CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 64630|Reply: 26

FAQ Tribunal Tuntutan Pengguna

[Copy link]
Post time 17-8-2004 08:02 AM | Show all posts |Read mode
1. APAKAH DIA TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA?

Ianya salah satu buah badan bebas yang diwujudkan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 untuk mendengar dan mengadili tuntutan-tuntutan pengguna bagi gantirugi terhadap pembekal ke atas barangan atau perkhidmatan yang dibekalkan.



2. APAKAH OBJEKTIF TRIBUNAL INI?

Objektif Tribunal adalah untuk menyediakan saluran alternative selain daripada Mahkamah bagi pengguna menuntut gantirugi secara mudah, murah dan cepat.



3. APAKAH BIDANG KUASA TRIBUNAL INI?

Tribunal mempunyai bidang kuasa mendengar :

a. apa-apa tuntutan menegenai apa-apa perkara yang ia mempunyai bidang kuasa untuk mendengar seperti diperuntukkan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999;

b. di mana jumlah amaunyang dituntut tidak melebihi RM 25,000.00;

c. apa-apa perkara lain yang ditetapkan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.

Bidang kuasa Tribunal hendaklah dilaksanakan oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan mana-mana anggota yang dipilih oleh Pengerusi yang akan bersidang sendirian.



4. SIAPAKAH YANG BOLEH MEMBUAT TUNTUTAN DI TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA?

Hanya pengguna yang boleh membuat tuntutan di Tribunal ini. Pengguna ditakrifkan di bawah Akta sebagai seorang yang memperolehi atau menggunakan barang atau perkhidmatan daripada jenis yang pada lazimnya diperolehi bagi maksud diri sendiri, rumahtangga atau isi rumah.



5. APAKAH HAD KUASA TRIBUNAL INI?

Tribunal ini tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa tuntutan mengenai:

(a) kematian atau kecederaan diri
(b) hakmilik tanah, francais
(c) pertikaian wasiat
(d) rahsia perdagangan
(e) nama baik(good will)
(f) harta intelek



6. ADAKAH HAD MASA UNTUK SAYA MEMBUAT TUNTUTAN DI TRIBUNAL?
Ya. Akta telah memperuntukkan segala tuntutan hendaklah dibuat dalam tempoh tiga (3) tahun dari tarikh masalah berbangkit.


7. BAGAIMANAKAH CARA SAYA HENDAK MEMBUAT SUATU TUNTUTAN?
Anda boleh mendapatkan borang tuntutan dalam Borang 1 (pernyataan Tuntutan) (seperti di lampiran 'A') di mana-mana pejabat Tribunal yang terdekat secara percuma. Anda dikehendaki mengisi Borang 1 dalam empat (4) salinan dnegan menyatakan dengan jelas jumlah dan asas / butir tuntutan anda. Borang yang lengkap diisi hendakla difailkan di pejabat Tribunal denga bayaran pemfailan tunai sebanyak RM 5.00.


8. APAKAH AKAN BERLAKU SELEPAS SAYA FAILKAN TUNTUTAN DENGAN TRIBUNAL INI?
(a) Borang tuntutan yang telah ditandatangani akan dimeterai oleh Tribunal dan akan dikembalikan dua salinan kepada anda. Satu salinan untuk simpanan anda dan sesalinan lagi untuk diserahkan kepada pihak yang dituntut atau penentang.

(b) Jika pihak penentang ingin mengemukakan pembelaannya atau membuat tuntutan balas terhadap anda, beliau hendaklah mengisi Borang2 (Pernyataan Pembelaan dan Tuntutan Balas) dan failkan di Tribunal dalam 4 salinan dengan bayaran pemfailan sebanyak RM 5.00. Satu salinan untuk simpanan pihak penentang dan sesalinan untuk diserahkan kepada anda.

(c) Sekiranya anda ingin menjawab kepada tuntutan balas pihak penentang, anda hendaklah mengisi Borang 3 (Pembelaan Kepada Tuntutan Balas) dan failkan di Tribunal secara percuma, serta diserahkan kepada pihak penentang.



