Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mewakili kerajaan hari ini bagi memeterai perjanjian dengan Pfizer (Malaysia) Sdn Bhd bagi mengeluarkan dan membekalkan vaksin Covid-19 Pfizer di negara ini.
Kredit foto: Time Magazine
Perjanjian itu lanjutan kepada perjanjian 'Binding Heads of Terms' (perjanjian awal untuk mengikat terma) yang ditandatangani pada 24 November lalu.
KKM dalam satu kenyataan memaklumkan perjanjian dimeterai secara maya oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba mewakili kerajaan Malaysia dan Pengurus Negara Pfizer (Malaysia dan Brunei) Luksanawan Thangpaibool bagi pihak Pfizer pada jam 10.30 pagi tadi.
Kredit foto: Bernama
Majlis menandatangani perjanjian disaksikan oleh Ketua Pasaran Baru Muncul Asia Pfizer Anil Argilla.
Berucap pada majlis itu Dr Adham berkata, kerajaan Malaysia menghargai sokongan diberi oleh Pfizer dan berharap bekalan vaksin akan tiba di negara ini lebih awal.
Argilla pula berkata, Pfizer komited memastikan bukan sahaja akses kepada vaksin tetapi juga bekerja bersama bagi mengakhiri pandemik.
"Ini merupakan satu langkah ke depan yang memberikan keupayaan untuk mengawal dan juga kemungkinan menamatkan terus penularan pandemik ini di Malaysia," katanya.
Perjanjian dengan Pfizer (Malaysia) Sdn Bhd membabitkan perolehan vaksin sebanyak 12,799,800 dos yang akan dibekalkan mulai penghujung bulan Februari 2021 meliputi peratus populasi penduduk Malaysia dengan dua dos seorang.
Kredit foto: Berita Harian
Perjanjian yang dimeterai pada hari ini untuk fasa pertama dengan penghantaran vaksin ke seluruh negara.
Kerajaan juga bersetuju membuat perolehan bekalan tambahan 12.2 juta dos yang menjadikan jumlah keseluruhan vaksin Pfizer-BioNTech BNT1262b sebanyak 25 juta dos meliputi peratus populasi penduduk Malaysia dan akan diterima sepanjang tahun 2021.
Sumber: Harian Metro |