CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 1515|Reply: 4

"Saya Kena Tutup Mulut Tempayan Ini" - Zahid

[Copy link]
Post time 26-11-2020 03:43 PM | Show all posts |Read mode
Bagi mengelakkan kekeliruan rakyat terhadap pendirian parti dalam soal kerjasama bersama parti lain, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata, dia harus menutup “mulut tempayan” dalam kalangan pemimpin parti.


Katanya, dia tidak boleh menafikan bahawa pendapat yang berbeza-beza itu sememangnya wujud kerana tafsiran dan pendapat politik yang berbeza, dan perbezaan itu dapat diterjemah di dunia maya.




Kredit foto: SCMP




Namun, katanya, pendirian rasmi parti ialah yang dikeluarkan olehnya sendiri selaku presiden, dan juga setiausaha agung Umno, Ahmad Maslan.

“Kita mesti bersetuju untuk bersetuju, dan bersetuju untuk tidak bersetuju dalam membuat keputusan.

“Dalam hal itu, keputusan yang dibuat sama ada kenyataan itu datang daripada presiden atau setiausaha agung, itu ialah kenyataan rasmi.

“Tetapi, di kalangan pemimpin yang menggunakan pendapat peribadinya seolah-olah pendapat parti, dan secara yang terbaik, saya hendaklah menutup mulut tempayan ini,” katanya dalam wawancara bersama Malaysia Gazzete yang disiarkan semalam.


Dia menjawab soalan berkenaan kekeliruan yang timbul di kalangan rakyat berhubung kerjasama Umno dengan parti lain, akibat kenyataaan-kenyataan berbeza daripada pucuk pimpinan parti akhir-akhir ini.

“Saya memberitahu mereka, jawatan yang ada pada mereka menggambarkan pendapat peribadi itu adalah pendapat jawatan itu, dan jawatan itu mewakili parti.

“Oleh yang demikian, saya telah memberikan nasihat kepada mereka jangan mengelirukan rakan-rakan di akar umbi, yang menyebabkan kepelbagaian pendirian, seolah-olah Umno tak ada hala tuju.

“Sedangkan hala tuju bukan hanya terlontar dalam ucapan dasar presiden, tetapi juga dikongsi pelaksanaannya melalui proses pembuat keputusan yang telah saya sebut tadi,” katanya lagi.




Sumber: MalaysiaKini

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2020 03:55 PM | Show all posts
اللًٰهم صلى على محمد وعلى آل محمد وبارك وسلم
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2020 03:56 PM | Show all posts
tidak dpt ditutup mulut rakyat yg tak suka zahid ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2020 09:40 AM | Show all posts
Kena ugut dulu baru boleh tutup kot.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2020 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Politik lg..no komen
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-7-2022 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.076443 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list