View: 1567|Reply: 5
|
Seekor Tuna Indonesia Laku Dijual Lebih RM6k Di Jepun
[Copy link]
|
|
Seekor ikan tuna Indonesia berjaya dijual pada harga 160,000 yen (kira-kira RM6,247) di pasar segar Sapporo Hokkaido di sini, Selasa lalu.
Tribun News melaporkan peniaga di pasar berkenaan mendakwa berlaku kenaikan harga berbanding tahun lalu.
Gambar hiasan
Kredit foto: AFP
"Harganya bagus namun lebih murah berbanding tahun lalu mungkin kerana pengaruh Covid-19 yang menular di Jepun," kata Tsutsui, seorang peniaga ikan di pasar itu.
Jualan ikan disebut Hatsuseri dan tuna segar bermula kelmarin selepas pembukaan pasar di Sapporo itu.
Tahun ini, acara lelongan tuna dijalankan dengan mengikuti prosedur kesihatan dan jumlah peserta dihadkan.
Mereka yang hadir ke acara di pasar itu dikehendaki menggunakan pelitup muka, melakukan sanitasi dan menjaga jarak dengan satu sama lain.
Tuna dengan harga tertinggi adalah tuna mebachi dari Indonesia dengan berat 73 kilogram (kg) yang dijual dengan harga 2,200 yen (kira-kira RM86) setiap kg.
Berbanding tuna yang mencecah harga tertinggi pada awal tahun lalu, harga setiap kilogram ikan itu dikatakan turun sekitar 800 yen (kira-kira RM31.20).
Penurunan harga itu berikutan permintaan tuna yang berkurangan pada akhir tahun dan tahun baru akibat Covid-19.
"Sempena tahun ini, saya berharap kita semua dapat kembali menjalani kehidupan harian dengan lebih baik dan semangat kebersamaan," kata Datuk Bandar Sapporo, Katsuhiro Akimoto dalam ucapannya.
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bangga la puak2 indo bila dpt tau pasal hal ni. Berkah pak joko, indo dapat tuna termahal gituh. |
|
|
|
|
|
|
|
ikan tuna tu ikan tongkol@ kayu kan? ai like |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg fresh n lemak berkrim tuna hokkaido ni.iol mkn kat morning market hakodate. Cuma ada ke tuna yg hidup kat perairan indon ni, ke aku yg duduk bwh tempurung |
|
|
|
|
|
|
|
Wow siap ada lelongan lagi..indon mendunia |
|
|
|
|
|
|
| |
|