9. BILAKAH DAN DI MANAKAH PERBICARAAN TRIBUNAL DIADAKAN?
Pejabat Tribunal akan menentukan tarikh, masa dan tempat untuk pendengaran tuntutan dan akan memaklumkan kepada anda dan juga pihak penentang dalam Borang 4 (Notis Pendengaran).



10. APA AKAN BERLAKU PADA TARIKH PENDENGARAN?
(a) Sebelum pendengaran dijalankan

Presiden akan membantu kedua-dua pihak untuk berunding bagi menyelesaikan tuntutan. Jika dipersetujui, award dengan persetujuan akan direkodkan.

(b) Semasa pendengaran

Sekiranya tiada persetujuan dicapai di antara kedua-dua pihak, pendengaran akan diteruskan seperti berikut:

(i) anda hendaklah mengemukakan tuntutan anda sendiri kerana Akta tidak membenarkan kedua-dua pihak diwakili oleh peguam.

(ii) anda hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen yang berkaitan untuk membuktikan tuntutan anda.

(iii) anda boleh membawa saksi untuk memberi keterangan bagi menyokong tuntutan anda.

(iv) Presiden akan membantu kedua-dua pihak untuk mengendalikan tuntutan, iaitu bagaimana hendak mengemukakan keterangan, rekod, dokumen serta hujahan.



11. SELEPAS PENDENGARAN APAKAH TINDAKAN TRIBUNAL?
Presiden akan membuat keputusan (award) yang bersesuaian dengan tuntutan anda. Keputusan Tribunal adalah muktamad dan mengikat kedua-dua pihak.



12. APAKAH JENIS AWARD YANG BOLEH DIBUAT OLEH TRIBUNAL?
Tribunal boleh memerintahkan:

(a) supaya suatu pihak kepada prosiding itu membayar wang kepada mana-mana pihak yang lain;

(b) supaya barang yang dibekalkan atau dibekalkan semula mengikut Akta atau kontrak yang pengguna menjadi suatu pihak kepadanya;

(c) supaya barang yang dibekalkan atau yang dibekalkan semula kepada pengguna diganti atau dibaiki;

(d) supaya harga atau apa-apa balasan lain yang telah dibayar atau dibekalkan oleh pengguna atau mana-mana orang lain dibayar balik kepada pengguna atau orang itu;

(e) supaya sesuatu pihak mematuhi gerenti;

(f) supaya wang diawardkan untuk memberikan pampasan bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang ditanggung oelh orang yang menuntut;

(g) supaya kontrak itu diubah atau diketepikan pada keseluruhan atau sebahagiannya;

(h) supaya kos untuk atau terhadap mana-mana pihak dibayar;

(i) supaya bunga dibayar di atas apa-apa jumlah wang atau award kewangan pada kadar tidak melebihi lapan peratus setahun, melainkan jika telah dipersetujui selainnya antara pihak itu;

(j) bahawa tuntutan itu ditolak.



13. APAKAH KESAN AWARD YANG DIBUAT OLEH TRIBUNAL?
(a) setiap award Tribunal hendaklah disifatkan sebagai perintah Mahkamah Majistret dan boleh dikuatkuasakan dengan sewajarnya.

(b) setiap award Tribunal hendaklah dipatuhi dalam masa 14 hari dari tarikh award dibuat. Jika gagal adalah menjadi suatu kesalahan jenayah dan jika disabitkan bagi kesalahan pertama boleh didenda tidak melebihi RM 5,000 atau penjara tidak melabihi 2 tahun atau kedua-duanya.



14. BOLEHKAH TRIBUNAL MEMBUAT KEPUTUSAN TERHADAP SAYA JIKA SAYA TIDAK HADIR PADA TARIKH PENDENGARAN?
Ya . Jika didapati anda tidak hadir tanpa kebenaran Trbunal, Tribunal boleh;

(a) membatalkan tuntutan anda jika tiada tuntutan balas oleh pihak penentang.

