CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5670|Reply: 59

Kepala Anak Dah Terkeluar Penuh, Suami Jadi Bidan Terjun Pukul 2 Pagi

[Copy link]
Post time 24-11-2020 01:36 PM | Show all posts |Read mode
Bagi lelaki yang tidak kuat, boleh pengsan melihat darah semasa isteri melahirkan anak. Namun, seorang lelaki melalui detik mencemaskan apabila menjadi 'bidan terjun' bagi menyambut kelahiran anaknya.


Berkongsi pengalaman, suami berkenaan, Zamri Jamal Abdul Hakim memberitahu, kejadian berlaku di kediaman mereka di Bandar Sri Damansara di Petaling Jaya, Selangor, awal pagi Isnin.








Suami berusia 35 tahun itu berkata, ketika itu isterinya mengalami contraction dan mahu ke bilik air untuk mandi sekitar pukul 2 pagi, manakala dia sedang mengemas barang-barang.

"Tiba-tiba isteri keluar dari bilik air dan beritahu rasa anak dah nak keluar. Air ketuban pun dah pecah. Saya kata okay, nak bawa dia segera ke hospital.

"Isteri kemudian kata anak dah nak keluar sekarang. Bila saya tengok, kepala anak dah terkeluar penuh. Tak sempat ke hospital," katanya kepada mStar.


Tidak panik, Zamri yang mengikut kelas keibubapaan dengan mempelajari 'gentle birth' iaitu teknik bersalin secara tenang, selesa dan selamat, memutuskan untuk menyambut kelahiran anaknya sendiri.







"Terdetik dalam hati, ada dua nyawa di tangan saya. Terdapat kebimbangan mengenai bayi terjerut tali pusat atau pendarahan yang banyak semasa bersalin.

"Tapi apa pilihan yang saya ada? Jadi, saya harus tenang dan yakin. Segala-galanya berlaku di bilik tidur kami. Isteri melutut di lantai dengan separuh badannya pada katil.

"Saya suruh dia meneran (push), anak dah keluar selepas push kedua. Ia berlaku dengan pantas, tak sampai pun lima minit. Syukur alhamdulillah," katanya.


Menurut ahli perniagaan itu, ia merupakan pengalaman kedua dirinya menjadi bidan selepas anak pertama iaitu seorang bayi lelaki kira-kira dua tahun lalu.

"Masa tu doktor dan jururawat berada memerhati dan memberikan nasihat, tapi saya sendiri yang mengendalikannya untuk menyambut anak saya berdasarkan apa yang dilatih.

"Begitu juga untuk kelahiran kedua ni, memang saya merancang untuk sambut sendiri anak ni. Bukan pertama kali, tapi tak sangka sambut di rumah, hanya kami berdua.

"Mujur anak kami berusia dua tahun sedang tidur di bilik lain, jadi keadaan lebih tenang. Sebelah tangan saya pegang bayi dan sebelah tangan lagi saya pegang uri," katanya.


Zamri berkata, isterinya melahirkan seorang bayi seberat 3.1 kilogram kira-kira seminggu awal dari tarikh jangkaan pada 1 Disember.

"Selepas bersalin, saya bawa isteri ke hospital, ketika itu anak masih ada tali pusat. Perjalanan dari rumah ke hospital di Kuala Lumpur hanya kira-kira 15 minit," katanya sambil menambah anaknya dijaga oleh ibu yang tinggal berdekatan.




Kredit foto: mStar




Sehubungan itu katanya, adalah penting bagi suami isteri terutama bakal bapa untuk mempelajari proses kehamilan bagi membina keyakinan dalam menghadapi kecemasan.

"Semua orang bersedia untuk bersalin di hospital, tapi tak semua orang bersedia untuk bersalin di rumah. Saya sendiri tak buat persiapan sebab tak jangka pun, di bilik tidur kami penuh darah sebab isteri bersalin di situ.

