Kredit foto : Instagram CTDK
Banjir yang melanda Pahang, Johor dan beberapa negeri lain sejak beberapa hari lalu menimbulkan kebimbangan banyak pihak apabila ramai mangsa banjir terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tak kurang juga yang terkandas di dalam perjalanan.
Menurut beberapa sumber yang boleh dipercayai, banyak kawasan yang tidak pernah dinaikki air sejak berpuluh tahun dahulu kini ditenggelami banjir.
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut berkongsi kesedihan menerusi Instagram miliknya apabila sekolahnya iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford di Kuala Lipis, Pahang turut ditenggelami banjir hingga ke paras bumbung.
"Bangunan kelas saya belajar hanya nampak sayup sahaja bumbungnya. Allah! Semoga usaha ini akan diberkati dan saya juga mengajak followers, rakan-rakan, alumni sekolah serta sesiapa saja yang mahu menyumbang bagi membantu meringankan beban sekolah akibat bencana banjir. Ada ni akaun di bawah." tulisnya.
Lebih menyedihkan, Siti turut meluahkan rasa terkilan kerana tidak dapat turun padang membantu mangsa banjir kerana dia kini sedang hamil.
"Kala ini, dengan keadaan saya sekarang, mungkin saya tidak dapat turun padang seperti lazimnya untuk melihat sendiri keadaan banjir namun saya titipkan doa dan membantu apa yang termampu kerana memahami keadaan sukar buat semua mangsa banjir.," tulisnya lagi.
Apa pun sama-sama kita panjatkan doa semoga semua mangsa-mangsa banjir dalam keadaan selamat dan dipermudahkan segala urusan mereka. - CARI
|