(b) jika ada tuntutan balas oleh pihak penentang, Presiden akan mendengar tuntutan balas dan membuat award yang sewajarnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2004 08:08 PM | Show all posts
Nice one... TQ kuppit... nah ambik sebatang dua tangan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2004 07:43 AM | Show all posts
Originally posted by adlismel at 17-8-2004 08:08 PM:
Nice one... TQ kuppit... nah ambik sebatang dua tangan

Thanks Mod Adli...Diharap semuanya dapat iktibar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2004 10:03 AM | Show all posts
Senarai Alamat Pejabat Tribunal Tuntutan Pengguna

Ibupejabat:-
Setiausaha,
Ibu Pejabat,Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia,
Kementerian Perdagangan Dalam NegeriDan hal Ehwal Pengguna,
Tingkat 16, Putra Place,100,
Jalan Putra,50622 Kuala Lumpur.


         
Di peringkat negeri, sila hubungi alamat seperti berikut:-
         
Penolong Setiausaha,
Tribunal Tuntutan Pengguna,
d/a Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,
Tingkat Bawah, Bangunan Persekutuan,
Persiaran Jubli Emas,
01000 KANGAR, PERLIS.
Tel: 04-9795000 Fax: 04-9762490       

Penolong Setiausaha, Tribunal Tuntutan Pengguna,
d/a Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,
Tingkat 2, Wisma Persekutuan,
Jalan Kampong Bharu,
05622 ALOR SETAR, KEDAH.
Tel: 04-7339062 Fax: 04-7303759
         
Penolong Setiausaha, Tribunal Tuntutan Pengguna,
d/a Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,
Tingkat Bawah dan Satu, No. 38 dan 42,Persiaran Datoh,
30622 IPOH, PERAK.
Tel: 05-2493409 Fax: 05-2493409/05-2541192
         
Penolong Setiausaha, Tribunal Tuntutan Pengguna,
d/a Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,
Tingkat 3, Bangunan PKNS,
40622 SHAH ALAM, SELANGOR.
Tel: 03-55114929/55118271 Fax: 03-55116981        

Penolong Setiausaha, Tribunal Tuntutan Pengguna,
d/a Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,
Tingkat 11, Wisma Persekutuan, Jalan Dato' Abd. Kadir,
75000 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.
Tel: 06-7630911/7630372 Fax: 06-7624409
         
Penolong Setiausaha, Tribunal Tuntutan Pengguna,
d/a Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,
Aras 9, Bangunan Yayasan Melaka, Jalan Hang Tuah,
75300 MELAKA.
Tel: 06-2883142 Fax: 06-2867987       

Penolong Setiausaha, Tribunal Tuntutan Pengguna,
d/a Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,
Aras 17B, Menara Ansar, Jalan Trus,
80000 JOHOR BAHRU, JOHOR.
Tel: 07-2271755/754 Fax: 07-2236434
         
Penolong Setiausaha, Tribunal Tuntutan Pengguna,
d/a Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,
Tingkat 4, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut,
25000 KUANTAN, PAHANG. Tel: 09-5121234/5121230
Fax: 09-5164942        

Penolong Setiausaha, Tribunal Tuntutan Pengguna,
d/a Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,
Tingkat 4, Blok E, Bangunan KWSP, No. 49, Jalan Karamunsing,
88622 KOTA KINABALU,
SABAH. Tel: 088-257690 Fax: 088-269244
         
Penolong Setiausaha, Tribunal Tuntutan Pengguna,
d/a Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,
6C1, Tingkat 6, Blok 4, Ujana Kewangan,
87000 WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN. Tel: 087-423152 Fax: 087-452079
         
         
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2004 09:37 AM | Show all posts
JENIS-JENIS TUNTUTAN YANG BOLEH DIKEMUKAKAN KE TRIBUNAL

(a) Perlakuan mengelirukan dan memperdaya, respresentasi palsu dan amalan tak saksama, iaitu :-

(i) perlakuan mengelirukan dan memperdaya berkaitan dengan jenis, proses pengilangan, kesesuaian, kualiti dan kuantiti;

(ii) gambaran yang mengelirukan mengenai harga;

(iii) tawaran pemberian, hadiah atau benda percuma lain dengan niat untuk tidak mengadakannya;

(iv) tuntutan-tuntutan lain yang mengelirukan seperti :-

- selagi stok masih ada;

- barang-barang adalah terhad; dan sebagainya.

