CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nahnukutu

[Tempatan] Ketuk pintu misteri dari Sabak Bernam ke Port Dickson (Polis panggil mangsa beri

  [Copy link]
Post time 22-11-2020 01:48 AM From the mobile phone | Show all posts
rumah iols. memang 22 jam. pintu sentiasa buka... jd nak. ketuk camana hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2020 02:28 AM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 20-11-2020 09:54 PM
Actually yg kt area teluk intan tu mmg btul berlaku. Sbb mmg terjadi kt kawan2 dan staf yg duduk san ...

dengar jugak kisah ni...  katanya memang ramai kena n takde evidences kata sekampung ni buat cerita...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 10:35 AM | Show all posts

Misteri Ketukan Terus Menghantui Sabak Bernam

Misteri bunyi ketukan pintu rumah terus menghantui penduduk di Sabak Bernam semalam.


Seorang suri rumah, Noraidayawati Mohd Tahar, 47, berkata, gangguan bunyi ketukan pintu didengarinya terlalu kuat di belakang rumah berhampirannya kira-kira jam 9 malam tadi.


Menurutnya, dia bersama suaminya, Rahim Amat, 53, dan tiga anaknya mendengar dengan jelas bunyi ketukan yang berterusan dianggarkan selama 10 minit.


"Kami sekeluarga seram hendak mengintai di tingkap, lebih-lebih lagi kejadian ini tular sejak kelmarin," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.


Noraidayawati berkata, dia pada mulanya menyangka hanya mereka sekeluarga yang mendengar bunyi misteri itu, sebelum jirannya menghantar WhatsApp memaklumkan perkara sama.




Kredit foto: Sinar Harian





"Jiran beritahu dia juga ada terdengar bunyi ketukan pintu rumah sangat kuat di rumah jiran dan bertanya dengan pemilik rumah terbabit tentang gangguan tersebut.


"Bagaimanapun, pemilik rumah memaklumkan dia tidak mendengar apa-apa bunyi pelik.


"Sehingga kini, kami masih hairan dengan punca misteri bunyi ketukan kuat tersebut," katanya.


Sementara itu, Setiausaha Taman Air Manis, Zulkifli Ijoh berkata, pihaknya yang membuat pemantauan menerusi Rondaan Sukarela Cegah Jenayah (RSCJ) di taman itu mengakui menerima aduan terbabit.


Beliau berkata, seramai 10 anggotanya yang tiba di rumah terbabit mendapati bunyi gangguan itu sudah tidak kedengaran.


"Apabila ditanya penghuni rumah terbabit mereka mendakwa tidak mendengar apa-apa bunyi ketukan, sebaliknya hanya penduduk sekeliling yang mendakwa terdengar bunyi ketukan kuat itu.


"Sehingga kini kami telah menerima lima aduan penduduk berhubung gangguan bunyi misteri itu sejak kelmarin dan antara langkah yang telah diambil ialah dengan meningkatkan rondaan cegah jenayah pada setiap malam sehingga awal pagi," katanya.





Dalam pada itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Batu 37 Darat, Muhammad Nazri Saiman berkata, tiada lagi aduan penduduk di kampung itu yang mengadu terdengar bunyi ketukan pintu tanpa salam.


Bagaimanapun katanya, pihaknya akan meneruskan rondaan malam berikutan masih terdapat beberapa kampung berhampiran masih diganggu bunyi misteri itu.


"Saya difahamkan bunyi gangguan di kampung lain masih ada, tetapi tidaklah seteruk semasa kejadian hari pertama dan kedua kelmarin," katanya. -CARI


Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde cctv ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2020 12:53 PM | Show all posts
'Dengar bunyi ketukan tapi tiada pelaku dalam CCTV'
MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR | | 22 November 2020


Perbualan kumpulan WhatsApp penduduk di Taman Yu berhubung gangguan bunyi misteri di taman itu malam tadi. - Foto 123RF

SABAK BERNAM - Jika malam sebelumnya kecoh bunyi ketukan pintu tanpa salam di Taman Air Manis, namun ketukan misteri itu 'berpindah' mengganggu penduduk di Taman Yu, Sungai Besar malam tadi.

Ketua Penerangan Pas Kawasan Sabak Bernam, Muhammad Labib Abd Jalil berkata, kejadian ketukan pintu hadapan jeriji besi rumahnya di Taman Yu berlaku kira-kira jam 12.10 pagi tadi.

Menurutnya, bunyi ketukan kuat selama kira-kira lima minit itu mengejutkannya daripada tidur dan terus melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

"Setelah meneliti rakaman CCTV, saya dapati tiada sesiapa pun yang kelihatan mengetuk pintu jeriji besi terbabit," katanya kepada Sinar Harian.

Muhammad Labib berkata, bunyi ketukan pada jeriji besi rumah dua tingkat itu terlalu kuat hingga terdengar di tingkat atas bilik tidurnya.

"Saya terjaga daripada tidur sebab bunyi bising sebelum lama kelamaan terdengar sayup dan hilang daripada pendengaran," katanya.

