CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5900|Reply: 25

Kontrak belajar ditamatkan dan kena bayar

  [Copy link]
Post time 24-12-2020 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Salam semua. Aku sekarang tengah stress dan buntu nak buat macam mana. Nak cerita kat family n kawan-kawan segan dan malu, jadiknye cerita je la kat forum ni.

Cerita die macam ni. Aku dapat tawaran sambung belajar dari sebuah universiti ni. Pastu aku pun terima je la dan buat study tersebut. Nak dipendekkan cerita lepas beberapa tahun study still tak abes, ye la, kalau setakat buat degree, duduk amek exam cepat la kot, tulis tesis ni tak boleh nak agak mase berapa lame kena amik. Tambah pulak dengan macam-macam tanggungjwb sosial yang kena buat. Aku takde la nak blame sesiapa, salah sendiri sebab selalu procrastinate benda, tapi study tu sendiri ade byk liku dan masalah. Time second year, kena tukar SV, pastu half way tu kena tukar tajuk research etc, jadi masa yang ditetapkan utk siapkan tesis dalam masa 3 thn tu memang tak dapat nak siapkan study.

Ni aku baru nak hantar tesis, viva mungkin tahun depan. Tapi baru-baru ni aku dapat surat penamatan kontrak tajaan belajar sebab aku tak grad on time plak. Diorg suruh bayar damages sebab tak ikut kontrak belajar. Masalahnye nak bayar cemana kalau aku takde duit? Kena bayar rm300 000 plak tu. Dah la sekarang tak keje sebab aku pulun nk siapkan tesis ni. Jadi buntu sangat-sangat. Lawyer universiti tu pulak cakap takleh lebih kurang, kalau tak mampu bayar die nak declare bankrap je.

Jadinye ape aku patut buat sekarang? Biarkan je proses tu berlaku? Ape impak bankrap ni pada orang yg tak berharta macam aku? Susah tak nak cari keje lepas ni? Aku bukan nak bukak company, jadik director ke ape. Boleh tak sape-sape ceritakan ape yang terjadi lps kena declare bankrap ni? Dah brape lame aku takleh tido sebab pikirkan pasal hal ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2020 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
aku xpernah plak dgr org bangkrupt xleh kerja...tp nk buka akaun bank, loan sma tuh mmh susahlah
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2020 09:13 AM | Show all posts
boleh jumpa AKPK, mintak pandangan dan nasihat...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2020 09:16 AM | Show all posts
biar je bankrap.  itu hanya satu proses.


tiada sbb org bankrap takleh kerja KECUALI:
1. perkhidmatan kewangan,
2. guaman,
3. TAhap professional lain (tak pasti),
4. Pegang jawatan tertentu spt jadi lembaga pengarah syarikat.


yg lain semua boleh.


cumanya, simpan bukti temujanji, surat, etc elok yang menunjukkan AWAK BERUSAHA UTK SELESAIKAN / ELAK bankruptcy.

ini penting bila masa jumpa jabatan insolvensi selepas di bankrapkan.

1. Tunjukkan awak berusaha sebaik mungkin utk elakkan bankruptcy, dan bahawa apa berlaku banyak sgt luar kawalan awak.
2. Dlmasa bawah jabatan insolvensi nnt, teruskan tunjuk awak usaha sebaik mungkin utk bayar, sebanyak mana termampu.

dlmasa 5 tahun, bankruptcy status boleh di 'upliftkan' oleh Jabatan Insolvensi dgn syarat awak meyakinkan mereka bahawa awak cuba terbaik utk bayar pemiutang.



dan jgn takut dgn jabatan insolvensi. mereka amat munasabah dlm menajalankan tugas. org bisnes bankrupt ratus ribu pon jika tak mampu, dia boleh compel utk bayar hanya RM 200 sebulan. jgn ini pon tak bayar sudah lah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2020 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
xleh bt loan bank je la...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2020 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
baghal_bortuqal replied at 24-12-2020 09:16 AM
biar je bankrap.  itu hanya satu proses.



Tenkiu bagi suggestion ni. Kalau dh kena declare bankrap boleh ke nk keje as lecturer or kat mane-mane agensi kerajaan? Sebab baru dpt offer mengajar kat satu institusi ni, takut la plak nnt diorg cancel sbb kena declare bankrap. Pernah dgr cerita kawan yg dalam situasi sama, lawyer mintak bayar rm5k sebulan, mane mampu. Mintak kurang, lawyer tu tak bagi, terus kena bankrap. Tu die keje sendiri, kesian jugak, tapi ade la income nak bayar, aku ni still dalam mode study leave lagi.  So takde income, cume allowance je yg tinggal. Nak bayar rm200 pun tak mampu melainkan kalau dapat keje di kemudian hari. Sigh~ tak pasal-pasal menambahkan depression kat diri yg dah sedia ade depressed sbb tesis tak siap-siap.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-12-2020 12:11 PM | Show all posts
NilaUngu replied at 24-12-2020 11:00 AM
Tenkiu bagi suggestion ni. Kalau dh kena declare bankrap boleh ke nk keje as lecturer or kat mane- ...

aku rasa pergi akpk la..
dahsyat ek study loan kau, tak boleh buat show-cause letter ke,
appeal letter ke.. takkan sponsor kau benak sgt mintak byk camtu pd kau yg tgh study..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2020 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
awanysss replied at 24-12-2020 12:11 PM
aku rasa pergi akpk la..
dahsyat ek study loan kau, tak boleh buat show-cause letter ke,
appeal  ...

