Pekerja ladang kelapa sawit di Jalan Pesisir Pantai Bintulu-Miri di sini dikejutkan dengan penemuan seekor buaya sepanjang 4.27 meter yang terperangkap dalam jerat di kawasan parit petang hari ini.
Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, pekerja ladang terbabit kemudiannya menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah bagi menangkap reptilia itu.