View: 5202|Reply: 29
|
Istimewa Untuk Nur Fatima, Fattah Amin Terjemah Bahagia Menerusi Lagu
[Copy link]
|
|
Foto: IG
Selain dikenali sebagai pelakon, Fattah Amin juga membina kerjaya dalam bidang nyanyian.
Terbaharu, dia muncul dengan lagu kerohanian berjudul Sinar Selawat.
Lagu ciptaan Hafiz Hamidun dan lirik ditulis bersama Hafiz dan Ahmad Fedtri Yahya itu dianggap sangat bermakna buat Fattah yang bergelar bapa pada 2 Oktober lalu dengan kelahiran cahaya matanya, Nur Fatima Aisya.
Fattah yang mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Nur Fazura pada 2017 menyifatkan tiada yang lebih indah selain memanjatkan doa dan kesyukuran kepada Allah SWT di atas kurniaan anak yang dinanti-nantikan selama ini.
Berbicara mengenai lagunya itu, Fattah berkata karya Sinar Selawat menterjemahkan kebahagiaan yang ada di dalam hatinya selepas bergelar bapa. Ujarnya, ia perasaan yang sangat indah.
"Lagu Sinar Selawat meluahkan suara hati dan perasaan bersyukur saya apabila Allah SWT mengurniakan zuriat buat kami suami isteri. Hadirnya, Nur Fatima Aisya adalah anugerah terindah.
"Seperti pasangan lain, saya dan isteri turut menginginkan kehadiran cahaya mata sebagai pelengkap kehidupan rumah tangga kami. Alhamdulillah, penantian dan doa kami termakbul juga.
"Ia detik yang menjadi kenangan paling manis buat kami ketika menyambut kelahiran cahaya mata. Kemanisan dirasa lebih bermakna apabila kehadiran Nur Fatima Aisya diraikan dengan iringan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW," katanya.
Ujar Fattah, rakaman lagu Sinar Selawat juga adalah projek istimewa kedua sempena kelahiran anak sulungnya itu. Katanya, lagu berkenaan sangat menyentuh hati dengan bait indah lirik yang dihasilkan.
"Sebagai penulis lirik berpengalaman, nukilan lirik Ahmad Fedtri kena dengan perasaan saya. Malah, dia (Ahmad Fedtri) berjaya menyelami segala yang terpendam dan terbuku di sudut hati ini, pada ketika saya menempuh pengalaman baharu menjadi seorang bapa.
"Tidak terkecuali, dia juga berjaya menterjemahkan perasaan bertuah dan terharu saya apabila Allah SWT memberikan peluang berharga untuk menikmati setiap saat yang istimewa selepas memiliki anak.
"Setiap bait lirik itu menyimpan makna yang tersendiri dan ia menjadi lebih sentimental apabila diselitkan dengan puji-pujian terhadap Allah SWT berserta selawat sebagai simbolik kesyukuran," katanya.
Terdahulu, Fattah melancarkan lagu Kiriman Agung pada September lalu yang menjadi doa dan harapannya ketika menanti kedatangan cahaya mata sebagai penyeri hidup.
Sementara itu, Hafiz selaku komposer berkata, peluang bekerjasama dengan Fattah ketika rakaman lagu Kiriman Agung banyak membantunya untuk memahami apa yang dimahukan pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu.
"Agak mudah bekerja dengan Fattah dan tahu kehendak lagu diinginkannya kerana kami pernah bekerjasama sebelum ini. Ketika menghasilkan lagu Kiriman Agung, saya cuba memahami perasaan Fattah dan isteri, yang begitu menantikan kehadiran zuriat dalam rumah tangga mereka.
"Saya jadikan zikir-zikir amalan memohon zuriat sebagai asas utama untuk melodi dan Alhamdulillah, pendekatan berkenaan begitu menyentuh perasaan.
"Menerusi lagu Sinar Selawat ini, saya sebenarnya cuba menterjemahkan perasaan syukur dan terharu pasangan suami isteri apabila doa mereka dimakbulkan Allah untuk menimang cahaya mata," katanya.
Sehubungan itu, video muzik lagu Sinar Selawat yang diiterbitkan Universal Music Malaysia dan dimuat naik di YouTube hingga kini sudah mencatat lebih 46,000 tontonan. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Asal x update berita ni tahun depan je wartawan cari oi,
Tapi sebab abam fattah herlok saya maaf kan |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus lah perbanyakkan zikir dan selawat. |
|
|
|
|
|
|
|
Herlokkk nye pasangan ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Untung fatima.. semoga membesar jadi anak yang soleh.. |
|
|
|
|
|
|
|
hahahahahahahahhahahhahah
|
|
|
|
|
|
|
|
geram betul dengan budak fatima ni...rase nak geget2 |
|
|
|
|
|
|
|
Again mana mod?close saja thread kn dh ada thread psl ni .editor cari tak reti nak baca forum ke sebelum publish. |
|
|
|
|
|
|
|
rotijohan replied at 22-12-2020 03:26 PM
geram celah maner???..........
muka pun tak nampak...
delusional gamaknye panatik patjurah{ ...
#selamatkantimohdarirotijohan, boleh gitu |
|
|
|
|
|
|
|
rotijohan replied at 22-12-2020 03:33 PM
#selamatkantimohdarigolonganlgbt
Allah Maha Pengampun, tengok pengakhiran kita..Buat dosa dgn manusia kita kena jumpa org yg kita mengata... Selagi x diampun selagi itu kita menanggung dosa ya... |
|
|
|
|
|
|
|
Addrianna replied at 22-12-2020 03:24 PM
Again mana mod?close saja thread kn dh ada thread psl ni .editor cari tak reti nak baca forum ke seb ...
Kan dah diberitahu kita mana boleh tutup thread wartawan Cari. |
|
|
|
|
|
|
|
friedfishsoup replied at 22-12-2020 03:39 PM
Kan dah diberitahu kita mana boleh tutup thread wartawan Cari.
Ia lah mod sorry lupa pulak mod tak boleh katop thread editor cari.aku memang menyampah sungguh dengar editor cari ni suka buat thread recycle semua.dh lah level editor tapi buat thread semua sampah |
|
|
|
|
|
|
|
Addrianna replied at 22-12-2020 03:52 PM
Ia lah mod sorry lupa pulak mod tak boleh katop thread editor cari.aku memang menyampah sungguh de ...
Ye thread wartawan ni thread ketiga. Yg thread kedua selamat dikatup, so thread wartawan ni u redha saja la yachhh |
|
|
|
|
|
|
|
serabutlah roti...ingatkan dah mati...sibuk je kat komen orang...lantak akulah nak komen ape pun |
|
|
|
|
|
|
|
Eh, berapa zaman punye cite daaaaa.
Org dah buat thread and dh kutuk suara x sedap pun |
|
|
|
|
|
|
|
menyanyi lagi ker....hmmm |
|
|
|
|
|
|
| |
|