View: 1515|Reply: 2
|
Saman Teman Lelaki Sebab 8 Tahun Tunggu Ajak Kahwin
[Copy link]
|
|
Wanita dari Zambia menyaman teman lelakinya kerana tidak mengotakan janji untuk mengahwiniya meskipun mereka sudah lama bercinta.
Gertrude Ngoma menjalin hubungan bersama Herbert Salaliki selama lapan tahun dan mendakwa lelaki itu telah berjanji untuk mengahwininya.
Bagaimanapun, Ngoma mendakwa Salaliki tidak mengotakan janjinya, di mana wanita itu kemudian 'mengheret' teman lelakinya ke mahkamah, lapor Daily Star.
Gambar hiasan
Wanita berusia 28 tahun itu memberitahu mahkamah Zambia bahawa dia menganggap Salaliki tidak serius mengenai hubungan mereka, lapor Tuko.
"Dia tidak pernah serius, itu sebabnya saya membawanya ke mahkamah kerana saya layak mengetahui rancangannya untuk masa depan kami," kata Ngoma.
Pasangan ini mempunyai anak bersama dan Salaliki telah mengatur pembayaran mas kahwin sebagaimana tradisi komuniti mereka.
Dalam kenyataannya ketika di mahkamah, Salaliki memberitahu dia tidak mempunyai wang tunai untuk melangsungkan majlis perkahwinan, selain mendakwa teman wanitanya itu tidak memberikan perhatian selayaknya.
Perkara berkenaan menjadi alasan mengapa dia masih belum mengahwini teman wanitanya, kata Salaliki.
Oleh kerana pasangan itu masih belum berkahwin, mahkamah tidak dapat membuat pengadilan, sebaliknya hakim mengesyorkan mereka berdamai dan menyelesaikan masalah di luar mahkamah.
Sumber: mStar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
8 tahun ko tunggu?? Kalau iols dah lama angkat kaki.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab korang jalani proses secara terbalik
Dah main dapat anak bagai, buat apa dia nak ajak nikah pun |
|
|
|
|
|
|
| |
|