View: 2523|Reply: 8
|
'Jelmaan' Puteri Diana Bertanggungjawab Atas Penularan Covid-19
[Copy link]
|
|
Wanita mendakwa dirinya sebagai jelmaan Puteri Diana, bertindak memecah masuk masuk kediaman individu lain dan mencederakannya.
Dalam kejadian pada 18 Mei lalu, Jasmine Duffy memandu sejauh 50 batu dari Somerset ke Newport, South Wales, dan ketika itu mengalami gangguan psikotik yang membuatkannya percaya bahawa dia adalah Puteri Diana yang dilahirkan semula.
Kredit foto: GMA
Duffy juga mendakwa dia bertanggungjawab terhadap penularan virus Covid-19.
Duffy kemudian masuk ke rumah seorang wanita secara rawak dan menikamnya di bahu dengan sebilah kaca yang pecah.
Pendakwaraya Martin Lewis mengatakan kedua-dua wanita itu bergelut dan Duffy berulang kali menghentak kepala mangsanya ke lantai, sebelum kekecohan berkenaan disedari jiran yang kemudian bergegas membantu mangsa.
Duffy memberitahu polis bahawa rumah itu adalah kediamannya dan mendakwa dia menjadi mangsa samun.
Dia kemudian ditahan, sementara mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Royal Gwent.
Hakim membuat penghakiman berdasarkan Akta Kesihatan Mental dan memerintahkan Duffy ditahan di hospital untuk mendapatkan rawatan.
Sumber: mStar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ok nak tengok rupa, layak tak dipanggil jelmaan Diana. |
|
|
|
|
|
|
|
bodoh betul la x tunjuk gamba |
|
|
|
|
|
|
|
Masalah mental yang serius, semoga cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti sedia kala |
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha.. Gila sepere ke hape?? |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tgok Jasmine Duffy xde iras lady diana pun |
|
|
|
|
|
|
|
Orang mati pun kena fitnah.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|