"Isteri memang jenis tahan sakit. Dah mula rasa contraction sejak pukul 7 malam, tapi relaks saja sampai 2 pagi. Masa suntik bius ketika nak jahit di hospital pun dia buat selamba je sampai doktor pun terkejut.

"Isteri saya ni memang lain kuatnya, orang lain nak buat skydive (terjunan udara) sekali pun takut, tapi isteri selamba buat skydive sembilan kali dalam sehari sebelum ini di luar negara," katanya.




Sumber: mStar

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2020 01:41 PM | Show all posts
eh poyo la sempat lagi selfi wefie bagai

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 01:43 PM | Show all posts
ke geng homebirth dola doli?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 01:49 PM | Show all posts
wow, tahniah at least dia berani and being trained but yes lah ade  risiko  terbelit uri , baby anoxic tu lagi laaa hmm hmm.....memang serious dan ade.

alhamdulillah tak complicated birth .

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Pahal aku rasa mcm dejavu? Serius! Tapi cerita isteri dia bersalin dalam kereta dgn anak2
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 02:23 PM | Show all posts

meols pun speku begitu juaa.. tapi dia pergi hospital jugaa.. bukannya dia biarkan uri & tali pusat anaknya dijemur kering sampai kehitaman ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2020 02:29 PM | Show all posts
Klu aku mmg dah pengsan mabuk darah dah
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Mengaku ajelah memang kau nak bersalin kat rumah. Tgk daripada ayat2 tu memang macam nak ke arah tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2020 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan anak pertama.. xkan xreti kita contraction?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 02:55 PM | Show all posts
bestnya... susah2 je p spital... klu x pi dah seip duit hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Hebat encik zamri. Tak ramai mampu buat... Iols pun mabuk darah
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 03:15 PM | Show all posts
alhamdulillah dan tahniah...

sekejap je da pelepup kuar...

aku nih...berjam2 menahan contraction...kalau pagi kol 10 masuk dalam bilik bersalin...ptg baru bersalin...tuh pun asik sedut oksigen yg bg ngantuk je.... smpai kene tegur n nurse..

lagi 1 pagi bute lepas subuh masuk...tghari baru bersalin...



seram.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekejap je keluar xsampai 5 minit? Memanglahhh dah masa bersalin kan? Lagi pun ko dah rasa contraction jam 7 ptg, jam 2 pagi tu ko beranak mmg logik...patutnya ko pe hospital suda....apa pasal masih di rumah? Dah anak kedua dah pun...please ya. Xpayah highlight gentel ja jentel ka...its ur decision, dalam otak kalau dah rasa contraction...sakit ka tak sakit, kalau mind set nak ke hospital..belom jam 2 pagi tu ko dah terpacak sana
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
lattehazelnut replied at 24-11-2020 02:54 PM
Bukan anak pertama.. xkan xreti kita contraction?


Fishy cerita dia nih. Dia ingat org percaya ka? Berita tu ckp, contraction dah mula jam 7 lagi..apa pasal dalam gap 7pth-2 pgi tu xp hospital?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 03:31 PM | Show all posts
Mujur si suami ada ilmu dan tenang. Kalau tak tahu apa nak buat entah apa la jadinya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Brutal bini dia , 9 kali skydive 1 hari, tgk pas bersalin pun senyum lebar macam takder apa2
.. bro u married a real life wonder woman.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2020 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa yg amik gambar laki tu tgh pegang baby penuh darah tu, bini dia ke? Baru bersalin terus tangkap gambar laki, gigihnya sis.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 03:58 PM | Show all posts
darkness replied at 24-11-2020 03:22 PM
Sekejap je keluar xsampai 5 minit? Memanglahhh dah masa bersalin kan? Lagi pun ko dah rasa contracti ...

ambikkk ko... kan makcik da mengomel...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols ingatkan geng dola doli pakai tudung.. rupanya tak ye?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 05:15 PM | Show all posts
ak rasa geng doula douli nih... ni mesti jadi reference kes kebanggaan depa..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.156287 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list