CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4271|Reply: 56

Dapat bekalan air bersih setelah 30 tahun menunggu,pakcik berkain pelikat menang

[Copy link]
Post time 20-11-2020 01:49 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 20-11-2020 01:49 PM

Menangis dapat bekalan air bersih selepas 30 tahun

Siti Rohana Idris
[email protected]

Kota Bharu: Penantian lebih 30 tahun kira-kira 150 penduduk Kampung Tok Puchong, dekat sini, yang ketiadaan air bersih hampir berakhir apabila bekalannya sudah mula disalurkan.

Bekalan dari Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) mula disalurkan ke sembilan kediaman sebagai permulaan dan masing-masing sangat teruja apabila air bersih keluar dari paip di luar dan dalam rumah.

Ismail Hamat, 67, berkata, sebelum ini dia berulang-alik beberapa kali dengan menunggang motosikal membawa tong 10 liter ke mesin air bertapis kira-kira 300 meter dari rumah untuk mendapatkan bekalan air bersih.

Sambil mengalirkan air mata, dia berkata, selepas ini mereka sekeluarga sudah boleh mandi lebih daripada sekali berbanding sebelum ini, disebabkan 'sayangkan' air yang dibeli kerana perlu digunakan untuk keperluan lain termasuk memasak dan minum.

"Kami juga kerap mengambil air di masjid dan saya mengambil bersama cucu perempuan yang menunggang basikal.

"Hanya Allah saja yang tahu perasaan kami sebaik melihat air bersih keluar daripada paip dan disebabkan terlalu teruja, saya berkumur beberapa kali dan membasuh muka kerana ia tidak lagi masin serta payau seperti air telaga tiub sebelum ini," katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

Akhbar sebelum ini menyiarkan kisah lebih 150 penduduk kampung itu yang berdepan dengan situasi tiada bekalan air bersih dan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan untuk membeli air untuk kegunaan harian.

Bukan itu saja, ada yang membawa bekas atau botol mengambil bekalan di surau dan masjid sekitar malah sebahagian besar membina telaga tiub walaupun air yang diperoleh agak berbau, masin dan payau.

Ismail berkata, banyak perubahan yang dirasai selepas ini antaranya pinggan mangkuk sudah tidak lagi berkarat dan pakaian juga akan kembali bersih tanpa warna kekuningan kerana sebelum ini, mereka mencuci menggunakan air telaga tiub.

Menurutnya lagi kelegaan juga dirasai apabila sudah tidak perlu berulang-alik setiap hari membeli air bersih untuk kegunaan mereka enam beranak termasuk dua anak istimewanya, Ahmad, 39, yang menghidap masalah mental dan tidak boleh bercakap sejak bayi, serta Mohd Suhaimi, 31, yang terlantar sejak tiga tahun lalu akibat diserang strok haba.

"Paling perit untuk memunggah air adalah ketika musim hujan dan bulan Ramadan kerana kekangan situasi ketika itu dan keadaan semakin teruk jika berlaku hujan lebat atau motosikal rosak.

"Hampir separuh daripada usia saya dihabiskan dengan mengangkut air dan banyak wang dihabiskan untuk itu, malah anak cucu juga jarang melawat disebabkan masalah air dan tidak mahu membebankan kami.

"Saya mewakili penduduk kampung ini sangat berterima kasih kepada kumpulan aktivis masyarakat Cempaka Merah Asnaf Society yang banyak membantu kami mencari ikhtiar untuk menyelesaikan masalah ini," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2020 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Selangor pun kena tunggu 30 tahun ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2020 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Siyes ke umah pokcik takde perigi??
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2020 01:53 PM | Show all posts
Allahuakhbar kesiannya...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2020 02:05 PM | Show all posts
Syukurlah penantian 30 tahun terubat juga dapat juga akhirnya apa yang diimpikan
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2020 02:09 PM | Show all posts
Belibis replied at 20-11-2020 01:51 PM
Siyes ke umah pokcik takde perigi??

