CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3412|Reply: 8

Nurul Janatul Sekeluarga Kene Kecam

  [Copy link]
Post time 10-1-2021 12:16 PM | Show all posts |Read mode

Nurul Janatul yang dikecam ketika bersiaran langsung di TikTok. FOTO ihsan pembaca


Redzuan Muharam
redzuan.muharam@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: "Saya boleh bersabar lagi jika mereka (warganet) mengecam fizikal saya tetapi jadi sedih dan marah apabila ada yang mengaitkan keluarga kerana ayah saya sudah lama meninggal dunia," kata mangsa 'faceshaming', Nurul Janatul Sobah Rajaai.

Nurul Janatul, 21, yang menetap di Bagan Datoh, Perak menerima kecaman hebat warganet berhubung paras rupanya ketika bersiaran langsung di TikTok, tengah hari kelmarin.

Bercerita lanjut, Nurul Janatul berkata, insiden itu berlaku ketika dia berkongsi teknik solekan wajah dengan pengikutnya di aplikasi berkenaan.

"Seperti biasa, saya akan bersembang sementara menunggu lebih ramai pengikut menyertai siaran langsung diadakan.

"Namun, sebelum bermula lagi sesi tutorial sudah ada yang mengecam dan menyamakan wajah saya dengan khinzir dan sampah.

"Ada juga yang meminta saya menamatkan siaran langsung dan menutup akaun TikTok tetapi paling terkesan apabila seorang warganet mempersoalkan ibu ayah saya tidak mengajar saya.

"Biarpun dikecam, saya teruskan tutorial dan membersihkan solekan selepas itu sebelum menghentikan siaran langsung selepas sejam.

"Tindakan itu bukan kerana sentap seperti diperkatakan mereka (warganet) tetapi geram apabila ada yang sanggup menghina hingga mempermainkan keluarga saya," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Nurul Janatul, dia tidak tahu kisahnya itu tular sehingga menerima kiriman mesej daripada seorang pengikutnya di Instagram (IG).

Nurul Janatul berkata, pada mulanya dia memang berhasrat membuat laporan polis susulan apa yang berlaku.

"Saya dan keluarga ada memeriksa akaun individu terbabit juga sudah dinyahaktif. Malah, keluarga nasihatkan untuk tidak memanjangkan isu berkenaan lagipun individu terbabit masih bersekolah jadi tidak mahu dia diambil tindakan," katanya.

Nurul Janatul berkata, dia bukan peniaga alat solek sebaliknya meminati bidang solekan sejak berusia 18 tahun dan ada kalanya membuat ulasan mengenai produk digunakannnya.

"Saya membuka akaun TikTok sejak tiga tahun lalu dan aktif memuat naik pelbagai video secara rakaman serta siaran langsung yang lazimnya berkaitan hobi saya iaitu solekan.

"Memang saya ada menerima komen negatif sebelum ini namun kelmarin adalah yang paling teruk," katanya.

Nurul Janatul berharap, sikap menghina paras rupa dan bentuk badan seseorang dihentikan dalam kalangan masyarakat.

"Mudah saja, jika sesuatu perkongsian video dan sebagainya tidak kena dengan citarasa anda, abaikan serta jangan tonton.

"Adab kena jaga, kita perlu hormat orang dan jangan sentuh peribadi terutama hal berkaitan keluarga.

"Saya terima apa yang berlaku ini sebagai ujian dan terima kasih kepada semua yang memberi kata semangat termasuk daripada penyanyi Yuna dan Aizat Amdan menerusi ciapan mereka di Twitter," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2021 12:25 PM | Show all posts
Bad publicity still publicity kan. Ada hikmah sebalik kejadian. Ramai org simpati makin ramai org follow... good luck noks...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2021 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak abis2 lagi ke dik oiiiii???
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2021 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini bukan face shaming atau body shaming atau whatever ya. Sekadar nak menyuarakan rasa terkejut yang sheols ni baru 21 tahun (DUA PULUH SATU TAHUN). Iols cuma nampak snippets of her live kena share kat FB and iols sangat bersimpati dengan makcik ni. Tak tau pula dia ni pangkat adik bertahun-tahun-tahun muda daripada iols
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2021 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
byk nya thread dia ni... nnt ada la alep stukri or any other founder timbang kilo ambik jadi duta kejap.. sementara tgh viral
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2021 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Perigi cari timba.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2021 10:46 AM | Show all posts
fairy_fairy replied at 10-1-2021 01:20 PM
Ini bukan face shaming atau body shaming atau whatever ya. Sekadar nak menyuarakan rasa terkejut yan ...

lerr baru 21 ke uols?
kita pun bukan ngutuk .. faceshaming.. bodyshaming whatevaaaaaaaaah
tapi... mmm mmm mmm.......
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2021 11:04 AM | Show all posts
badan terlebih ukuran boleh dikutuk2...

tapi janganlah kutuk muka,  sebab itu anugerah Pencipta...
kalau diberi pilihan, semua pun nak cantik juga......

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2021 11:57 AM | Show all posts
kalau aku jumpa depan2 ni aku panggil kakak jek..hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.094193 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list