Diorang tak nak dengar dah ape-ape alasan. Supervisor aku siap bagi surat sokongan lagi bgtau masalah aku tapi diorg tak amik kira pun benda tu. Yg diorg tau, kena siap on time. Awal-awal study, buat full time, tp sebab diorg stopkan sponsor betul2 lps 3 tahun, terpakse mintak ihsan uni tukar jadik part time. Bile jadik part time ni yg lagi lame mase amik nak siap. Dapat offer uni lain keje jadik tutor tapi uni tu xleh proceed offer sebab ade bond dgn universiti yg sponsor. Sponsor plak tanak bagi keje. Jadiknye cane nk cari duit? Tu pun curi2 keje part time kat tmpt tuition n buat translation work sikit. Dapat la sikit utk lps kelangsungan hidup. Aku sekarang mcm redha je kot kalau kena declare bankrupt sebab memang tak mampu nk bayar ape lawyer tu mintak.  Gile kot rm5000 sebulan. Rm1000 pun xtau aku mampu ke tak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2020 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by epal21 at 25-12-2020 07:54 AM

Buat PhD memang penuh pancaroba. Semoga uols berjaya mencapai segulung PhD. Kalau dah bankrup,tak boleh kerja dgn ipta sebab nanti dlm borang ada declaration 'sekiranya pernah diisytiharkan bankrap". Iols cadangkan uols pergi legal office tu,bawa surat rayuan & penyata kwsp untuk tunjuk pendapatan uols sekarang. Lepas tu berunding dgn stafnya. Buat siap2 surat rayuan pengurangan. Selalunya diorang considerate sebab yg paling penting diorang nak uols bayar pecah kontrak tu. Propose amount yg uols boleh bayar setiap bulan. InsyaAllah ada penyelesaiannya. Uols pernah berkhidmat tak kat uni tu sebelum sambunh belajar? Minta legal office kira betul2, tolak your service juga.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2020 05:37 PM | Show all posts
Sian kau dek,
Moga hari jumaat yang mulia ni Allah bantu kau dan semua yang memerlukan bantuan
jangan lupa istighfar banyak2 (sangat2 membantu), solat dhuha, solat hajat semua ye

Allah sahaja yang boleh buka hati peguam dan universiti

moga dipermudahkan
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2020 05:38 PM | Show all posts
istighfar nabi yunus bagus sangat dik
amalkan ye

moga Allah bantu
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2020 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt dapat tajaan dari mana?
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2020 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Uni mane dik.. Local ker oversea? .. Ape pasai tak leh kautim langsung.. Mintak jumpa dean atau slow talk dgn management / kewangan
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2020 10:12 PM | Show all posts
Maaf TT, bukan tak simpati tapi  you need to know that duit yg sponsor you study tu adalah duit rakyat. Sebab dah banyak kes study tak habis,  universiti jadi lebih tegas sekarang.

Having said that, your focus should be on finishing and submitting that thesis ASAP. In the mean time, berdoalah banyak-banyak kepada Allah supaya dimudahkan jalan. Rezeki itu Allah yang bagi. Semoga TT tenang, dapat fokus dengan baik habiskan mengaji dan dijauhkan dari perkara yang memudaratkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2020 02:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Sistur kalau takat langgar kontrak tak ada nya terus kena declare bangkrap. Lawyer uni acah2 lebih shj. Paling tidak kalau tak grad on time pembiyaan dihentikan dan chuols kena bayar sendiri yuran semester pengajian. Berapa tahun syarat uni bagi utk tamatkan pengajian? Kejam sangat baru 3 tahun dah kena quit program,
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2021 01:10 AM | Show all posts
ni mesti utm kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2021 01:13 AM | Show all posts
epal21 replied at 25-12-2020 03:52 PM
Buat PhD memang penuh pancaroba. Semoga uols berjaya mencapai segulung PhD. Kalau dah bankrup,tak bo ...

mana ada kira servis sis, selagi tak tetap, mmg tak kira semua tu ye,
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2021 01:14 AM | Show all posts
addamnor replied at 27-12-2020 02:56 AM
Sistur kalau takat langgar kontrak tak ada nya terus kena declare bangkrap. Lawyer uni acah2 lebih s ...

aku syak die ni utm sebab kawan aku ramai utm camni dah kena byar lepas dapat surat pecah kontrak..mujur la
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2021 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
AppropriateNick replied at 7-2-2021 05:13 PM
mana ada kira servis sis, selagi tak tetap, mmg tak kira semua tu ye,

Kira juga. Servis semasa tutor sebelum fly & lepas dia balik report duty tu. TT ni kena jumpa dgn legal department untuk penjelasan lanjut.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2021 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam.

Kaka adalah seorang penerima slab/slai.
Dan dah lama settle phd, tahun 2015.

Ada kawan2 yang tak habis phd within specified time;
tapi...
1) ada ipta akan bagi sedikit masa untuk habiskan, mereka tak sekejam mana, boleh berunding
2) ada yang dah dibuang kerja tetapi beliau teruskan phd, selesaikan, ipta yang sama terima semula
3) tak pernah dengar declare bankrupt. tak pernah..

cadangan kaka: teruskan phd. jika diberhentikan, dan tempat lama tak terima semula, apply kerja baharu, dapat gaji bayarlah ke ipta lama.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:19 PM GMT+8 , Processed in 0.081002 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list