Baru-baru ini, tular satu video mengenai seorang rider Foodpanda yang secara tiba-tiba datang menolong polis. Bagaimanapun video itu dalam masa yang sama tular sebab perlakuan si perakamnya pula.
Tidak dapat diketahui punca sebenar kejadian namun dapat dilihat pihak polis cuba untuk mengeluarkan individu yang berada di dalam kenderaan yang kemudiannya turut disertai abang Foodpanda.
Sementara itu dalam masa yang sama, kita dapat mendengar perakam mengulas sedikit sebanyak tentang kejadian yang berlaku di depan mata mereka.
Bagaimanapun di hujung video kedengaran pengulas menggunakan perkataan kesat namun bagai tidak kena pada tempat, dalam nada yang lembut dan serba tidak kena rasanya. Sudahnya perkara tersebut yang menjadi perhatian netizen.
Apa pun, semoga usah pihak polis memberkas pesalah berkenaan berakhir dengan kejayaan.
Sumber : gulapop.com |