(v) menerima bayaran tanpa niat untuk membekal barang atau perkhidmatan;

(vi) kontrak perkhidmatan hadapan bagi perkhidmatan yang akan diadakan atas dasar berterusan;
  

(b) Keselamatan barang dan perkhidmatan :-

(i) standard keselamatan berkaitan dengan apa-apa barang atau kelas barang;

(ii) standard keselamatan berkaitan dengan apa-apa perkhidmatan atau kelas perkhidmatan.
  

(c) Hak terhadap pembekal berkenaan dengan gerenti tersirat berkaitan dengan pembekalan barang-barang :-

(i) mengenai hakmilik;

(ii) mengenai kualiti boleh terima;

(iii) mengenai kesesuaian bagi maksud tertentu;

(iv) bahawa barang mematuhi perihal;

(v) bahawa barang mematuhi sample;

(vi) mengenai harga munasabah;

(vii) mengenai pembaikan dan barang ganti.
  

(d) Hak terhadap pembekal berkenaan dengan gerenti tersirat berkaitan dengan pembekalan perkhidmatan :-

(i) mengenai ketelititan dan kemahiran munasabah;

(ii) mengenai kesesuaian bagi maksud tertentu;

(iii) mengenai masa siap munasabah;

(iv) mengenai harga munasabah.

(e) Hak terhadap pengilang berkenaan dengan gerenti nyata berkaitan dengan pembekalan barang-barang :-

(i) mengenai kualiti, prestasi atau ciri-ciri barang;

(ii) mengenai pemberian perkhidmatan yang diperlukan;

(iii) mengenai kebolehdapatan barang yang serupa pada masa hadapan;

(iv) mengenai pemulangan wang atau balasan sekiranya barang tidak memenuhi apa-apa akujanji oleh penggerenti.
  

(f) Hak terhadap pengilang berkenaan dengan gerenti tersirat berkaitan dengan pembekalan barang-barang :-

(i) mengenai kualiti yang boleh terima;

(ii) bahawa barang mematuhi;

(iii) mengenai pembaikan dan barang ganti.
  

Untuk tujuan perenggan-perenggan di atas, perkataan ‘barang’ ertinya barang yang terutamanya dibeli atau digunakan bagi maksud diri, rumah tangga atau isi rumah,  dan termasuklah –

(a) barang yang dipasang pada, atau digabungkan dalam, apa-apa harta tak alih atau harta alih;

(b) haiwan, termasuk ikan;

(c) vesel atau kenderaan;

(d) kemudahan; dan

(e) pokok, tumbuh-tumbuhan dan tanaman sama ada atau tidak di atas, di bawah atau terlekat pada tanah,

tetapi tidaklah termasuk hak dalam tindakan, termasuk surat cara boleh niaga, syer, debentur dan wang.
Perkataan ‘pengguna’ ertinya seorang yang –

(a) memperoleh atau menggunakan barang atau perkhidmatan daripada jenis yang pada lazimnya diperoleh bagi maksud, kegunaan atau penggunaan diri, rumah tangga atau isi rumah; dan

(b) tidak memperoleh atau menggunakan barang atau perkhidmatan itu, terutamanya bagi maksud –

(i) membekalkannya semula secara perdagangan;

(ii) menggunakannya dalam perjalanan suatu proses pengilangan; atau

(iii) dalam hal barang, membaiki atau mengolah, secara perdagangan, barang lain atau lekapan pada tanah.
  

