Dua tahun tinggal bersama keluarga di Singapura, akhirnya Aliff Aziz kembali ke pangkuan isteri dan anak-anak di Malausia.
Ibunya, Siti Hafiza berkongsi di Instagram, meluahkan rasa sedih dan berat hati melepaskan Aliff namun faham mengenai tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.
Foto: IG
???Hari di mana saya perlu mengucapkan selamat tinggal kepada anak saya... Alhamdulillah selepas hampir dua tahun akhirnya dia kembali ke Malaysia untuk bersama isteri dan anak-anak.
???Walaupun berat untuk mengucapkan selamat tinggal... kami faham tanggung jawab dia untuk bersama keluarga lebih penting,"tulisnya.
Kredit foto: Via mStar Online
Menerusi sebuah video, Aliff dilihat dihantar oleh ibu dan keluarga di Lapangan Terbang Changi Singapura untuk berlepas ke Kuala Lumpur.
???Kamu sentiasa ada dalam doa, jaga diri kamu dan keluarga. Pick yourself up and be the best version of yourself,??? katanya.
Dalam masa yang sama Aliff juga mengucapkan terima kasih kepada ibunya dan berjanji untuk melakukan yang terbaik demi masa depannya.
Aliff dan Bella Astillah dikurniakan dua anak berkahwin pada 9 September 2016 sebelum bercerai pada 16 Mei 2019.
Mereka kemudiannya rujuk kembali. -CARI
|