Muhammad Labib berkata, beliau yang ingin kembali tidur kemudian sempat membaca aplikasi kumpulan WhatsApp taman itu yang memaklumkan terdapat kira-kira tujuh penghuni taman itu mengalami gangguan sama.

"Peliknya, penghuni memaklumkan, gangguan ini tidak didengari wanita sebaliknya hanya lelaki yang mendengar bunyi ketukan ini," katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Labib berkata, semua sedia maklum bahawa ada makhluk ALLAH yang dijadikan ghaib seperti jin dan malaikat yang tidak dapat dilihat pada mata kasar.

"Saya tidaklah percaya pada hantu kerana ia tidak wujud. Saya tak pasti... cuma ini mungkin hanya permainan jin barangkali hendak bergurau dan sebagainya.

"Pandangan saya, sebagai orang Islam beriman, kita tidak perlu takut kerana jin ini makhluknya halus yang kita tidak nampak.

"Kalau setakat dia (makhluk halus) hendak ganggu masuk ke dalam rumah atau ke mana-mana dia boleh ganggu tetapi ini mungkin sekadar bergurau sahaja," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, sehingga kini pihaknya tidak menerima laporan polis berhubung kejadian ketukan pintu di rumah penduduk.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya akan meningkatkan rondaan di beberapa kawasan kampung yang tular berhubung gangguan bunyi ketukan pintu terbabit.

"Polis menasihatkan orang awam yang ternampak individu atau pihak mencurigakan segera hubungi polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... a-pelaku-dalam-CCTV
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Jin dan syaitan pun gila glemer. Makin banyak berita keluar, makin jauh dia jalan2 pergi ketuk.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2020 01:08 PM | Show all posts
seramai2 yg kena ketuk ni, xde sorg ke yg ada cctv.
ke gi ketuk rumah yg takde cctv jurrr?
kau bosan sgt ke hantu?
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kul 9.. umur dah kertu pun masih takut nak intai.bukan kita suruh serbu punnn.
Mungkinkah teknik iklan agen CCTV,moga2 lepas ni order mencanak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-11-2020 01:30 PM | Show all posts
batmana replied at 21-11-2020 11:47 AM
dalam ramai2 penduduk satu daerah tu, takde sorg ke pasang cctv rm90 je kt umah?

pasangla cctv wo ...

boleh rujuk post #103 uols


Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
sekngucing replied at 22-11-2020 01:48 AM
rumah iols. memang 22 jam. pintu sentiasa buka... jd nak. ketuk camana hahaha

2 jam ko tutup pintu tu sebab nak berak kan bro?
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasang ler cam. Murah je sekarang. Cucuk settle
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 22-11-2020 01:31 PM
2 jam ko tutup pintu tu sebab nak berak kan bro?

  2 jam pg makan... tp pintu depan rumah ni jarang tutup... org sentiasa ada...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
ntah2 umah jiran yg berbunyi tu yg ketuk sndiri dari dlm sbb tu jiran2 sekeliling dengar pastu tuan rumah konon2 x dengar...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 20-11-2020 07:13 PM
ketuk2 pintu tu nak jual kek kot, kemungkinan kaka @Kitty_catz nak habiskan stok kek mamasabariah ya ...

Hamboiii kaka dude, sempat menyelit pomot kek paus bff chuols iteww

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Kitty_catz at 22-11-2020 06:17 PM
Tiram replied at 20-11-2020 08:14 PM
Eh citer hantu kumkum tahun 1980 gitu kan


Dak aihh ni re-make tahun 99 punyerr , Anak menakan hat tahun 80 tu gamaknya

Tak caya acer tanya kengkawan , antoo kumkum kancil merah versi 99.. ada yg ingat tu

Edited as per mentioned by another forumner tawon 96/96.. kompom la tak berapa nk ingat, meols duk dlm buaian lg terr
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
sekngucing replied at 22-11-2020 01:38 AM
1996-1997 lah....

Haaaa ada pun yg ingat.. tengsss chuolsss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2020 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Nahnukutu replied at 22-11-2020 12:53 PM
'Dengar bunyi ketukan tapi tiada pelaku dalam CCTV'
MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR | | 22 November 2020
...

"Peliknya, penghuni memaklumkan, gangguan ini tidak didengari wanita sebaliknya hanya lelaki yang mendengar bunyi ketukan ini," katanya.

Ok, rasa selamat sikit huhu
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 22-11-2020 06:12 PM
Haaaa ada pun yg ingat.. tengsss chuolsss

hantukum kum dah lama.. tp hantu purdah bawa kancil. merah tu late 90s...org jata hantu purdah tu= hantu kum kum

by the way iols ada alamat rumah yg ada pontianak menetap secara live didalamnya.. lokasi dia di klang.. uols nak tak.. rumah tu takda org pun
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
nefnefnef replied at 22-11-2020 06:14 PM
"Peliknya, penghuni memaklumkan, gangguan ini tidak didengari wanita sebaliknya hanya lelaki yang  ...

hantu semua oerempuan.. mana ada hantu lelaki
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Baik takut covid lagi dari takut hantu....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.582863 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list