View: 4694|Reply: 11
|
Jangan Buat Main Dengan Nafkah! Seorang Dermawan Meninggal Dunia Dalam Keadaan N
[Copy link]
|
|
Jangan buat main-main dengan Nafkah! Sebagai peringatan bersama, jangan abaikan kewajipan NAFKAH. Pentingnya NAFKAH ,sehingga Allah letakkan ibu pun selepas dia. Penting NAFKAH pada ibadah kamu.
Kisah benar Seorang dermawan meninggal dunia dalam keadaan ngeri dan memalukan.
Tok siak buat pengumuman kematian seorang penduduk kampung pasir kasar.innalillahiwainnailaihirojiun. Muda lagi Harun dah dipanggil Allah. Tinggal anak-anak yang masih kecil dan isteri yang masih muda.
Segala persiapan berjalan dengan baik. Alhamdulillah Harun masa hayatnya tak kedekut. Suka tolong orang, semua menunggu di tanah perkuburan untuk urusan pengebumian Harun. Rata rata yang datang menangisi pemergian Harun kecuali isteri dan anak-anak tenang sungguh mereka.
Perkara aneh berlaku dimana jenazah Harun sukar untuk dikebumikan dalam liangnya penuh dengan ular-ular berbisa yang entah dari mana datangnya. Penghulu putuskan untuk panggil bomba menangkap semua ular-ular tu. Allah maha kuasa , makin di angkut ular tu keluar dari liang makin banyak ada seolah tak habis. Semakin banyak ada dalam liang tempat untuk kebumikan Harun. semua kehairanan.
Kenapa jadi macam ni sedangkan Harun seorang yang tidak tinggalkan solat. tidak kedekut dan rajin menderma. Harun ringan tulang dengan keluarga dan orang kampung. Dia anak muda yang di sukai.
Hari dah lewat. dari pagi sampai ke subuh esoknya belum selesai. Penduduk berbincang bagaimana nak selesaikan jenazah Harun yang dah lama ni. Penghulu arahkan gali kubur lain, perkara sama juga berlaku malah lebih aneh ada ular berkepala babi. Allahuakbar.
Imam dan penghulu heret isteri arwah Harun untuk bertanya apakah perbuatan Harun yang tidak di ketahui umum sepanjang hayatnya.
Isteri arwah Harun buka cerita dalam tenang. Sejak dari mula-mula Harun meninggal tak kelihatan lagi air mata Zawiyah mengalir.
Kata Zawiyah,Harun seorang yang baik dan suka berderma, baik kepada ibu dan adik beradiknya. Baik kepada orang ramai tapi dia tidak berlaku baik kepada saya dan anak-anak. Sekali lagi saya tekan..dia tidak baik kepada saya dan anak-anak. Harun tak bertanggungjawab. Dia abaikan nafkahnya kepada saya dan anak-anak.katanya sebab saya dah banyak duit berbanding dia.
Padahal saya juga cukup-cukup makan. Duit yang saya dapat cukup untuk bayar bil elektrik , sekolah anak, makan pakai anak termasuk dia. Saya tak pernah minta walau sekering apa pun poket saya , seperlu apa pun saya , saya tak pernah minta . Cukuplah dulu dia ucapkan pada saya "tak ada guna aku habiskan duit aku pada kamu, sedangkan kamu sudah punya wang!!"
20 tahun saya hidup dengan arwah penuh rasa sabar dan tertekan. Dia baik layan saya tapi ketika dia dalam mood baik. Ada lah dalam 3 ke 4 jam seminggu dia baik. Selebihnya dia ikut rasa hati dan perasaan dia. Sakit tubuh badan dan hati saya tok.
Saya halalkan duit saya yang saya belanjakan untuk dia. Tapi saya tak akan pernah halalkan nafkah dari dia untuk saya dan anak yang dia tak tunaikan dengan baik. Kecuali dia tak berduit. Tapi saya tahu dia ada banyak duit hasil perniagaan dia. Itu kewajipan dia.
Saya juga tak halalkan setiap perkataan mencaci memaki terhadap saya dan anak sepanjang kami hidup bersama. Setiap tahun saya menanti Harun belanja saya dan anak-anak untuk hari raya tanpa keluarkan duit dari poket saya, tak kesampaian tok. Dia dah dipanggil Allah.
Berikut luahan Zawiyah. Tok penghulu dan imam terkejut. Kami nampak dia baik dengan kamu. Kami tak sangka dia begitu. Kamu maafkanlah dia. Kata pak imam. Tapi Zawiyah berkeras tidak mahu memaafkan Harun. Biarlah Allah tentukan. Kami dah puas seksa.
Akhirnya semua memutuskan untuk kebumikan saja Harun. Harun selamat dikebumikan dengan beratus ekor ular aneh yang berbisa.
Peringatan untuk lelaki, jangan ambil mudah nafkah dan layanan terhadap isteri. Allah telah berfirman dalam surah An- Nisa. Muliakan wanita kerana mereka adalah kaum yang lemah. Nafkah kepada anak dan isteri wajib, sekiranya isteri dan anak tidak halalkan perbuatan buruk kamu kepada nya maka sampai bila-bila Allah melaknat kamu.
Walaupun isterimu seorang jutawan , tanggungjawabmu adalah wajib. Kalau isterimu kata aku tak halal duit ku terhadap mu, maka haram atas kamu wahai lelaki.
Yang baik jadikan teladan. Yang buruk jd kan sempadan!
Sumber - Habsah Omar Khan
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ikutkan baca kat mingguan wanita dan porom tertentu ramai je suami kat tanah melayu ni abaikan nafkoh, penuh la ular kat kuburannn {:smile |
|
|
|
|
|
|
|
mendatangkan keinsafan..
tapi macam rasa baca mastika |
|
|
|
|
|
|
|
Ni mastika edisi alaf 2020 ka |
|
|
|
|
|
|
|
Kot ya pon nk mendidik, mengigatkan, perlu ke menipu? Very da Islamnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai jer lelaki2 zaman moden ni mmg abaikan nafkah. Even tempat tinggal pun tak mampu sediakan. Spender bra, pun bini beli sendiri... mudah kata, nikah tapi hidup sendiri2. |
|
|
|
|
|
|
|
Macam tengah baca mastika...tetibe teringat kulit page die..kuat betol penangan mastika kn. |
|
|
|
|
|
|
|
Iyelah. Very the mastika. Haha |
|
|
|
|
|
|
|
cerita dongeng veri islamik |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai je yg ambik ringan bab ni. Tp ngn parent, kawan2, org luar, amboi dermawan duk belanja |
|
|
|
|
|
|
|
masa kursus kahwin patut ditekankan hal ni..
tgjawab dan haq.. jgn ambil lewa.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|