View: 2920|Reply: 10
|
Azwan Ali Kembali Ke LCK2 Atau Tidak?
[Copy link]
|
|
Walaupun belum diketahui siapakah gandingan Elly Mazlein untuk mengacarakan program Lagu Cinta Kita musim kedua (LCK2) Ahad ini, namun pengacara sensasi, Azwan Ali dikatakan akan tampil semula selepas berganding dengan Elly dalam dua episod sebelum ini.
Difahamkan, Azwan akan kembali ke program itu berikutan kebanyakan peminat mahukan Azwan yang berpengalaman dan penuh kontroversi itu dikekalkan sebagai pengacara.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202011/27/154447ssal0w9f007l6c1l.png)
Kredit foto: IG Azwan
Namun, Azwan atau mesra disapa Diva AA ketika dihubungi enggan mengulas kerana dia hanya menerima tawaran daripada TV3 untuk mengacara LCK2 bagi dua episod iaitu pada 8 dan 15 November lalu.
"Saya tak nak komen apa-apa kerana sebelum ini, saya pun hanya dimaklumkan muncul untuk dua episod sahaja dan ia bukan gimik," katanya kepada Harian Metro.
Terdahulu, pada dua kemunculan Azwan mengemudi LCK2 bersama Elly, program realiti TV itu berjaya 'trending' di media sosial pada setiap minggu.
Rata-rata penonton dan warganet yang menonton program LCK2 sukakan gandingan Azwan dan Elly kerana masing-masing dilihat serasi dan sangat memberi impak kepada program itu.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202011/27/154447wn0dy1i4m4yl418d.jpg) Kredit foto: IG Azwan
Sementara itu, Penerbit Eksekutif LCK2, Muhammad Sufian Che Isa ketika dihubungi berkata, sama ada Azwan muncul atau tidak, kena tunggu tayangannya Ahad ini.
"Nak tahu Azwan ada atau tidak, tunggu malam Ahad ini," katanya ringkas.
Katanya, mengikut konsep program LCK2, hanya Elly sahaja hos tetap dan dia yang akan bertukar pasangan pengacara. Malah, kontrak Azwan memaklumkan dia hanya muncul untuk dua episod.
Bagaimanapun, Muhammad Sufian tidak menafikan Azwan masih memiliki aura tersendiri yang mana kemunculan semulanya diterima baik penonton.
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
propa la ponen terdampor nihh |
|
|
|
|
|
|
|
Diva AA ni ganti org je ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Memang dari awal diva AA ni host jemputan je. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau stakat 2 episod nape poster lck2 bersepah muka die jah? X penah dibuat org la kontrak sekerat2 cmni. Propa jah ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Diva AA nk test market ler tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Acik rasa selagi ko tak mencarut dlm tv selagi tu acik sapot ko. |
|
|
|
|
|
|
|
iols penah tertengok satu episod dulu...
bosan jah cite ni... dengan DIVA AA too scripted... lepastu ada mummy idayu feeling2 bagus...
iols terpaksa tengok sebab dalam hotel cenel tu je yg siaran cantik... lain tayang drama lagi iols tak lalu ![](static/image/smiley/default/sleepy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Honestly, best sangat ke bila pencarut ni jadi pengacara? |
|
|
|
|
|
|
|
Dh elok2 org mula suka balik.. Ni buat hal plak duk maki melayu.. Video tiktok last week kan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|