Tak jauh rumah dia tu ada mesin air bertapis, jadi mungkin sebab tu tak buat perigi...

Atau water table dia terlalu dalam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2020 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2020 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Reymz replied at 20-11-2020 02:09 PM
Tak jauh rumah dia tu ada mesin air bertapis, jadi mungkin sebab tu tak buat perigi...

Atau wat ...

Kena ambil kira jgk kos nak membuat perigi dan penyeleggaraan yg lain kot memandangkan pakcik ni bukan org have2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2020 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kelantan ni failed laa. Hat basic necessities pon bpuluh tahun br dpt.cmne la org nk ikut adapt islam in total. Haih
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2020 02:50 PM | Show all posts
Laa ingat ke negeri Selangor, rupanya serombi lobai mercedes gaji naik backdated. Syukur la pokcik
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2020 03:08 PM | Show all posts
Alhamdulillah......gembira untuk pakcik ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2020 03:46 PM | Show all posts
Pak Cik pelikat ini bertuah kerana tinggal dekat Kota Bharu bandaraya Isle. Cer kalau dia tinggal kat kawasan lain di Kelantan, jangankan 30 tahun, 300 tahun pon belum tentu.

Apa apa pon pak cik pelikat tak payah pergi masjid berak lagi. Dia dah boleh buat jamban kerana dah boleh basoh berak di rumah sahaja.

Maideen~Satu kejayaan bagi Islam! Takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2020 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
reporter tak tanya ke pokcik undi sape sepanjang 30 tahun lepas
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2020 05:35 PM | Show all posts
Normabaru replied at 20-11-2020 02:33 PM
Kelantan ni failed laa. Hat basic necessities pon bpuluh tahun br dpt.cmne la org nk ikut adapt isla ...

30 tahun tu simbolik.

30 tahun tu sejak tg nik aziz jd mb selangor. sejak Pas memerintah klntn setelah mengalahkan umno bn tun mahathir.

sejak dari tu jgk kerajaan pusat buat pelbagai sekatan peruntukan kpd kelantan dan ini membantutkan perkembangan negeri kelantan.

skrg setelah jatuhnya kerajaan umno bn (anak didik tun mahathir) dan slps ph........dan ada menteri berkaitan dari kalangan Pas........alhamdulillah.....30 tahun menganak tiri kan kelantan sudah berakhir.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2020 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah...kesiannye.
Kenapela sampai macam ni cara pentadbiran mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2020 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian kelantan lama dianaktirikan dr segi peruntukan...semoga gomen pn terus  cakna kelantan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2020 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Selangor tu x payah berlagak sgt..hasil apa pun x de..bijih timah pun  dah pupus..kalu kl terletak kat tmpt lain..harus bercawat lg rakyat selangor...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2020 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat Kelantan mmg ramai yg buat perigi sendiri kan letak klorin  ke tawas sendiri x tau nisbah betul ke idak.ni jiran aku la yg ckp kakak dia duk sana setiap kali blk kelantan mesti sakit perut katanye.pakcik alu ada je kawen kelantanese helok je ada paip walopn tempat jin bertendang..jiran2 sebatu sebuah rmh.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2020 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
batusembilan replied at 20-11-2020 05:35 PM
30 tahun tu simbolik.

30 tahun tu sejak tg nik aziz jd mb selangor. sejak Pas memerintah klntn  ...

Oh simbolik ke.. Mana nk tau. Hahah
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2020 09:29 PM | Show all posts
batusembilan replied at 20-11-2020 05:35 PM
30 tahun tu simbolik.

30 tahun tu sejak tg nik aziz jd mb selangor. sejak Pas memerintah klntn  ...

Chaittttt! Sejak bila pulak Nik Ajis jadi MB Selangor? Mintak di jauhkan lah.......hai. Bala besar tuh........

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.064131 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list