,100 karton (3,420,000 batang) rokok pelbagai jenama.
"Seorang lelaki warga tempatan telah ditahan dan sebuah kenderaan jenis lori turut dirampas dalam serbuan tersebut," tambahnya.
Mancha memberitahu, anggaran jumlah rampasan keseluruhan adalah bernilai RM2,645,000.
Tegasnya, kesemua rampasan dibuat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
oleh
Rusnan Mustafa
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|