View: 8578|Reply: 33
|
Balkisyh Semundur Khan Lega Dah Boleh Kahwin Dengan Duda
[Copy link]
|
|
Pelakon Balkisyh Semundur Khan, 34, lega dan bersyukur apabila hakim Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur membenarkan perkahwinannya dengan seorang duda berusia 34 tahun dibuat secara wali hakim pada 27 November ini.
Balkisyh yang popular menerusi drama Mak Cun berkata, keputusan itu dibuat selepas hakim berpuas hati dengan segala keterangan dan bukti yang diberikan selepas gagal menemukan bapa kandungnya, Semundur Khan Gulam Khan sejak lebih setahun lalu.
Foto: IG
"Alhamdulillah, selepas lebih setahun saya berurusan mengenai wali, kini semuanya sudah selesai. Hakim berpuas hati dengan usaha yang saya buat selama ini. Terima kasih Harian Metro dan semua yang mendoakan saya.
"Hakim menetapkan 27 November ini untuk saya bernikah. Saya okay saja, lagipun kami memang tidak menetapkan sebarang tarikh. Cuma, sebelah pihak lelaki kalau dapat buat awal lagi bagus.
"Isnin depan baru saya hantar semula borang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). Selepas itu kena tengok pula kekosongan kuota masjid di sekitar Kuala Lumpur. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), satu masjid hanya membenarkan tiga pasangan saja. Kalau ada kosong, saya akan teruskan. Jika tiada kita akan tunda sehingga ada kekosongan," katanya.
Balkisyh yang baru muncul menerusi drama Bicara Cinta di TV3 berkata, proses yang dilalui itu diharap memberi pengajaran kepada semua.
"Kalau nak cakap perasaan, dari awal berusaha lagi memang takut dan risau. Bukan sebab tak boleh kahwin, tapi persoalan orang lebih kepada kenapa nikah cara wali hakim. Itu lebih mengganggu.
"Tapi, saya jalani dan dalam masa sama sebagai pengajaran buat orang lain juga. Jangan anggap undang-undang di negara kita dibuat saja-saja dan susahkan orang. Apabila sudah buat dan lalui sendiri, baru kita tahu," katanya.
Ditanya mengenai maklumat yang mendakwa bapanya menjadi gelandangan di Tawau, Sabah, Balkisyh berkata, dia masih belum mendapat maklumat yang tepat.
"Sehingga sekarang memang tidak dapat maklumat tepat lagi. Kalau ikutkan saudara-mara sebelah bapa, kebanyakannya memaklumkan kali terakhir berjumpa dia adalah kira-kira setahun dan tiga tahun lalu.
"Dakwaan bapa saya menjadi gelandangan juga tak betul kerana adiknya ada pergi berjumpa dengan lelaki dimaksudkan dan ia bukan bapa saya," katanya.
Harian Metro pada 14 Oktober lalu melaporkan pelakon itu memohon jasa baik Jawi dalam memudahkan proses perkahwinannya yang sudah tertunda hampir setahun selepas dia gagal mencari bapa kandungnya.
Balkisyh berkata, pihak terbabit meminta dia mengikut prosedur ditetapkan iaitu tampil dengan wali iaitu bapa kandungnya, Semundur Khan Gulam Khan.
Dalam beberapa siri laporan, Balkisyh juga memaklumkan mendapat pelbagai maklumat daripada orang ramai di Tawau, Sabah yang mendakwa pernah melihat bapanya di sekitar bandar itu. -CARI
Sumber:Harian Metro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
jom lahhhh kita semua pakat mggelabah teksssss yg ada ni sbb minah ni dh boleh kawen |
|
|
|
|
|
|
|
Kawen la date cantik sikit dik oii. 20/12/20 kaa..or today ka.. Ni 27/11/20. Apepun tahniah la ye.. Yeay dpt kawen dudaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Gambar dlm semak tu dia ke. Lainnya |
|
|
|
|
|
|
|
Adui la kualiti gosip editor/wartawan cari ni, mcm ubi kentang |
|
|
|
|
|
|
|
keturunan Genghis Khan...
hebat orang2 Khan ni, maharaja China kena buat tembok besar China sebab tak nak kena serang dgn tentera genghis khan...
aku ada kenal sorang keturunan khan kat tempat aku, mmg penuh ilmu di dadanya... macam2 dia belajar, silat, karate, kung fu... matematik, geografi, sains, abacus
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak sabar nak nikah tu setahun lebih menahan. |
|
|
|
|
|
|
|
Ooo ada khan. Suka tgk minah ni tak pernah over makeup kalau belakon smpaikan aku ingt dia desa2 ja. Taniah |
|
|
|
|
|
|
|
kiah_mai_pulak: jom lahhhh kita semua pakat mggelabah teksssss yg ada ni sbb minah ni dh boleh kawen
sebelah teks 2kg nokkk....mengah2 iolssss
|
|
|
|
|
|
|
|
pape pun tahniah la ye... |
|
|
|
|
|
|
|
Ada orang kata, mak Jan takyah pakai wali, tapi dia ni jadi berita besor semata nak carik Abah dia. Samada orang tu cakap salah info atau Balqis ni batak masa berlaki tak pernah even wish Abahnya even Selamat Hari Raya. |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat pengantin baru in advance la ye... |
|
|
|
|
|
|
|
kau ni biar betik, syarat sah nikah mesti ada wali dan saksi terpakai utk dara or tak berdara (sbb jaman skg susah naw nok jumpe yg masih berdara ) or janda, yg tak perlu wali tu is nikoh kat hotel ahseng aje aaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
"Kalau nak cakap perasaan, dari awal berusaha lagi memang takut dan risau. Bukan sebab tak boleh kahwin, tapi persoalan orang lebih kepada kenapa nikah cara wali hakim. Itu lebih mengganggu.
ehh kezzaaahh pulak orang nak tau ko kawin pakai wali ape deknon? ramai je orang pakai wali hakim takde bising2 macam ko. orang buat iklan aje, ko sampai buat artikel, mana laa orang tak tanya |
|
|
|
|
|
|
|
aku still takleh lupa gambar dia menonggeng pakai spender putih |
|
|
|
|
|
|
|
Masa kawin yg 1st dulu sape yg walikan? bapak dia dah hilang tak dijumpai ke |
|
|
|
|
|
|
|
asal dgr nama die ni je mmg teringt gmbar tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Rasa dh berbelas tahun gambar tu tp masih segar di ingatan
|
|
|
|
|
|
|
|
Banyak betul Paki Sabah dah keluar sekarang ya... Hasil project IC Mahathir sejak 80an tak pasal2 majority oriental dna di Borneo dah bertukar jadi greater India diaspora clan.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|