Perkataan ‘perkhidmatan’ termasuklah apa-apa hak, faedah, keistimewaan atau kemudahan yang atau yang akan diadakan, diberikan atau dianugerahkan di bawah apa-apa kontrak tetapi tidaklah termasuk hak, faedah atau keistimewaan dalam bentuk pembekalan barang atau pelaksanaan kerja di bawah suatu perkhidmatan; atau apa-apa perkhidmatan yang dibekalkan atau akan dibekalkan oleh ahli professional yang dikawal selia oleh mana-mana undang-undang bertulis (seperti doktor, peguam dan akitek) atau perkhidmatan jagaan kesihatan yang dibekalkan atau akan dibekalkan oleh professional jagaan kesihatan atau oleh kemudahan jagaan kesihatan (seperti perkhidmatan perubatan, pergigian, kejururawatan, perbidanan, farmasi dan ambulans dan sebagainya).
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2004 09:42 AM | Show all posts
find out more here:dia:TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA

[ Last edited by kuppit on 6-9-2004 at 07:49 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-9-2004 10:47 AM | Show all posts
Sorri.. nak tanya skit...
Kalau kena tipu dgn org direct selling boleh pegi ke tribunal tuntutan pengguna tak?? Kena tipu mcm dia jual brg pada parent kita pastu kata kat parent, kita dah setuju nak bayar.. pastu kat kita pulak kata parent dah ambik barang and suruh kita bayar.. bila dah sign semua doc baru dpt tau kena tipu.. camna yek??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2004 11:27 AM | Show all posts
Originally posted by tigger at 9-9-2004 10:47 AM:
Sorri.. nak tanya skit...
Kalau kena tipu dgn org direct selling boleh pegi ke tribunal tuntutan pengguna tak?? Kena tipu mcm dia jual brg pada parent kita pastu kata kat parent, kita dah setuju n ...

Anda boleh terus membuat aduan ke KPDN & HEP di kawasan anda kerana ianya merupakan satu penipuan. Nasihat saya, jangan dibayar dahulu barangan yang saudara beli itu. Beritahu kepada salesman tersebut, jika dia mendesak, saudara akan adukan pada Bahagian Penguatkuasa, KPDN & HEP..

[ Last edited by kuppit on 9-9-2004 at 11:29 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2004 03:54 PM | Show all posts
Thanks kuppit,
saya terkena benda nie dgn kawan sendiri.. dtg rumah parents jual brg dia and claim kata saya setuju nak bayar.. mcm nie punya org pun ada.. anyway, saya tak bayar sampai sekarang but my parent dah consume brg yg dia jual tu b'coz ingat betul la saya akan bayar.. kawan saya ni asik la harrass saya kat hp bagi sms memacam tapi saya tak de la nak balas... dah buat salah tapi still tak ngaku.. anyway, kalau saya mengadu kat KPDN, apa yg boleh KPDN buat bagi pihak saya??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2004 04:05 PM | Show all posts
Originally posted by tigger at 9-9-2004 03:54 PM:
Thanks kuppit,
saya terkena benda nie dgn kawan sendiri.. dtg rumah parents jual brg dia and claim kata saya setuju nak bayar.. mcm nie punya org pun ada.. anyway, saya tak bayar sampai sekarang b ...

Pihak KPDN akan mengambil tindakan berdasarkan aduan yang diterima daripada orang ramai. Jika saudara tigger membuat aduan di KPDN, pihak kementerian akan menyiasat aduan saudara dan jika ada kes terhasil di bawah Akta Jualan langsung 1993, saudara akan dimaklumkan tentangnya.
Apa yang KPDN boleh lakukan? Ianya berdasarkan kepada permintaan saudara di dalam aduan yang diadukan. Contohnya, saudara ingin syarikat itu disiasat atau memohon kembali wang atau sebagainya.
Tribunal Tuntutan Pengguna sebenarnya adalah jalan alternatif selain membuat aduan di Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna kerana kebanyakkan akta berkaitan pengguna adalah dikuatkuasakan oleh Bahagian Penguatkuasa
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2004 12:11 PM | Show all posts
semua ada about TTPM
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2005 02:41 PM | Show all posts
Originally posted by Faris_Haqimi at 9-19-2004 12:11 PM:
semua ada about TTPM



camni pun bole dpt 2 kacang cap tangan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2007 03:38 PM | Show all posts
Bagaimana tribunal bantu pengguna

TRIBUNAL Tuntutan Pengguna ditubuhkan mengikut Seksyen 85 Bahagian XII Akta Perlindungan Pengguna 1999. Ia sebuah badan bebas yang ditubuhkan untuk mendengar dan mengadili tuntutan pengguna.

