CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12146|Reply: 13

Tips Pengguna - Tindakan Pembeli Apabila Menerima Hak Milik Kosong

[Copy link]
Post time 17-8-2004 11:57 AM | Show all posts |Read mode
2 LANGKAH HIKMAT BERHENTI MEROKOK
Saudara Pengarang,

SEMPENA menyambut `Kempen anti merokok' yang dilancarkan oleh Perdana Menteri kita baru-baru ini, saya merasakan begitu terpanggil untuk berkongsi kisah pengalaman saya berjaya berhenti merokok setelah menagih bertahun-tahun lamanya.

Saya menagih merokok lebih daripada 50 tahun. Saya mula menghisap rokok sejak saya meninggalkan bangku sekolah iaitu pada awal tahun 1942. Saya terpaksa berhenti dan terus melupakannya sehingga hari ini apabila saya diserang penyakit angin ahmar (stroke) pada tahun 1993.

Menjelang dua tiga tahun sebelum saya menghidap penyakit angin ahmar, saya ketika itu sudah bersara dari jawatan kerajaan (bersara pada tahun 1977) dan sangat kuat menghisap rokok. Saya merokok secara bersambung-sambung seperti dalam bahasa Inggeris a chain smoker. Pendek kata saya tidak pernah putus rokok. Saya mesti ada dua bungkus rokok (sebungkus mengandungi 20 batang) setiap hari baru puas hati.

Sebungkus saya bawa bersama saya dan yang sebungkus lagi saya simpan di rumah sebagai `rizab'.

Melihatkan tabiat saya terhadap rokok bertambah buruk, isteri saya terpaksa masuk campur memberi nasihat supaya saya berhenti atau kurangkan merokok dengan memberi pelbagai alasan semoga saya mendengar nasihatnya.

Isteri saya bimbang saya dapat penyakit bahaya kerana katanya banyak merokok membahayakan kesihatan (seperti yang tertulis pada kotak rokok). Dia juga telah menyampaikan apa yang pernah disebut oleh anak lelaki kami - ``Abah hisap rokok macam bakar duit''.

Bagaimanapun kerana pengaruh tagihan merokok dalam diri lebih kuat dan mengatasi segala-galanya, apa juga nasihat isteri saya semuanya seperti `masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri' - macam tiada apa-apa yang berlaku.

Akibat angin ahmar yang saya hidapi, tangan dan kaki kiri saya terus lumpuh. Saya langsung tidak boleh bangun dan saya telah dilayan seperti seorang kanak-kanak baru lahir.

Dalam suasana yang mengharukan itu saya teringat kembali akan nasihat-nasihat isteri saya terhadap keburukan menghisap rokok dan apabila mengenangkan betapa seksanya mengharungi liku-liku hidup seperti yang disebutkan di atas, telah menguatkan azam saya untuk terus berhenti merokok. Saya pasang niat di hati hendak berhenti merokok secepat mungkin, jadi saya paksakan diri dan mengambil langkah seperti berikut:-

* Kalau hendak berhenti merokok, jangan hisap rokok.

* Kalau tidak hendak hisap rokok, jangan beli rokok.


Langkah tersebut berbunyi macam kata-kata gurauan sahaja. Tetapi bagi saya itulah `langkah hikmat' yang membebaskan saya daripada menagih rokok.

Semoga kisah pengalaman saya ini akan menjadi pengajaran kepada semua. - NGAH J.B, Johor Bahru, Johor.

Petikan : Utusan Malaysia - 1 Jun 2004

[ Last edited by kuppit on 20-8-2004 at 09:13 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2004 01:02 PM | Show all posts
pengalaman yang bagus untuk diteladani.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2004 01:05 PM | Show all posts
kuppit, ada tips tak untuk orang-orang yang nak membantu orang lain berhenti merokok?
bofren aku merokok, kalau boleh aku nak la dia stop merokok demi kesihatan dirinya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2004 02:01 PM | Show all posts
Originally posted by lemoneko at 17-8-2004 01:05 PM:
kuppit, ada tips tak untuk orang-orang yang nak membantu orang lain berhenti merokok?
bofren aku merokok, kalau boleh aku nak la dia stop merokok demi kesihatan dirinya.


