CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7064|Reply: 38

K Drama Angkat Kimchi, Ramen, Kenapa Kita Asyik Roti Bakar Dan Jus Oren Je?

[Copy link]
Post time 25-12-2020 08:10 AM | Show all posts |Read mode



Kritikan netizen terhadap drama Melayu sememangnya tidak pernah berkesudahan. Bermula dengan tema yang sama bagi kebanyakan drama, pelakon kayu, kesalahan peralatan dan sebagainya.


Terbaharu, ciapan yang membandingkan produk tempatan dengan karya dari Korea Selatan yang lebih memperkasakan budaya mereka tular di media sosial. Disebabkan orang Korea membawa budaya mereka ke dalam drama, ia membuat penonton makin kenal dengan makanan tradisi mereka.


Mengapa Malaysia pula yang malu mengangkat nasi lemak dalam drama harian? Sarapan roti bakar dan jus oren tu budaya kita ke?





Foto : Twitter




Bukan itu sahaja, produk Korea turut memaparkan lokasi menarik mereka seperti kafe, keindahan alam semula jadi yang membuatkan penonton terasa mahu ke sana.





Foto : previewph




Berbeza dengan karya tempatan yang hanya memaparkan adegan di dalam rumah, pejabat, jalan raya dan taman bunga. Jika ada adegan tempat menarik sekalipun, ia hanya boleh dibilang dengan jari. Persoalannya, kita tak cukup bajet ke?"





Foto : Twitter




Foto : mediacorp



Bagaimanapun, bagi segelintir netizen, tanggapan tersebut sangat bias. Ini kerana ada sahaja drama tempatan yang memaparkan budaya kita, cuma mungkin ia tidak ditonton golongan pengkritik ini.








Foto : freekimchi





Foto : Twitter









Pelbagai perdebatan yang dilontarkan netizen, cuma tinggal pelaksanaan sahaja oleh industri drama dan filem. Yang bagus kita tambah baik kan lagi serta popularkan, barulah semakin dikenali. - CARI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2020 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Kadang2 shooting pada awal pagi atopon lewat malam. Nak cari nasi lemak mmg takkan dpt la, melainkan krew pandai masak. End up dgn roti bakar dan jus oren sbb tu je yg mampu.
Kalau tunjuk produk, mcm promot produk.
Dolu2 slalu ada babak kat swimming pool. La ni dgn wabak cobid nainting, takde la babak tu lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2020 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
korea tu pon penuh fake repair sana sini jah tapi ko jugak yang gegeh hadap kan?
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2020 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Masalahnya,,netz y duk komplen tu mkn ke makanan traditional malaysia? Ai tot bbnus skrg lg gemar mkn western/korea jah..even retis pun duk ngaku mkn western jah..xmkn nasi..camne nk promo makanan malaysia?N dlm drama kita mmg xpromo makanan sgt pn..ltk makanan sekadar prop sahaja,bkn mkn betul2 pn kecuali drama/movie y betul2 berkisarkan psl makanan..
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2020 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
hmm cemana tak kemana mana sbb asyik follow style filem omputeh... tapi xsampaila standard tu... cuba buat je cara kita, sarapan cekodok ke lempeng, laksam... ni makan pun sudu garpu. Drama Iskandar family tu bagus.. mcm Malaysian style
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2020 09:40 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 25-12-2020 10:02 AM

soalan ni kene berbalik kepada modal insan la, siapa di sebalik penulisan cerita , idea and etc?

sebab? plotlines  akasia samarinda kain ela whatever di malaysia dan i pun tak tengok sangat pun ialah
krisis rumah tangga, harta , muka lawa bakat  not really,  dari segi content - dan nilai ilmiah secara selambak - nil i mean  boring, satu drama korea macam Alice boleh integrate certain scientific thoughts etc dalam drama yg scene dia beberapa minit je panjang ( duration ) , depa buat certa historical romance pun ada elemen patriotism dalam itu, kekadang ada scene guna kereta korea jugak depends lah penaja kan... dari ketelitian pemilihan actor actreses - most of their actresses actors are fine arts Degree holder and other degrees ou see most of them can act and ade juga kayu itu tolak tepi , tapi bila depa lakonkan watak is just like ita terlupa sapa depa, i mean cara depa ketengahkan elemen elemen culture depa dibuat dengan begitu kreatif

bukan saja dalam drama tapi travel documentary macam pathfinders - my god so creative
and saya lihat wow begitu kreatif dan menarik sekali cara paparan depa memperlihatkan kepada dunia inilah KOREA - u see , when the people dari peringkat atas sampai bawah tu berotak - that is the product , look at the way their actor actresses operate - and then cara elemen elemen makanan budaya cara kerja dipaparkan, lain , kan?

