Ni baru roti banjir!
Walaupun banjir melanda, sebuah premis perniagaan yang tidak dinyatakan tempatnya tetap beroperasi seperti biasa. Video tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna dikenali sebagai MighaPiljah di laman Twitternya.
Pelanggan juga duduk di bangku sambil merendam kaki di dalam air yang mengalir laju seolah-olah tiada apa berlaku, sekali gus memberi suatu suasana yang menarik.
Kelihatan jua beberapa orang rider penghantar makanan sedang menunggu di luar kedai.
Video ini mendapat pelbagai reaksi wargamaya.
Kesiannya...
Kalau ada yang order teh ais senang takyah bancuh
Tak bersih langsung!!
Kredit foto: Twitter MighaPiljah
Musim hujan/banjir memang buat kita cepat rasa lapar. Orang ramai mengalami kesukaran untuk memasak di rumah dalam situasi banjir ketika ini dan ini mungkin merupakan salah satu faktor kedai makan dibuka seperti biasa.
Malah laporan akhbar turut menyatakan beberapa jenis perniagaan lain tetap beroperasi seperti biasa demi memenuhi keperluan orang ramai.
Walaubagaimanapun, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM), banjir yang berlaku akan menyebabkan sampah sarap dan takungan najis keluar bersama-sama limpahan air dan bertaburan di merata-rata tempat sehingga mengakibatkan pelbagai jenis penyakit berjangkit seperti berikut:
A. Penyakit Bawaan Air dan Makanan
Penyakit bawaan air dan makanan kerap berlaku semasa dan selepas kejadian banjir adalah seperti Demam Kepialu (Typhoid), Taun/Kolera, Hepatitis A, Disentri dan keracunan makanan.
B. Penyakit Leptospirosis
Penyakit Leptospirosis adalah disebabkan oleh bakteria Leptospira yang terdapat di dalam air kencing haiwan mamalia berkaki empat seperti tikus, kucing, anjing, lembu dan sebagainya.
C. Penyakit Konjunktivitis (Sakit Mata)
Konjunktivitis atau Sakit Mata juga merupakan penyakit yang kerap terjadi semasa banjir. Penyakit ini mudah merebak dengan cepat dari seorang pesakit kepada orang lain melalui perkongsian alat-alat peribadi seperti tuala, bantal dan sapu tangan serta bergaul rapat dengan orang yang sakit mata.
D. Demam Denggi
Selepas banjir surut, banyak kawasan-kawasan yang berpotensi sebagai tempat pembiakan nyamuk Aedes.
Oleh itu, semasa banjir, sentiasa patuhi arahan daripada pihak berkuasa dan jagalah kesihatan serta dapatkan rawatan segera sekiranya mengalami demam, cirit-birit, muntah dan sebagainya. -CARI |