View: 2110|Reply: 9
|
Sufian Suhaimi Tetap Positif Walaupun Perasaan Banyak Diduga
[Copy link]
|
|
Apabila sebut nama Sufian Suhaimi, pasti pelbagai cerita sensasinya akan timbul. Jejaka berusia 28 tahun ini pernah menjadi perhatian ramai dengan kisah peribadi.
Tidak lagi terus dikait dengan hal yang sudah berlalu itu, Sufian atau lebih mesra dalam kalangan peminatnya dengan panggilan 'Baby Pian' kini cukup fokus pada kerjaya seni.
Malah, ketika pandemik Covid-19 masih menular tidak berpenghujung ini, Sufian juga aktif dalam perniagaan. Baginya, kewujudan wabak itu tidak perlu dijadikan penghalang untuk memajukan diri.
Foto: IG
Berbicara mengenai tahun ini, Sufian berkata, memang ramai terkesan akibat Covid-19 dan hilang pekerjaan. Begitu juga penyanyi sepertinya.
"Dari segi kerjaya nyanyian, saya terkesan termasuk kehidupan peribadi. Namun, saya lebih gemar melihat perkara ini secara positif kerana hidup tetap perlu diteruskan. Untuk tahun ini sebenarnya banyak aktiviti seni saya tergendala walaupun tampil dengan beberapa lagu seperti Janji yang sempat dipromosikan seketika.
"Namun, dua lagi lagu saya iaitu Inikah Dikatakan Cinta dan Takkan Merubah hanya dapat dilancarkan, namun tidak berpeluang untuk membuat promosi menyeluruh. Apapun, saya akur kerana situasi pandemik yang melanda ini tidak diduga. Pada saya, di sebalik ujian besar ini, masih banyak sisi pengajaran yang boleh kita ambil," katanya.
Menurut penyanyi lagu Terakhir itu, sebagai individu yang suka belajar dia berasa lebih kreatif. Jelasnya, terlalu banyak pengajaran yang baik dapat diambilnya untuk memantapkan perjalanan kehidupan.
Ditanya juga mengenai kehadiran 2021 esok, Sufian berkata, dia melihatnya sebagai penuh dengan teka-teki dan kita semua tidak tahu apa akan berlaku seterusnya.
"Adakah kedatangan tahun baharu ini lebih baik daripada 2020? Apakah kita semua sudah semakin biasa dengan kehidupan norma baharu? Semuanya belum ada penjelasan. Namun, sebagai manusia kita hanya mampu merancang yang terbaik, tapi Tuhan yang tentukannya. Jadi, saya kena lihat dahulu bagaimana situasinya.
"Apapun untuk 2021 saya sebenarnya sudah ada beberapa lagu yang siap dirakam. Insya-Allah, jika masa sesuai, pasti saya akan kembali semula memeriahkan industri muzik tanah air," katanya.
Menurut Sufian, yang pasti perancangannya adalah memberi fokus kepada kehidupan di mana dia tekad supaya dapat seimbangkan kerjaya seni dan perniagaannya.
Katanya, dia perlu ada strategi untuk masa depan. Apapun, tahun lalu Sufian berjaya melakar kejayaan indah dalam kerjaya muziknya menerusi lagu 'berhantu', Di Matamu yang melonjakkan namanya.
Hampir lima tahun menceburi bidang muzik, Sufian juga aktif dalam penciptaan lagu. Bahkan, semua lagu nyanyiannya hasil ciptaan sendiri yang ilham berkisar kisah pencintaan.
Mengulas juga sasaran ingin dicapai, katanya yang berasal dari Mersing, Johor, apa diharapkan adalah dia terus kekal relevan dalam industri hiburan. Dia ingin kerjaya seninya sentiasa menyerlah.
"Sasaran utama saya hanya mahu kekal relevan. Ia berikutan, saya yakin dengan apa dibawa dalam industri muzik adalah warna baharu yang belum lagi diketengahkan barisan penyanyi lain.
"Sepanjang 2020 ini, saya dapati banyak peluang diraih pendatang baharu seni suara dan situasi itu sangat membuat saya gembira melihat kemeriahan industri hiburan tempatan.
"Malah, untuk 2020 ini juga saya pun sebenarnya terbabit belajar urusan kerja belakang tabir untuk mengumpul material projek lagu yang bakal dilancarkan pada 2021," katanya.
Menurut Sufian, dia juga ada bekerjasama dengan beberapa penyanyi yang cemerlang kerjaya mereka pada tahun ini untuk projek akan datang dan bersyukur mendapat kerjasama serta maklum balas yang baik. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Awat makin kepam muka pian ni |
|
|
|
|
|
|
|
Oo ingatkan positif covid plak tajuk tu |
|
|
|
|
|
|
|
tiba2 rs nk tanya, pencipta lagu Di Matamu dh xde buat lagu baru yg letop ke mcm Manahan Rindu, Tergantung Sepi ??? |
|
|
|
|
|
|
|
kannn.. heols suka bela bulu-bulu di muka, maybe sebab nampak matured.. please buat clean shave bebi pian, meols love sangat
|
|
|
|
|
|
|
|
Orix: tiba2 rs nk tanya, pencipta lagu Di Matamu dh xde buat lagu baru yg letop ke mcm Manahan Rindu, Tergantung Sepi ???
Dh habis fasa prime kot.. dulu mendunia betul Sir Khan/Ibnu/Goufrann tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Orix: tiba2 rs nk tanya, pencipta lagu Di Matamu dh xde buat lagu baru yg letop ke mcm Manahan Rindu, Tergantung Sepi ???
Dah takde isu dah dia nak guna untuk bagi letop tu yang tak meletop letop. Dulu guna elfira, nak kekal relevan katanya kekekekekke |
|
|
|
|
|
|
|
Thread pun sendu |
|
|
|
|
|
|
|
Xfaham pasal anak angkat dia. Apapun knape xjd lecturer ke haper dengan masters yg ada. Tp sesungguhnya iols ada sedikit hairan sbb pian punya england xpower mcam kak Dib |
|
|
|
|
|
|
| |
|