CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2195|Reply: 7

"Jangan Ulas Kes Mahkamah Bagi Pihak Parti" - Ahmad Maslan Ditegur KJ

[Copy link]
Post time 8-1-2021 04:08 PM | Show all posts |Read mode
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin menggesa Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan untuk tidak membuat kenyataan menggambarkan Umno kecewa dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana beberapa kes mahkamah.







“Jangan bercakap bagi pihak parti untuk isu ini.

“Kamu dan beberapa yang lain akan kelihatan ingin melihat campur tangan pihak eksekutif dalam proses kehakiman, maka kita ini sama seperti Tommy Thomas dan (Lim) Guan Eng,” katanya dalam akaun Instagram.


Thomas dilantik sebagai peguam negara pada Jun 2018 lalu. Susulan itu, pada September tahun sama, tuduhan rasuah ke atas setiausaha agung DAP dan menteri kewangan ketika itu digugurkan.




Kredit foto: IG KJ




Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan / Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Hanafiah Zakaria berkata, dia menggugurkan tuduhan ke atas Lim kerana melihat kesukaran pihak pendakwaan untuk memenangi kes tersebut.


Bahkan, dia tidak memberitahu Thomas sehingga saat-saat terakhir. Penjelasan penuh boleh dibaca di sini.


Ahmad kini dibicarakan atas dakwaan gagal mengisytiharkan RM2 juta yang diterimanya daripada perdana menteri ketika itu, Najib Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada 2013.


Dalam satu temu bual siaran langsung bersama Media Umno di Facebook 4 Jan lalu (Isnin), Ahmad mendakwa salah satu sebab utama Umno tidak puas hati dengan kerajaan adalah kerana langkah PN untuk meneruskan kes mahkamah terhadap parti tersebut dan para pemimpinnya.

"Ini tak wajar dibuat […] kes-kes yang dibawa ke mahkamah ini ialah kezaliman zaman (bekas perdana menteri) Dr Mahathir Mohamad, (bekas peguam negara)Tommy dan (bekas ketua pesuruhjaya SPRM) Latheefa Koya.

“Mahathir dah tak ada dalam kerajaan, Tommy Thomas tak tahu ke mana, Latheefa Koya pun tak tahu pergi mana. Tetapi, kenapa kes yang mereka bawa ini diteruskan?” soalnya dalam satu dialog dua hari lalu.


Katanya lagi, kes-kes tersebut menandakan kerajaan sekarang juga bertindak "zalim", justeru PRU perlu diadakan untuk memilih kerajaan baru.


Pada 7 Jan lalu, Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dipengerusikan presidennya Ahmad Zahid Hamidi memutuskan untuk membawa usul isu hubungan tegang parti itu dengan Bersatu dalam Perhimpunan Agung Umno, yang dijadual 31 Januari ini.




Sumber: MalaysiaKini

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2021 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus mad maslan

berani nyata pandangan

nak harap KJ, zaman Najib pun dia tikam Najib

rupanya target presiden

hampas
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2021 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kj mana mana gomen dia boleh menyelit..lihat keupayaan dia..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2021 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai KJ ...buat2 tak faham pulak...Ahmad Maslan tu cakap pasal pendakwaan terpilih...kenapa yg pimimpin umno kena macam2 tapi yg sokong Bersatu tak kena...tokpa, assmin, annuar Musa etc. Umno jer ke yg tak boleh terima political donation? Kau pun ada kes KBS dulu audit hilang 100 juta kan kau cakap tak tau padahal kau menteri dulu. Nanti Umno bangkit kan balik isu tu kau terduduk nanti. Kerja kau bodek boss jer lah ....performance fail.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2021 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh pulak video semburit punya jelas jadi kabur
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2021 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Bff

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2021 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kj tu.buat buat bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2021 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Since when ye umno leaders better than lim guan eng? Since never?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:47 AM GMT+8 , Processed in 0.047885 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list