CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3858|Reply: 12

Tahniah ler gugurl..( Wanita pertama pangkat 1 bintang TLDM)

[Copy link]
Post time 18-12-2020 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Wanita pertama diberi jawatan Laksamana Pertama TLDM

Oleh NUR HUDA MUSA
18 Disember 2020, 4:06 pm

KUALA LUMPUR – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mencipta sejarah apabila seorang pegawai kanan menjadi wanita pertama yang dianugerahkan pangkat Pemangku Laksamana Pertama hari ini.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd. Reza Mohd. Sany berkata, pemakaian pangkat Laksamana Pertama kepada Rohana Jupri telah meletakkan beliau berdiri sama tinggi bersama barisan tertinggi TLDM dalam kumpulan Jawatankuasa Laksamana (JLAKS) yang sebelum ini dipelopori golongan lelaki.

“JLAKS memainkan peranan penting dalam membentuk hala tuju TLDM dan kehadiran beliau sebagai ahli JLAKS pastinya mewakili golongan wanita TLDM dalam membuat keputusan.

“Kenaikan pangkat ini membuktikan kemampuan dan kredibiliti wanita TLDM diiktiraf oleh pengurusan tertinggi dan sebagai tanda penghargaan terhadap usaha dan kemampuan yang ditunjukkan,” katanya pada sidang akhbar Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TLDM di KD Sri Gombak di sini hari ini.

Tambahnya, kenaikan pangkat itu juga sekaligus memberi tanggungjawab kepada Rohana untuk melaksanakan amanah yang diberikan dengan penuh dedikasi dan cemerlang.

“Saya yakin kenaikan pangkat ini akan menjadi sumber inspirasi dan pembuka jalan kepada golongan wanita TLDM untuk terus cemerlang demi perkhidmatan TLDM khasnya dan Angkatan Tentera Malaysia secara amnya. Saya percaya ada ramai lagi golongan wanita yang akan mengikut jejak langkah beliau,” jelasnya.

Terdahulu pada majlis sama, turut menyaksikan beberapa pegawai kanan TLDM yang lain telah dinaikkan pangkat iaitu Laksamana Pertama Datuk Pahlawan Affendy Suhaimi, yang dinaikkan pangkat sebagai Laksamana Muda dan sekaligus memegang jawatan Asisten Ketua Staf (AKS) Materiel.

Manakala dua pegawai iaitu Komander Mohamad Zulkefli Mohamood dinaikkan ke pangkat Kepten TLDM, kini memegang jawatan sebagai Pegawai Staf Pengangkutan, Markas Angkatan Tentera Malaysia dan Leftenan Komander Mohd. Syahrum Kamarludin dinaikkan ke pangkat Komander TLDM.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob. – K! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-12-2020 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Laksamana Pertama Rohana Jupri.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2020 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts




Tahniah...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2020 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejarah ni....Ini kali pertama Tentera Laut DiRaja Malaysia melantik seorang pegawai wanita berpangkat 1 bintang ...Laksamana Pertama . Pangkat ni bersamaan dengan pangkat Brigadier Jeneral dalam Tentera Darat dan juga Tentera Udara.

Tentera Darat pernah mempunya seorang pegawai wanita berpangkat Mejar Jeneral ( jeneral 2 bintang) iaitu Mej Jeneral Dato Fadzlette Marican.

Tentera Udara Malaysia pun pernah mempunyai jeneral 1 bintang iaitu Brigadier Jeneral Dato Yohanez.

Kedua duanya telah pun bersara.

Manakala Laksamana Pertama Rohana Jupri ni masih lagi dalam perkhidmatan.

Menjadi kebanggaan kaum wanita.....bukan senang perempuan nak capai ke taraf Laksamana 1 bintang ni.
Tahniah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2020 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 18-12-2020 05:27 PM
Tahniah...

Yang ni gambar beberapa tahun dulu semasa dia berpangkat Kepten TLDM ...yg bersamaan dgn pangkat Kolonel dalam Tentera Darat dan TUDM.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2020 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Hebat...Tahniah Laksamana Rohana Jupri




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-12-2020 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah jugak untuk Pokcik mod..dah makin menarik nak membaca disini.






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2020 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Lengkong replied at 18-12-2020 05:35 PM
Tahniah jugak untuk Pokcik mod..dah makin menarik nak membaca disini.

Buat la tred....masuk pertandingan Anugerah Knight Tales tu...

Tulis ja ikut penulisan sendiri...ni bukan esei DBP. Paling tidak pun bagi tulisan perspektif pandangan sendiri terhadap Polis ka...Tentera ka.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2020 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
PristineOne replied at 18-12-2020 05:30 PM
Yang ni gambar beberapa tahun dulu semasa dia berpangkat Kepten TLDM ...yg bersamaan dgn pangkat K ...

Perghhhh.. Mudah2 dah kapten.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2020 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah... hebat woo dpt naik pangkat mcm ni...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2020 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 18-12-2020 06:05 PM
Perghhhh.. Mudah2 dah kapten.

Bkn kapten, tetapi kepten...

Selingan yg takde kaitan dgn apa2... kalau tentera darat, ada degree boleh dpt jawatan leftenan. Tapi kalau grad medik, terus dpt kapten. Lepas sambung buat kepakaran dlm medik, naik pangkat jadi mejar...
Slalunya kalau sambung blaja, dpt naik pangkat la lepas habis... ni iols dgr drp keliling dan pengalaman kengkawannya bapak giteww...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2020 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Sumber wiki

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2020 01:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Wiaow, cayalah. Tahniah Pemangku Laksamana Pertama Rohana Jupri

So far, den kenal dan pernah berurusan/bekerjasama dgn 2 org BJ, 1 org Kolonel & 1 org Mejar TDM, 1 org Kepten & 1 org Komander TLDM, & 1 org Kolonel TUDM je.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:47 AM GMT+8 , Processed in 0.433303 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list