Zul Yahya sejak semalam mencetuskan kekecohan di media sosial selepas memuat naik video solat berjemaah tanpa mengamalkan penjarakan sosial.
Pelakon berusia 47 tahun itu menerusi beberapa siri hantaran di Instagram mempersoalkan keyakinan muslimin terhadap kuasa Allah dan sunnah nabi S.A.W.
"(Penggunaan) vaksin belum tentu menyelesaikan masalah, tapi solat mengikut cara nabi S.A.W. pasti ada kejayaan," tulisnya.
Zul juga mencadangkan solat jemaah dilakukan mengikut norma lama.
"Apa yang susah sangat? Apa yang takut sangat? Perkara dunia orang berhimpun tak apa pula.
"Bab masjid ni asyik beri macam-macam alasan yang kadang-kadang tak masuk akal," ujarnya.
Kredit foto: IG Zul Yahya
Katanya lagi, yang tak bersedia boleh duduk diam-diam di rumah. - CARI |