Gambar-gambar percutian Nora Danish bersama rakan-rakannya baru-baru ini di Langkawi nampaknya berjaya mendapat perhatian netizen.
Gara-gara pakaian yang digayakan, pelakon ini nampaknya dikecam hebat.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202012/21/122733qt7299byq9lwy99d.jpg) Foto: IG
Gaun berwarna hot pink paras lutut yang mendedahkan kulitnya yang putih melepak itu didakwa terlampau seksi.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202012/21/123445votqh1h15lyrzw5h.png) Gambar Seksi Nora Danish Semasa Bercuti Dikecam, Siap Kaitkan Dengan Video Khatam Al-Quran!
Via: Hot fm
Bukan itu sahaja, beberapa gambar memakai baju yang lain juga mendapat respon negatif.
Ruangan komen dibanjiri dengan kecaman dan teguran dari mereka yang kurang senang melihat ibu dua orang anak ini.
Malah ada pula yang mengaitkan pakaiannya dengan video khatam al-Quran yang dimuat naik olehnya sebelum ini.
Video tersebut menunjukkan Nora menitiskan air mata selepas sselesai khatam pada 10 malam terakhir Ramdan tahun lepas.
Mungkin tak mahu merosakkam moodnya, Nora dilihat langsung tak ambil pusing dengan kecaman tersebut. -CARI
|