Lemoneko,
Firstly, Buat permulaan, kita tak boleh paksa dia berhenti meroko tetapi kurangkan hisapan rokok dari hari ke hari. Salah satu cara yang betul untuk mengurangkan merokok ialah, Pada hari pertama, beli rokok yang 20 batang tu and buang sebatang, jadi, di dalam kotak rokok tue, cuma ada 19 batang. Esoknya, beli jugak rokok yang 20 batang tu and buang 2 batang, dah tinggal 18..Buat cara ni sehinggalah rokok tu tinggal 1 batang sahaja. Itu adalah salah satu caranya.
Secondly, Belilah satu produk yang serupa dengan rokok tu (aku lupa nama dia) di Farmasi yang akan mengurangkan dan memberhentikan tabiat merokok...
Lemoneko, itu sahaja tips dari aku. Nanti aku beri lagi ok
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2004 02:08 PM | Show all posts
thanks for the tips, mod...
susah gak nih...kang aku gi buang rokok dia kang dia marah aku pulak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2004 03:16 PM | Show all posts
Buang tanpa pengetahuan dialah. Anyway, kalau tak dapat jugak guna tips nie, aku sarankan ngko gunakan psikologi ngko..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-8-2004 08:07 PM | Show all posts
kalau nak parah, hisap rokok.. kalau tak nak parah jangan hisap rokok
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2004 11:23 PM | Show all posts
Originally posted by adlismel at 17-8-2004 08:07 PM:
kalau nak parah, hisap rokok.. kalau tak nak parah jangan hisap rokok

Aku setuju adli..
"you smoke, you die..
you smoke, we die,
you don't smoke we don't die.." lol
Ntahapahapantah..lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-8-2004 07:32 AM | Show all posts
Originally posted by starmate at 18-8-2004 11:23 PM:

Aku setuju adli..
"you smoke, you die..
you smoke, we die,
you don't smoke we don't die.." lol
Ntahapahapantah..lol

wah..besh la slogan tu star...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2004 09:12 PM | Show all posts

PERUMAHAN - Tindakan Pembeli Apabila Menerima Hak Milik Kosong

PERUMAHAN - Tindakan Pembeli Apabila Menerima Hak Milik KosongApabila pemaju perumahan telah menyiapkan rumah, dan pembayaran telah dibuat sebagaimana yang ditetapkan, maka pemaju akan menyerahkan kunci rumah tersebut kepada pembeli. Proses penyerahan kunci ini dikenali sebagai penyerahan hak milik kosong. Penyerahan pemilikan kosong hanya akan dibenarkan apabila perkara-perkara berikut diperolehi:-


Arkitek Pemaju memperakukan bangunan tersebut telah siap dengan sewajarnya dan bekalan air dan elektrik sedia untuk penyambungan ke bangunan tersebut;


Pemaju telah memohon dan memperakui Borang E (Perkara 25 Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984) telah dihantar kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk dikeluarkan perakuan Layak menduduki (CFO).


Pembeli telah membayar semua wang yang dikehendaki, membayar mengikut klausa 4(1) Jadual Ketiga dan segala wang lain yang kena dibayar di bawah perjanjian; dan


Pembeli telah melaksanakan dan mematuhi segala terma dan waad di pihaknya.


Tempoh Liabiliti Kecacatan
Setelah menerima notis bertulis daripada pemaju untuk penyerahan milik kosong (serah kunci) pembeli hendaklah segera mengambil kunci rumah dalam tempoh 14 hari. Kesempatan ini perlu digunakan sepenuhnya untuk membuat pemeriksaan bangunan/rumah bersama pemaju dan mengemukakan senarai kecacatan (jika ada) secara bertulis kepada pemaju. Pembeli dinasihatkan membuat salinan kecacatan tersebut bagi tujuan semakan kelak. Sekiranya pembeli tidak mengambil kunci dalam tempoh tersebut ia dianggap kunci telah diambil. Sekiranya berlaku kecurian dalam tempoh selepas 14 hari, pembeli adalah bertanggungjawab ke atasnya.

