CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1478|Reply: 6

Anjing Boleh Hidu Orang Positif Covid-19, Berpotensi Menjadi Alat Pengesan Pesak

[Copy link]
Post time 3-12-2020 01:49 AM | Show all posts |Read mode





Sejak berzaman lagi, anjing telah membantu memudahkan kerja manusia dalam pelbagai aspek kehidupan dari mengawal pergerakan kambing biri-biri, hingga ke membantu polis mengesan sindiket penyeludupan dadah.


Kini, sahabat terbaik manusia itu berpotensi menjadi alat pengesan pesakit COVID-19 walaupun tidak bergejala, sekali gus membantu dunia mengawal penularan COVID-19.


Deria hidung anjing mampu mengesan sesuatu pada titik peluh individu positif COVID-19, dan menurut kajian yang diketuai Dominique Grandjean dari Sekolah Veterinar Perancis, hidung anjing itu tidak pernah silap dalam membezakan kes positif dengan negatif.



Macam mana anjing boleh kesan virus dalam titik peluh?


Setakat ini, ia masih belum jelas bagaimana anjing boleh mengesan SARS-CoV-2 pada titik peluh manusia.


Hidung anjing memiliki 220 juta saraf penerima olfaktori yang mempu menghidu seribu kali lebih berkesan berbanding hidung manusia.


Kajian saintis setakat ini anjing akan menghidu perbezaan dalam profil sampel peluh dan bukan bahan yang ada pada peluh itu sendiri.




Ada ke nagara yang dah gunakan anjing untuk kawal penularan COVID-19?


Anjing yang khusus untuk mengesan koronavirus sedang dilatih di beberapa negara di seluruh dunia termasuk Emiriah Arab Bersatu (UAE), Chile, Argentina, Brazil dan Belgium.


Di UAE, anjing pengesan sudah ditempatkan di beberapa lapangan terbang dan membantu mengawal jangkitan di negara itu.


Australia pula sedang berusaha menggunakan anjing untuk membantu mengesan kes COVID-19 tanpa gejala dan ditempatkan di pintu keluar masuk negara, selain di pusat jagaan warga emas dan di hospital.




Boleh ke anjing pengesan dijangkiti COVID-19?


Titik peluh pesakit COVID-19 terbukti tidak boleh menjangkiti anjing pengesan.


Malah anjing jarang-jarang didapati positif COVID-19, dan setakat ini hanya dua kes anjing pernah dilaporkan positif tanpa gejala.


Tambahan pula, proses pengesanan virus dilakukan menggunakan kon keluli tahan karat yang membolehkan anjing pengesan menghidu sampel tanpa kontak dengan sampel.


Ujian swab dan ujian darah turut dilakukan ke atas anjing-anjing pengesan dan setakat ini, masih tiada anjing pengesan dijangkiti COVID-19.


Buat penat je bikin aplikasi mudah alih untuk kesan pesakit COVID-19, rupanya Tuhan dah bagi dekat kita mahkluk dan cara semula jadi yang boleh mengesannya.


Jadi janganlah benci sangat anjing tu. Mari kita latih anjing-anjing kita untuk kesan pembawa virus COVID-19.








Sumber : www.rancaktv.com
Sumber foto: Abby Boggier

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2020 02:04 AM From the mobile phone | Show all posts
aku pernah tengok kat utube kisah seorg pesakit cancer kat UK yg dia boleh tau dia ada cancer sbb anjing dia la..dan tak salah aku ada service dog utk pesakit kencing manis kat luar negara. anjing ni boleh kesan dgn pantas kandungan gula dalm darah sama ada rendah atau tinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 06:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap2 anjing juga dapat kesan gay dan pondan.tak perlu la jakim nak periksa buka spender.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Belibis: Harap2 anjing juga dapat kesan gay dan pondan.tak perlu la jakim nak periksa buka spender.

Aku kalo tak haram.. mmg  aku bela seko dahhh.. anjing dia bijak.. kucing aku tau mkn je..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 10:05 AM | Show all posts
Belibis replied at 3-12-2020 06:45 AM
Harap2 anjing juga dapat kesan gay dan pondan.tak perlu la jakim nak periksa buka spender.

bahahahahhahaha..makin tkut la gegayah n ponen nak cari makan pasni

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 10:26 AM | Show all posts
Kita ni mana ada benci anjing..Kalau anjing ni berfungsi untuk kerja2 tertentu kita ok je.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2020 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Brp peratus ketepatannye..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.059227 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list