CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1263|Reply: 3

Vaksin Covid-19 Ditemui, Faktor Harga Emas Turun

[Copy link]
Post time 1-12-2020 12:42 PM | Show all posts |Read mode
Berita pengumuman penemuan vaksin COVID-19 yang memberi kelegaan kepada semua orang di dunia termasuk di Malaysia menjadi faktor utama penurunan harga emas secara mendadak sejak kebelakangan ini.


Perunding Pelaburan Emas, Syukor Hashim, berkata dari awal Januari sehingga Ogos tahun ini berlaku trend kenaikan harga emas sebanyak 37 peratus dan pernah melebihi RM300 segram, namun harga itu telah jatuh semula dan terkini RM256 segram.


"unca harga emas naik itu disebabkan ancaman COVID-19 yang telah menjejaskan ekonomi seluruh dunia dan orang ramai tidak berani berbelanja yang secara tidak langsung menyebabkan pelabur memilih emas sebagai aset selamat.


"Namun apabila berita vaksin COVID-19 telah dijumpai tersebar, ia dilihat sedikit sebanyak mengurangkan risiko ancaman COVID-19 dengan pakar ekonomi dan pelaburan berpendapat ekonomi dunia akan kembali pulih. Justeru, dalam situasi ini emas dilihat hilang tarikan sebagai aset selamat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.


Gambar Hiasan




Media sebelum ini melaporkan, orang ramai berpusu-pusu ke kedai emas untuk mengambil peluang membeli barang kemas sebagai simpanan pelaburan sehingga ada antara mereka telah mengabaikan SOP COVID-19 semasa urusan jual beli di kedai.


Ditanya mengenai bila jangkaan penurunan harga emas ini akan berakhir, Syukor berkata ia tidak boleh dijangka kerana ia dipengaruhi berita dari semasa ke semasa yang memberi kesan kepada naik turun harga emas.


"Sebagai contoh, bagaimana proses peralihan kuasa Amerika Syarikat antara Joe Biden dengan Donald Trump, sekiranya ada 'drama' antara mereka harga emas boleh naik semula begitu juga implikasi berita politik mengenai Iran yang mendakwa saintis nuklearnya dibunuh oleh Israel.


"Dengan kata lain, harga emas naik bukan berpunca daripada COVID-19 sahaja tapi banyak faktor lain namun faktor utama tahun ini adalah wabak itu," katanya.


Beliau berkata, apa sahaja situasi yang berlaku di Malaysia tidak mempengaruhi langsung perubahan harga emas. -CARI


Sumber: BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2020 03:44 PM | Show all posts
Masih ramai orang kaya berduyun2 beli emas.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Warga forum yang nak bukak GAP akaun under Public Gold boleh PM me. Harga hari ini RM258.00 per gram. Nak simpan serendah RM100 pun boleh.  Pendaftaran free je
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
husna_amal replied at 1-12-2020 03:44 PM
Masih ramai orang kaya berduyun2 beli emas.

Kah2..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.040378 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list