even drama santai pun macam okay simple - simple je ...depa paparkan satu scene simple life yg  biase je pi sekolah balik sekolah having fun etc tapi dalam tu ada garapan atau mesej tertentu dan disampaikan dengan CARA yg begitu kreatif. cer tengok siri living in a village ke , ape ape seumpama dengannya.

the fact is they can. kekadang lebih baik dari US atau UK , but of course still dari segi originality and certain aspect i like the ideas and certain element y barat paparkan .
malaysia ada actror y brainy tapi depa tak melakonkan satu watak yang depa akan nampak natural bila pegang sebab? jln cerita asyik wanita lelaki curang  teraniaya etc etc boring ...yg bab kaya raya 7 generasi tu dah macam bawang lah kene ade, my god.

tapikan - u see now even level drama 16 episode je si Korean ni dah macam reach global status ye...maksudnya kalau tinjau di you tbe ramai minat. why?

why ? tengok restaurant on wheel ? tengok cara depa fikir ?

i mean - ada dalam Tv1 rencana atau pun drama berkenaan tapi kurang publisiti dan kekadang level pelakon malaysia pun boring, be they apa apa lah...depa bagus melakonkan  watak - wnita lelaki yg cliche jalan cerita but can they convincingly act like the actress in ALICE. or simple jelah like park min young in that art museum - curator - u see? kan malaysia bukan tak ada curatr e ade tapi tak ada otak ke siap ayg ada idea nak cuba yg lain .  yg kalau nak lain pun akan ambik isu panas tu je yg tahu cetus kontroversi je itu  pun nak cipta kelainan , sakata nak lain memang kene kontroversi  tapi withthe korean  idea dan object atau benda yg dea nak highlight / paparan tu  bergerak dalam ruang lingkup benda yg sama dengan kita tapi cara sampaian tu kene...macam waktu makan , type of food, scene tertentu dikaitkan dengan food - apakah kita tak ada ke benda ni ade juga kan tapi ...dia ' hilang' dalam semak semak benda lain atau dalam scene tu.....kalau tak pun scene kedai kopi kedai mamak pun ade roti canani teh tarik ...

i nampak itu lain paparan kaedah highlight benda yg sama tapi cara tu menarik idea lain dari benda yg sama....i think kita ada cuma kreativiti idea, gaya ceriat plot  cliche boring.

kalau  macam kampung people pun best jugak tapi terlalu lalu exaggerate sangat i pun dah tak tengok hahaha....tapi okaylah nice.

it is not just the actor actress the plotlines tapi sapa yg ada otak sebenarnya  itulah modal insan yg malaysia perlu ada...bukan tak ada tapi ntah ...lama tak tengok citer melayu drama melayu...

tapi tak mengapa , gossip ttg mereka senantiasa ada.

itu a fact.

sebenarnya balik kepada modal insan tu yg nak mezahirkan elemen elemen ni dalam  gaya , kaedah dan kandungan karya lah.

tapi then tengok public juga , sapa yg suka cerita macam tu, macam tu lah....so baik balik siapa yg punya idea?
i wonder whether ade sekumpulan actor yg ada otak and acrresses yg ada otak boleh u know somehow produce a drama yg macam level ' money game'

i mean can they ?





Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-12-2020 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang korea kan mmg suka promote culture dorg utk penonton luar.. lain negara.. infact entertainment one of their sources income kan.. sbb tu bidang entertainment dorg mmg investment tinggi dari segi repair artis.. temgok la dorang groom artis dorang dari umur berapa, budak2 tu tak skola biasa pon kecik2 lg dah masuk skola music, studio lakonan n nyayian.. sebab semua utk profit oriented. Kita kat malaysia retis amik dari instafemes jee.. iols tgok k drama ni pon terliur.. beriya tgok dorang makan tak la fake n control cun mcm retis melayu berlakon
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2020 12:00 PM | Show all posts
kalau makan breakfast roti canai nasi lemak tak pe lah tak yah promo makanan tak berapa sihat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2020 12:15 PM | Show all posts
Karang promot nasi lemak & roti canai, roti benggali cicah gulai kelmarin, netizen bising pulak pagi2 makan makanan tak sihat, berminyak2. dah tuuuu?

