View: 3540|Reply: 17
|
Alif Satar Bebas Covid-19, Luang Masa Dengan Keluarga Sebelum Kembali Bekerja
[Copy link]
|
|
Penyanyi, pelakon dan pengacara, Alif Satar bersyukur akhirnya kini bebas sepenuhnya dari Covid-19.
Alif yang discaj dari Hospital Melaka pada 2 Disember lalu, kini sudah berada di pangkuan keluarga tersayang.
“Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi atas segala nikmat, rezeki, kesihatan dan kebahagiaan yang dikurniakanNya.
“Sukacita saya ingin berkongsi, selepas 12 hari dikuarantin di Hospital Melaka serta atas berkat doa seluruh rakyat Malaysia buat saya sekeluarga, saya kini kembali sihat dan sudah berada di pangkuan keluarga tersayang,” katanya kepada Astro Gempak dalam satu kenyataan media.
Alif difahamkan meluangkan masa bersama kedua ibu bapanya terlebih dahulu sebelum berjumpa dengan isterinya, Sha Dila Hadid dan anak-anak Alif iaitu Alisha Anugerah, 5, Ariana Mecca, 3 dan Muhammad Ali, 1, hari ini.
Isteri dan anak-anaknya menjalani ujian swab Covid-19 hari ini dan mereka berjumpa selepas masing-masing disahkan negatif.
Mahu melepaskan rindu selepas berjauhan dengan keluarga lebih dua minggu, Alif mengambil keputusan untuk bercuti dan meluangkan masa bersama keluarga beberapa hari sebelum memulakan kerja.
“Selepas berjauhan dengan isteri dan anak-anak, saya yakin ramai yang tahu dan dapat rasakan betapa berat perasaan rindu, jadi saya mengambil beberapa hari untuk meluangkan masa bersama seluruh ahli keluarga sebelum saya kembali bekerja seperti biasa,” katanya lagi.
Sementara itu, Alif meminta agar semua menghentikan stigma negatif terhadap pesakit Covid-19 kerana budaya itu sangat tidak baik untuk diamalkan.
“Di sini, ada sesuatu yang serius saya ingin tekankan. Saya menyeru agar seluruh rakyat Malaysia menghidupkan cogan kata ‘kita jaga kita’ dengan sepenuh jiwa bukan sahaja bagi membendung wabak ini, tetapi ‘kita jaga kita’ melalui kerjasama komuniti dalam melawan Covid 19.
“Maka, hentikanlah stigma negatif, memulau, mengasingkan dan memandang serong mereka yang terkesan dengan wabak ini. Tiada siapa yang minta untuk dijangkiti.
"Budaya negatif ini bukanlah ciri-ciri yang baik sebagai rakyat Malaysia terutama sekali buat kita yang beragama Islam, agama yang menitik beratkan sifat kasih dan sayang bukan sahaja menjaga hubungan dengan Allah tetapi juga sesama manusia,” tegas Alif.
Selain itu, Alif mengucapkan terima kasih kepada semua yang prihatin terhadap dirinya terutama pihak serta individu yang terlibat dekat dengannya sebelum disahkan positif Covid-19.
“Saya ucapkan terima kasih dan penghargaan buat semua pihak terutama sekali pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), produksi MuzikMuzik, JS Pictures dan semua rakan industri saya yang cukup prihatin atas segala yang berlaku dan bertindak pantas, mengambil tanggungjawab mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan mengambil ujian saringan sejurus selepas saya disahkan positif Covid-19.
“Sesungguhnya, rasa syukur yang tidak putus-putus saya lafazkan buat Maha Kuasa apabila dimaklumkan bahawa semua yang terlibat di set penggambaran, rakan-rakan artis dan krew produksi MuzikMuzik negatif dan bebas dari Covid-19.
Foto: IG
“Saya pasti ada hikmah atas apa yang berlaku, saya cukup terharu apabila menerima banyak titipan doa, mesej kata-kata semangat dari seluruh rakyat Malaysia. Keluarga saya yang turut terkesan, menerima sokongan dari ahli keluarga, rakan-rakan malah komuniti jiran tetangga saya turut membantu tidak kira dari sokongan moral dan tenaga bagi meringankan bebanan dan kerisauan yang harus kami lalui,” beritahunya.
Alif juga turut memberi penghargaan kepada doktor serta jururawat yang berada di barisan hadapan di Hospital Melaka dan Hospital Sungai Buluh terutamanya yang menjaga diri dan keluarganya sebelum ini. -CARI
Sumber:Gempak
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aihhh..yang jizan vdeo call tu bila?? |
|
|
|
|
|
|
|
Patutnya kau tekankan betapa pentingnya jaga SOP! Jangan ambil mudah pasal jangkitan kobid. Bukannya fokus kepada selfish reason takut orang pandang negatif pd kau. Yang tu jangan risau wahai Alip kau tetap wangi je pd netijen no matter what. Ko tunggang ugama jual sejadah rm200 pun wangiiiiii ja. No problem la. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdullilah... Harap2 yg lain pn same cpt sembuh. Bebas kn msia dr covid |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah terbaca sebelum ni salah seorang anggota band alif ni positif covid. |
|
|
|
|
|
|
|
LadyCarefree replied at 4-12-2020 11:29 AM
Patutnya kau tekankan betapa pentingnya jaga SOP! Jangan ambil mudah pasal jangkitan kobid. Bukannya ...
Setuju...asyik2 dok meratib jgn pandang negarif...dah kalau mu xjaga sop,bebas jln serupa kebal... menyusahkn org...xmau plak highlights |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah. Selamat bercuti dgn family |
|
|
|
|
|
|
|
setuju... cite pasal extra SOP gitu ker...
|
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah selamat kembali ke pangkuan keluarga.. tlg ingat2kan rakan2 retis anda bahaya covid ni n follow sop ye.. lagi2 kat retis yg kata covid ni propa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulilah.. Dh boleh bersama keluarga.. |
|
|
|
|
|
|
|
LadyCarefree replied at 4-12-2020 11:29 AM
Patutnya kau tekankan betapa pentingnya jaga SOP! Jangan ambil mudah pasal jangkitan kobid. Bukannya ...
I love u la. U speak my mind!
Paling tunggang dia ni la. Padahal narcist tersirat.
Jual agama, jual fmly, ni bru ni jual tok plak.
As long as there are content. Still x jenguk2 pn tok tu. Harrom |
|
|
|
|
|
|
|
SelakLangsir replied at 4-12-2020 08:44 PM
I love u la. U speak my mind!
Paling tunggang dia ni la. Padahal narcist tersirat.
Jual agama, j ...
Masa kt sepital siap gunakan situasi promot sejadah overpriced dia. Lolz. Tp iols salute dia la sangat mahir bab PR. |
|
|
|
|
|
|
|
jarang i baca negative comments pasal dia. dia kan Malaysia's sweetheart versi lelaki. cuba artis lain yang kat tempat dia, mau kena kecam 7 keturunan. untung dia alif satar so,semua org 'maafkan' dia |
|
|
|
|
|
|
|
Cepat giler die recover.. Xsampai 14hari... Kalau si asyraf muslim ritu sampai nak sebulan kene tahan... |
|
|
|
|
|
|
| |
|