View: 7346|Reply: 23
|
Datuk Mana Kena Tahan Polis Sebab Gaduh Di Bar?
[Copy link]
|
|
Seramai 19 lelaki ditahan termasuk seorang lelaki dipercayai berpangkat Datuk serta seorang koperal polis selepas terbabit dalam pergaduhan di sebuah pub di Jalan Puchong, di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan berlaku pergaduhan di lokasi terbabit, jam 11.20 malam.
Kredit foto: Harian Metro
"Sepasukan anggota polis yang bergegas ke lokasi kemudian menahan 19 lelaki berusia antara 38 hingga 59 tahun yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu termasuk seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Datuk serta seorang koperal polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.
"Difahamkan, kejadian itu berpunca daripada kekecohan yang tercetus selepas sekumpulan lelaki yang datang ke pub berkenaan untuk berhibur, namun premis terbabit sudah tutup.
"Seorang koperal polis yang kebetulan berada di lokasi untuk mendapatkan maklumat berkaitan satu kes kebakaran kereta di tempat itu sebelum ini cuba meleraikan kekecohan itu, namun ia bertukar menjadi pergaduhan," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Bagaimanapun, Anuar berkata, pihaknya masih menyiasat punca sebenar pergaduhan itu.
"Kejadian itu menyebabkan seorang daripada 19 suspek yang ditahan cedera di bahagian muka dipercayai akibat dipukul.
"Semua suspek direman selama dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh," katanya.
Terdahulu, satu hantaran berserta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi dua minit 24 saat menunjukkan pergaduhan di antara sekumpulan lelaki tular di media sosial, hari ini.
Hantaran di media sosial itu juga mendakwa seorang lelaki dipercayai berpangkat Datuk memukul seorang anggota polis dalam kejadian itu. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Datuk taik kucing je tu. Budget hebat dengan darjah gelaran yang dibeli. |
|
|
|
|
|
|
|
Bahana bg gelaran kpd yg bukan layak...bersepahlah merata buat perangai tak senonoh... |
|
|
|
|
|
|
|
Jalan-jalan dekat KL baling sepuluh batu mesti kena kepala seorang datuk |
|
|
|
|
|
|
|
ini dato samseng ka??? tak tau pula ada pub yg buka. kalau buka pun, bkn ke semua premis kena tutup pada pukul 10 mlm?
"Difahamkan, kejadian itu berpunca daripada kekecohan yang tercetus selepas sekumpulan lelaki yang datang ke pub berkenaan untuk berhibur, namun premis terbabit sudah tutup.
Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan berlaku pergaduhan di lokasi terbabit, jam 11.20 malam. |
|
|
|
|
|
|
|
beria btau dia datuk .... |
|
|
|
|
|
|
|
Syd replied at 27-11-2020 01:20 PM
Dato Suresh, Puchong
Datuk suresh ni sapa.. aku cume kenai joe biden.. donald trump... nytahyahyu.. macron... datuk ape ni. Muka ala ala anglat tong jahh dpt datuk |
|
|
|
|
|
|
|
otai ni boss
ni ramai orang kenal
|
|
|
|
|
|
|
|
Syd replied at 27-11-2020 01:48 PM
otai ni boss
ni ramai orang kenal
Tatap tak kenal.. hahaha.. kiranya aku ni level betul betul high baru aku kenai.. hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Badan bagak macam beruk lesnar.masak la kena smackdown. |
|
|
|
|
|
|
|
malu la nak angkat muka
kena tolak2 tunjal2 je dgn dato padayapa
sidai la baju tu cik
|
|
|
|
|
|
|
|
La, gaduh amenda macam tu? Ingatkan bertumbuk sepak terajang. Ni main tolak2 macam tu je. Baru nak tgk drama tamil |
|
|
|
|
|
|
|
datuk low kelas mana ni...malas nak pikir
|
|
|
|
|
|
|
|
Syd replied at 27-11-2020 01:34 PM
nah layannn laa
Macam cite tamil.
|
|
|
|
|
|
|
|
Musim kobid pon tak reti nak duduk rumah datuk ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jap nk tny..
Mmg kelab malam dh blh beroperasi mcm biasa ek? |
|
|
|
|
|
|
|
Syd replied at 27-11-2020 01:34 PM
nah layannn laa
Camtu je ke gaduhnya? Ingatkan ada la aksi ala2 filem tamil |
|
|
|
|
|
|
| |
|