Sebelum penubuhannya, segala tuntutan ganti rugi seorang pengguna terhadap seorang pembekal atau pengilang terpaksa dibawa ke Mahkamah Sivil di mana ia membabitkan prosedur yang rumit, kos yang tinggi dan masa yang panjang untuk diselesaikan.

Ini menjadi antara sebab mengapa pengguna tidak berminat membuat tuntutan di mahkamah terutama terhadap pembekal atau pengilang yang tidak bertanggungjawab lebih-lebih lagi sekiranya jumlah yang dituntut adalah kecil.

Perlu diingatkan, pada masa ini sudah ada Mahkamah Tuntutan Kecil di setiap negeri untuk mendengar tuntutan yang tidak melebihi RM5,000.

Tribunal Tuntutan Pengguna ditubuhkan bagi menyediakan satu saluran atau kemudahan pilihan kepada seorang pengguna untuk menuntut ganti rugi dan pampasan daripada seorang pembekal atau pengilang dengan cara mudah, murah dan cepat.

Jenis-jenis tuntutan yang boleh dikemukakan ke tribunal ialah :

Perlakuan mengelirukan dan memperdaya, wakil palsu dan amalan tidak adil saksama yang merangkumi perlakuan mengelirukan dan memperdaya berkaitan dengan jenis, proses, pengilangan, kesesuaian, kualiti dan kuantiti.

Hak terhadap pembekal berkenaan dengan jaminan tersirat berkaitan dengan pembekalan barang-barang.

Hak terhadap pembekal berkenaan dengan jaminan tersirat berkaitan dengan pembekal perkhidmatan mengenai ketelitian dan kemahiran munasabah, kesesuaian bagi maksud tertentu, masa siap dan harga munasabah.

Hak terhadap pengilang berkenaan dengan jaminan nyata berkaitan dengan pembekalan barang-barang mengenai kualiti prestasi atau ciri-ciri barang, pemberian perkhidmatan, pemulangan wang atau balasan sekiranya barang tidak memenuhi apa-apa akujanji oleh pemberi jaminan.

Hak terhadap pengilang berkenaan dengan jaminan tersirat berkaitan dengan pembekalan barang-barang mengenai kualiti yang boleh diterima.

Dalam pada itu tribunal tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar tuntutan termasuk yang berbangkit daripada kecederaan diri atau kematian; bagi mendapatkan kembali tanah atau apa-apa estet atau kepentingan mengenai tanah; yang mempersoalkan hak milik tanah atau apa-apa estet atau kepentingan mengenai tanah, atau apa-apa francais.

Ia juga tiada kuasa mendengar mana-mana tuntutan yang mengandungi pertikaian mengenai hak di bawah satu wasiat atau peruntukan atau disebabkan kematian tidak berwasiat, nama baik, apa-apa hak dalam tindakan dan rahsia perdagangan atau harta intelek lain.

* BULBIR SINGH ialah bekas Presiden Persatuan Pengguna Negeri Sembilan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2007 05:15 PM | Show all posts

Reply #13 Syd's post

Hmm..lepas NCCC jika pihak yang dikehendaki tunjuk sebab enggan bekerjasama, NCCC akan forwardkan kes tuh ke Tribunal nie laa...kalau kat Selangor nie kat Shah Alam aku dengar.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2007 03:16 PM | Show all posts
Originally posted by rurouni_khairul at 4-4-2007 05:15 PM
Hmm..lepas NCCC jika pihak yang dikehendaki tunjuk sebab enggan bekerjasama, NCCC akan forwardkan kes tuh ke Tribunal nie laa...kalau kat Selangor nie kat Shah Alam aku dengar.


ada kat PKNS shah alam... aku pernah ikut uncle aku buat tuntutan kereta dia... pada aku tribunal ni mesra pengguna, sbb selain dari lodge komplen pengguna tak yah buat apa2...sbb presiden tribunal tu akan konduct tribunal tu dalam suasana yg cool je,..pada sesiapa yg nak buat tuntutan cth gantirugi kerosakan barang, korang boleh masukkan sekali kos2 lain mcm pengankutan pegi tribunal (ikut rate teksi jgn ikut rate bas), kos cuti kerje dll...
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2007 03:19 PM | Show all posts