Jenis kecacatan yang sering dikemukakan ialah:-

Kecacatan disebabkan oleh mutu kerja;

Bahan-bahan kurang bermutu;

Petak atau bangunan tidak ikut spesifikasi dalam SPJB;

Harta bersama tidak dibina mengikut pelan;

Perihal sebagaimana dinyatakan dalam SPJB yang telah diluluskan atau dipinda oleh Pihak Berkuasa yang berkenaan.


Pembeli mempunyai tempoh 18 bulan (warranty period) untuk membuat aduan. Pemaju dikehendaki membaiki kecacatan yang diadukan dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan aduan.

Selepas tamat tempoh 30 hari, jika pemaju tidak mengambil apa-apa tindakan, pembeli perlu memaklumkan kepada pemaju kos perbelanjaan yang diperlukan untuk membaiki kecacatan tersebut.Pembeli dinasihatkan menghantar notis melalui peguamcara pembeli. Selepas 14 hari dari tempoh pemakluman kos tersebut jika pemaju tidak mengambil apa-apa tindakan pembeli berhak mendapat balik wang daripada pemaju kos membaiki melalui memotong wang bayaran 5% seperti tercatat dalam Jadual Ketiga Fasal 4 (1) sebagaimana tercatat dalam Suarat Perjanjian Jual Beli (SPJB) yang dipegang oleh peguamcara pemaju.

Serahan Hak Milik Lewat
Sekiranya pemaju lambat menyerahkan pemilikan kosong seperti yang ditetapkan dalam SPJB, pembeli berhak mendapatkan bayaran gantirugi kelewatan penyerahan yang dikira dengan kadar 10% setahun dari harga rumah yang dibeli. Perkiraannya adalah seperti berikut:-

Jumlah hari lewat x harga beli rumah
---------------------------------------------- x 10%
                         365 hari

contohnya jika jumlah hari lewat ialah 240 hari dan harga rumah RM 185,000.00. Pengiraan;

     240 x 185,000
     -------------------- x 10% = RM 12,164.38
         365

Jumlah yang boleh dituntut oleh pembeli ialah RM12,164.38.

Bagi bangunan pecahbahagi seperti pangsapuri, pemaju dipertanggungjawabkan menyiapkan kemudahan bersama seperti tempat letak kereta, lampu koridor, dewan serbaguna dan sebagainya. Jika pemaju lewat menyiapkan kemudahan tersebut dalam tempoh yang ditetapkan pemaju perlu membayar gantirugi kepada pembeli mengikut SPBJ Fasal 24 (2) Jadual H. Pengiraan seperti berikut;

Jumlah hari lewat
----------------------- x 20% x harga terakhir belian x 10%
         365 hari

Jika jumlah hari lewat 90 hari dan harga rumah ialah RM25,000.00 perkiraannya ialah:

      90
   -------x 20% x 5,000 x 10%= RM 24.68
    365

Jumlah yang perlu dibayar oleh pemaju kepada pemilik petak ialah RM 24.68.

Sekiranya pemaju enggan membayar, pembeli perlu mendapatkan khidmat peguam dan memfailkan kes di Mahkamah, tetapi jika jumlah tuntutan kurang daripada RM 25,000.00 pembeli boleh membuat tuntutan di Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah dengan mengisi borang 1 di pejabat Tribunal.

Pembeli dinasihatkan supaya jangan membaiki kecacatan atau membuat pindaan ke atas rumah atau bangunan sebelum mendapat Sijil Layak Menduduki (CFO).



Sumber - www.kpkt.gov.my

[ Last edited by kuppit on 20-8-2004 at 09:15 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2004 11:37 AM | Show all posts
Originally posted by kuppit at 19-8-2004 07:32 AM:

wah..besh la slogan tu star...

Ye ke?? :cak:
Hehehe..lol
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2004 07:37 AM | Show all posts
starmate bila nak beli rumah?
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2005 08:33 AM | Show all posts
ape ni...tread pembelian umah dah campur ngan tips berhenti merokok?? Pening la
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2006 12:27 PM | Show all posts
Good info.. baru nak tanya .. dah ade info niee..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.062443 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list