CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2882|Reply: 0

SAKA KETURUNAN

[Copy link]
Post time 16-11-2020 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
RAWATAN SAKA KETURUNAN

Info:Saka adalah perjanjian diantara keturunan kita yg terdahulu dengan makhluk halus.jenis-jenis perjanjian ini terikat dengan keturunan waris sebanyak 7 keturunan.sifat saka ini sayang pada keturunan yg telah di akur janjikan.dan jangan salah faham.saka tidak menyakiti tuannya tetapi sifatnya terlalu sayang dan susah mahu lepaskan tuannya.ada sesetengah perubatan bila ada unsur mistik sahaja bertanggapan pesakit mempunyai saka.tapi sebenarnya tidak ianya berpunca dari jenis gangguan jin sihir.tidak semua jenis2 gangguan mistik itu berpunca dari saka keturunan.

Rawatan Saka

saka ini tidak boleh dibuang dan ianya hanya dengan kaedah pujuk dan tipu helah sahaja bagi memutuskan perjanjian.jadi untuk kaedah rawatan ini tidak semua perawat,pengamal perubatan boleh putuskan.tidak ramai yg rahu kaedah sebenar rawatan saka.ada diantara mereka yg punyai gangguan saka ini berubat di bermacam2 jenis tempat untuk hindar gangguan ini.tapi sebenarnya gangguan itu masih ada lagi pada diri pesakit gangguan saka ini.dah la pesakit tertipu dan perawat pun tertipu dengan gangguan ini.ada perawat yg mata batinnya tidak terbuka dan agak2 sahaja untuk kaedah rawatan ini.tapi bagi pandangan sy memang tidak akan keluar gangguan ini.jadi memang perlu kepakaran yg betul-betul didalam proses rawatan saka ini.jika tidak ianya masih ada.kaedah rawatannya tidak semudah rawatan sihir.

Di antara tanda-tanda yang selalunya dirasa oleh pesakit yang ada gangguan saka adalah  seperti berikut :-

Sakit anggota badan  : bahagian pinggang dan tulang belakang, tengkuk dan leher, kepala, rahim, dan sebagainya.
Gangguan emosi dan perasaan : “moody” atau terjadi perasaan marah atau perasaan sedih tanpa sebab.
Gangguan pemikiran dan minda – fikiran rasa berserabut, “confused”, hilang keyakinan diri, “high anxiety”, susah nak fokus dan sebagainya.
Gangguan tidur : selalu mengantuk atau sukar untuk lena tidur.
Halusinasi atau gambaran-gambaran yang pelik-pelik dalam minda pesakit
Sesak nafas atau mengah
Letih badan dan tidak bermaya.
Bahagian pinggang kebawah hingga ke kaki berasa lemah dan kadang kala berasa kebas.
Nafsu selalu terangsang atau lemah tenaga batin.
Gigi berlaga ketika tidur
Bercakap, menangis, ketawa dan berjalan semasa tidur
Kerap bermimpi menyusukan bayi.
Kerap bermimpi dikelilingi kanak-kanak.
Kerap bermimpi ada seseorang ingin memberi sesuatu didalam mimpi.
Boleh mengubat belajar melalui mimpi@secara tiba-tiba tanpa disedari
Mendakwa boleh melihat jin/makhluk halus.
Banyak penyakit genetik/ketumbuhan ganjil pada badan.
Sakit anggota badan/pengsan bila menziarahi orang yang meninggal dunia.
Kerap bermimpi ahli keluarga yang telah lama meninggal dunia.
Kerap bermimpi rumah lama/rumah pusaka.
Panas baran.
Nyanyuk ketika usia tua.
Sering sakit lutut tanpa sebab klinikal.
Boleh menilik sejarah/sifat seseorang.
Boleh mengurut belajar melalui mimpi.
+Sukar mendapatkan zuriat walaupun kedua-dua pasangan suami dan istri dalam keadaan normal,sudah mendirikan rumahtangga lama tetapi tiada zuriat,Kandungan gugur atau secara tiba-tiba kandungan hilang

Simptom yang disebut di atas adalah kesan adanya jin-jin saka dalam badan pesakit.  Bila jin-jin ini ada di dalam badan kita, selalunya mereka akan berada di celah-celah tulang belakang di mana terletaknya urat saraf  atau di dalam otak kita.

Ini adalah dua tempat “kegemarannya” bila mereka berada di dalam badan kita.  Kenapa mereka suka berada di tempat ini kerana di dalam badan manusia, otak dan tulang belakang adalah organ yang paling penting selain dari jantung manusia.  Di sinilah mereka boleh menguasai pergerakan tubuh badan kita melalu urat saraf dan menguasai emosi, minda dan permikiran kita melalui otak kita.

Semoga ilmu yang sedikit ini dapat memberi panduan pada semua ya. Insyaallah boleh kongsikan.

Untuk maklumat lanjut mengenai rawatan saka ini atau untuk tujuan rawatan sila berhubung terus dengan pihak kami.

Share jika info ini bermanafaat dan bagi membantu sahabat2 yg perlukan rawatan dan bantuan.in Sya Allah

0176070004(Pengasas rawatan Asma Nur)

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:41 PM GMT+8 , Processed in 0.326188 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list