Reply #15 elbecks's post

Wah! mase ko pegi sana dulu buat tuntutan pasal ape?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-4-2007 07:21 PM | Show all posts
Originally posted by elbecks at 5-4-2007 03:16 PM


ada kat PKNS shah alam... aku pernah ikut uncle aku buat tuntutan kereta dia... pada aku tribunal ni mesra pengguna, sbb selain dari lodge komplen pengguna tak yah buat apa2...sbb presiden tr ...

tapi untuk kos-kos lain hanya layak menuntut sehingga RM 200.00 sahaja.. Kalau lebih, bolehlah sertakan sekali dokumen or resit yang berkaitan.
Reply

Use magic Report

niezahani This user has been deleted
Post time 22-4-2007 06:22 PM | Show all posts

nak tanya pasal loan ASB

Nak tanya... kalau pasal loan ASB boleh tuntut kat Tribunal Pengguna tak?

Kesnya camni... my hubby pernah buat loan ASB lamaaa... dulu. Ni yg jenis loan yg kena bagi 10% bonus/dividen kat bank. Kalau bonus/dividen tahun tu lebih dpd 10% (contoh 12%) kita dpt 2% saja 10% bank ambik. Kesnya terjadi bila bonus/dividen kurang dpd 10% (contoh 7% sahaja) then bank ambik semua 7% tu plus kita kena bayar kat bank lagi 3% tu. Then my hubby x bayar... lama jugak tertunggak, plus dgn tertunggak bulanan lagi. Then sampai surat dpd bank kata akaun hubby saya dah x aktif, loan tu dah dijual balik... tapi baki yg x bayar tu kena bayarlah. Diorang bagi suggestion bayar ansuran, so kitorang bayarlah RM100 sebulan. Semua yg tertunggak tu lebih kurang RM3000.
Then one day tahun lepas, kitorang plan nak settle semua terus, kita pi la kat bank tu. Dia kata ada balance sebanyak RM3000++. Kitorang tanya boleh tak kami dptkan list payment dari mula loan dulu (tahun 1994 kalau x silap), nak tengok banyak mana yg dah bayar, byk mana balance, camna hutang tu tertunggak macam tak ganjak2 je... camna boleh ada baki RM3000 tu, nak tengok track record la.
Then dia kata account tu dah x aktif, tapi apasal jumlah yg tertunggak tu jadi makin byk??  Officer tu kata diorang takde record tu semua sebab bank tu dah gabung... Logik ke takde record??? Takkan bank tak ada record customer, bukan seposen dua... ribu2 punya.... bank besar camtu takkan servis teruk cam gitu.
Bila kitorang tanya macam2 soalan dia kata nanti HQ officer akan contact, dia dah bagi kes tu ke KL. Sampai sekarang tak ada cerita dr HQ... dah telepon diorang semua nak tak nak je jawab..  tapi surat bank tu asyik sampai je.... baru2 ni dah jadi RM6000++ pulak dah !!! :@  Kalau account dah tutup camna boleh jadi gitu???

HELP... boleh ke ngadu kat tribunal kes camni???
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2009 10:26 PM | Show all posts
Saya pernah bawak kes pegi tribunal nih dulu.. masa tuh buat tuntutan ttg timesharing dengan Tanco Vacation SuperClub.. malangnya judge tuh sendiri tak paham konsep timesharing nih mcm mana, jenuh explain pun x paham jugak.. langsung tak buat homework sebelum masuk.. siap borak2 tanya lawyer from tanco tuh boleh tak dia nak menginap etc masa tgh penghakiman..  langsung lari topik dari apa yang patut dibincang dalam tuntutan..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 08:06 AM | Show all posts

Reply #19 soton's post

berjaya atau tidak kes soton ?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:11 AM GMT+8 , Processed in 0.079121 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list