View: 2180|Reply: 11
|
Kanak-Kanak Dilapor Hilang, Dijumpai Bersama Bapa Kandung
[Copy link]
|
|
Seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang berhampiran rumahnya di Setapak Jaya, Wangsa Maju, di sini, semalam, ditemui dalam jagaan bapa kandungnya, hari ini.
Kehilangan kanak-kanak berkenaan, Muhammad Afif Mohd Izmeet Iskandar berusia lapan tahun dilaporkan hilang, semalam sebelum maklumat kehilangannya dilaporkan menerusi Sistem National Urgent Response (Nur) Alert, hari ini.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan kanak-kanak lelaki itu oleh bapa angkatnya berusia 57 tahun, semalam.
"Menurut pengadu, dia bersama kanak kanak itu sebelum menyedari kehilangannya sebaik pulang dari kedai berdekatan dengan pangsapuri didiaminya.
"engadu cuba mencari kanak-kanak itu di kawasan berdekatan kediaman namun gagal sebelum membuat laporan di balai polis berhampiran," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Rajab berkata, pihaknya melakukan hebahan siaran media melalui talian Nur Alert berhubung perkara itu.
"Siasatan lanjut mendapati kanak-kanak itu sebenarnya berada dalam jagaan bapa kandungnya. Terdapat sedikit salah faham antara bapa kandung dan bapa angkat kanak-kanak berkenaan yang menyebabkan kejadian terbabit.
"emeriksaan awal mendapati kanak-kanak itu dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.
Beliau berkata, kanak-kanak itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju untuk dirakam keterangan termasuk pihak lain yang terbabit.
"Sebaik selesai proses dokumentasi, kanak-kanak itu diserahkan semula kepada pengadu untuk tindakan lanjut.
"Kami menyeru kepada semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak betul.
"Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama semua pihak atas maklumat dan tindakan segera yang diterima daripada orang ramai sehingga selesainya kes ini," katanya. -CARI
Sumber:Harian Metro |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Warna mata biru coklat...apa2 pun syukur dh jumpa |
|
|
|
|
|
|
|
kenapalah polis yg terima report tersebut tidak arahkan pengadu tanya saudara-mara & sesiapa yg berkepentingan terhadap budak tu dahulu? |
|
|
|
|
|
|
|
handsome budak ni. umur lapan tahun dah tinggi 131cm. ada baka paki kut kan?. sebab tinggi dan lawa budak ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah 8 thn umur budak tu, baru membuak2 perasaan bapa kandung nak jaga dia.
Masa kecik2, semasa renyah sikit nak menjaga, takder pulak nak berebut2 jaga anak.
Inilah satu dilema membela anak angkat. |
|
|
|
|
|
|
|
Betul ada je kes yang sama dilapurkan sebelum ni. Masa masih kecil tak nak jaga bila anak dah seusia tu baru nak tuntut semula baru nak datang penyesalan pada mak pak kandung nak jaga semula. Kan dah menyusahkan keluarga angkat pula akkhirnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Budak tu tau x bapak kandung dia..
Seram gak tiba2 kne culik ngaku bapak kandung..
Takut penculik lepas ni pakai alasan sama.. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah. Janji ditemukan selamat. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nak ambil anak tu dengan cara baik tak boleh ke. Tak pasal2 menyusahkan ramai pihak. |
|
|
|
|
|
|
|
bincanglah baik2.nsb baik bukan kene culik.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|