kalau selalu tengok kdrama, actually takde beza drama korea n melayu. company billion2 ala2 megah holding, konflik keluarga mak bapak kaya tak suka anak bercinta dengan orang miskin, laki bini curang, anak orang kaya tak sedar diri. bezanya cara korea garap drama tu nampak wow sangat.

cuma drama melayu kalau boleh takyah lah buat scene atas katil. kalau nak buat scene laki bini bersembang buat lah scene tengah potong bawang ke, tengah lipat kain ke, tengah duduk di buaian ke

Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2020 12:44 PM | Show all posts
sembang budak twitter..yawnnnnnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2020 01:16 PM | Show all posts
tapi tourism diorg hauk jugak kan.

banding dengan Malaysia jauh tertinggal kut diorang.

maybe tak seindah seperti KDrama yg dibayangkan
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2020 01:43 PM | Show all posts
salmon-suki replied at 25-12-2020 09:13 AM
Masalahnya,,netz y duk komplen tu mkn ke makanan traditional malaysia? Ai tot bbnus skrg lg gemar mk ...

Drama M'sia yg ini mesti tunjuk.  Rumah besar bertingkat2, perabotan moden, ada swimming pool, berebut suami/bf, dn paling sinonim bermulut spt mulut makcik Normah (dlm cite Andainya Takdir). Boleh pengsan....na'u zubilah. Mutu lakonan? tutup tv aje lah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2020 03:50 PM | Show all posts
Megah Holdings Sdn Bhd  
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2020 04:06 PM | Show all posts
sembang budak2 berangan ingat malaysia punya industri ni akan letopsszz...
padahal dia sendiri pun tak support industri tempatan... pui x1000
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2020 04:08 PM | Show all posts
nolya replied at 25-12-2020 01:43 PM
Drama M'sia yg ini mesti tunjuk.  Rumah besar bertingkat2, perabotan moden, ada swimming pool, ber ...

yang lawaknya ada citerr kerja tukang jahit... tapi rumah sewa 3 tingkat hokkeh kaka... citer ni jering berlakon dulu tak ingat citer apa...
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2020 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kan... Cerita melayu x pernah nak dokie benda2 kecik cmni

Asik berebut jantan, berebut pempuan, mak mentua x suka bla

Now sejak lalu kt timeline fb mcm best gal drama k ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2020 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa kampung people season 1 tu, aku memang dok terpengaruh nak makan asam pedas dan kek pandan lailer. {:smile

Sebab banyak kali dorang dok tunjuk dlm drama tu kan. Sampai aku dok craving.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2020 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Nama kau pun bubuh korea.. pose pun ala2 korea.. asal dp xpakai baju melayu n songkok..
Or bubuh nama pakcik wafiy?
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2020 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg iols tau KDrama rajin promot arak.. asal stress sikit je minum arak.. hahaa.. drama malaysia x nak ke??
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2020 12:31 AM | Show all posts
Kali ni komen ttg isu promote mknan dlm drama.....huhu sbnrny kna tgk kat setiap sudut bila mmbincgkn ap sja yg berkait dgn industri hiburan di Malaysia....ceq sokong karangan pjg dri kak @mbhcsf...she got the point

Hrpnya follower2 K-Dramas atau apa sj ttg industri hiburan dan jugak budaya di Korea Selatan buat kajian atau bca sbb apa depa pny hiburan dikenali di seluruh dunia smpai cipta sejarah menang OSCAR dan BTS dpt pncalonan dlm Grammy Awards....klu stkt dok pertikai knp industri hiburan kita xsetanding depa dan lain2 xkemana pun sbb isu2 mcm ni dah byk kli dibncgkan oleh warganet lps tu snyap sunyi dan xdak apa2 perubahan pun....

Dan hal ni rakyat Malaysia pun patut memainkn peranan penting kalau nk industri hiburan di Malaysia maju ke hdpn tapi bg pndpt ceq sbgai penonton...byk bnd yg xseimbg...nk komen pjg smpai esok pun xabis...tapi ceq masih boleh lyn drama2/filem2 Melayu lama di era 90an smpai era thn 2000...begitu jgk lagu2 pda zmn tu.....it's a golden era buat industri hiburan Malaysia pda msa trsebut....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 06:02 AM GMT+8 , Processed in 0.052691 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list