CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2316|Reply: 9

Taeyeon, Ravi 'Diulit Cinta' - Harian Metro

[Copy link]
Post time 4-1-2021 09:06 AM | Show all posts |Read mode

Ravi & Taeyeon


TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba penyanyi, Taeyeon dilaporkan menjalin hubungan cinta dengan anggota kumpulan VIXX, Ravi.

Gosip terbabit timbul selepas kedua-duanya dikatakan dilihat menghabiskan masa bersama pada sambutan Krismas, baru-baru ini.

Lebih mengejutkan, kedua-dua penyanyi itu dikatakan mula berkenalan rapat sejak setahun lalu selepas dikenalkan oleh rakan terdekat mereka.

Selepas laporan berkenaan tular di Internet dan menjadi perbincangan hangat peminat, Taeyeon menerusi agensinya SM Entertainment mengeluarkan kenyataan berhubung isu berkenaan.

SM Entertainment menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mengenai hubungan Taeyeon dengan Ravi dan menjelaskan hubungan mereka tidak lebih daripada seorang artis senior dengan junior.

"Mereka tidak lebih daripada seorang junior dan senior memandangkan kedua-duanya pernah bekerjasama untuk lagu Ravi. Jadi laporan mengenai hubungan cinta mereka sama sekali tidak benar," kata agensi itu.

Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak Ravi mahupun agensinya GROOVL1N berkenaan dakwaan itu.

Dalam perkembangan lain, single terbaharu Taeyeon berjudul Happy yang dilancarkan sempena sambutan ulang tahun kelahirannya pada Mac lalu meraih lebih sembilan juta tontonan di YouTube.

Happy memberikan sedikit sentuhan R&B yang mengekspresikan kebahagiaan serta semangat menghabiskan waktu bersama insan tercinta.

Sebelum ini Taeyeon melancarkan album kedua berjudul Purpose pada Januari lalu. Album terbabit memuatkan tiga lagu baharu iaitu My Tragedy, Drawing Our Moments serta Dear Me yang menjadi lagu utama album terbabit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2021 09:41 AM | Show all posts
baguslah..nti sama sama kemurungan mati pun sama2 kaedahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2021 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols ingat ravi india..
Hahahah
Adoi la..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2021 09:51 AM | Show all posts
ok laa.. sepadan kot.. ravi ni byk lagu-lagu ciptaan dia. royalti  no  2 bawah  G dragon.
ceo pd company sendiri. kira sekufu lah walau muda dari taeyeon
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2021 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
hengatkan ravichandran ke hapa
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2021 04:07 PM | Show all posts
HAHAHA. Iols pun macam biar betik awek kpop bercinta dengan mamat india?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2021 04:56 PM | Show all posts
Harap tak suam2 tak lama umum pisah pulak macam geng mereka yang seusia
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2021 11:43 PM | Show all posts
Edited by nadie90 at 6-1-2021 03:45 PM

Komen mak ceq...nama Ravi tu nma org India....ad jgk artis Korea nama Ravi......lwk ja bca komen2 kt ats...sorry OT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2021 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Ravi ni x popular ke kat Malaysia???aq kenal dia dari variety show 2d1n...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2021 03:11 PM | Show all posts
zuuu replied at 8-1-2021 11:39 AM
Ravi ni x popular ke kat Malaysia???aq kenal dia dari variety show 2d1n...

dia ni npk yg paling ngok antara keenam2 tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.272183 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list