Kredit foto: Google
Kombinasi antara aktiviti fizikal, hubungan sosial dan dikelilingi alam semula jadi dapat menjadikan aktiviti berkebun sebagai aktiviti yang bermanfaat untuk kesihatan mental kita.
Ramai pekebun mengatakan apabila mereka melakukan aktiviti berkebun dan bermain dengan tanah tanaman, mereka akan berasa lebih tenang dan gembira. Keinginan ingin melihat dan memelihara tanaman menjadi mekar dan berbuah dapat mewujudkan sifat positif dalam diri, seterusnya dapat mengelakkan tekanan.
Idea untuk melakukan aktiviti berkebun mula diberikan kepada orang yang mengalami kegelisahan dan kemurungan. Pesakit diberi tanaman untuk dirawat, yang kemudian ditanam di taman komuniti yang ditetapkan supaya mereka dapat bergabung bersama orang lain dan mengeratkan hubungan sosial.
Kredit foto: Google
"enyelidikan menunjukkan bahawa aktiviti luar atau 'ekoterapi' seperti berkebun atau berjalan kaki, mempunyai manfaat besar untuk kesejahteraan bahkan sangat efektif dalam merawat kemurungan dan kecemasan ringan hingga sederhana," kata Aimee Gee dari sebuah badan kesihatan mental.
Ini berkemungkinan disebabkan kombinasi melakukan lebih banyak aktiviti fizikal kerana menjalin hubungan sosial yang lebih kerap dengan orang lain dapat mengurangkan kesunyian serta meningkatkan keyakinan diri sambil dikelilingi alam semula jadi yang mendamaikan.
Warna, bunyi dan bau alam semula jadi ketika berkebun juga dapat meningkatkan rasa nyaman dan memberikan kepuasan apabila menyelesaikan tugasan atau aktiviti perkebunan.
Seorang tukang kebun dan penyampai TV telah berkongsi kepada orang ramai bagaimana aktiviti berkebun dapat membantu mengatasi kemurungan yang dialaminya.
”Apabila anda menanam sesuatu, anda melabur pada masa depan yang indah di tengah-tengah dunia yang penuh tekanan, huru-hara dan kadang kala amat mengerikan. ” katanya penuh optimis.
Kredit foto : Google
Oleh itu, kemungkinan besar aktiviti berkebun akan dijadikan sebagai salah satu rawatan alternatif atau terapi untuk mengurangkan tekanan dan kemarahan selain daripada seni, kraf , berjalan kaki dan menyanyi.
Sumber : The Guardian |