Naya. Seorang budak berusia 7 tahun dari Filipina tanpa sengaja menimbulkan kekecohan kerana membuat 42 pesanan ke restoran makanan segera.
Kanak-kanak itu hanya mahukan dua kotak fillet ayam dengan kentang goreng dari McDonald's untuk dirinya dan neneknya.
42 penghantar makanan FoodPanda tiba secara serentak dan terpaksa berbaris untuk menghantar satu pesanan hidangan filet ayam dan kentang goreng ke alamat yang sama telah menyebabkan kesesakan di kawasan kejiran itu.
Kredit foto: Facebook
Foto dan video langsung kejadian ini disiarkan pengguna Facebook Dann Kayne Suarez yang juga jiran kepada kanak-kanak ini pada 25 November lalu.
Menurut Dann, capaian Internet amat lemah ketika pesanan dibuat pada hari itu, telah menyebabkan kanak-kanak itu membuat pesanan berulang kali tanpa menyedari kesemua pesanan itu telah berjaya.
"Nampaknya, banyak pesanan dicatat kerana sambungan Internet yang buruk dan aplikasi yang tidak sesuai" menurut catatan Facebooknya.
Kanak-kanak itu menangis apabila mendapati perlu membayar 7.938 peso (RM672) untuk semua pesanan. Apabila jiran-jirannya mengetahui apa yang berlaku, mereka membantu membeli sebahagian daripada pesanan itu.
Kredit foto: Facebook
Harap tak serik la lepas ni buat pesanan Foodpanda ya, dik. - CARI
|