CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3317|Reply: 1

'Saya Tanya Nama, Bukan Kerja Apa' - AKT

[Copy link]
Post time 20-12-2020 08:44 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Aking at 14-1-2021 12:52 PM


Keunikan nama Askar menyebabkan ramai yang keliru mengenai nama dan pekerjaannya. FOTO Nazri Abu Bakar


Harian Metro

Nazri Abu Bakar
am@hmetro.com.my

Melaka: 'Saya tanya nama, bukan kerja apa.' Itulah yang sering terjadi kepada Askar Ibrahim, bekas anggota tentera setiap kali menjawab pertanyaan orang ramai siapa namanya.

Askar, 46, yang berasal dari Sabah berkata, keunikan namanya menyebabkan ramai yang keliru mengenai nama dan pekerjaannya sama ada ketika masih anggota atau kini sebagai pesara tentera.

Katanya, nama terbabit diberikan bapanya, Ibrahim Basinau yang juga bekas anggota polis, bagaimanapun dia tidak pernah bertanya kenapa bapanya memberikan namanya Askar.

"Bagi saya mungkin jiwanya yang cintakan keamanan dan keselamatan negara menjadikan Allahyarham menamakan saya sebagai Askar.

"Apapun, saya bersyukur kerana nama berkenaan menjadi lambang keberanian dan keutuhan pejuang negara di medan perjuangan terutama ketika negara dibelenggu ancaman komunis," katanya yang menetap di Sungai Udang di sini.

Askar berkata, pelbagai peristiwa lucu dan mengelirukan sepanjang dia bertugas sebagai tentera termasuk rakan yang kerap bertanya berulang-kali betulkah namanya sedemikian.

Baginya, memang penat untuk menjelaskan perkara terbabit, namun ia perlu dilakukan bagi mengelak kekeliruan.

Pix 1-Askar Ibrahim, 46 menunjukkan kad pengenalannya yang tertera nama Askar. FOTO NAZRI ABU BAKAR

Pix 2- Kad pengenalan tertera Askar Bin Ibrahim. FOTO NAZRI ABU BAKAR

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-2-2021 04:11 PM | Show all posts
Hebat namanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.058087 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list