CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2919|Reply: 7

Tahu Tak, Warna Lidah Boleh Jadi Petanda Anda Tidak Sihat! Warna Selain Merah Ja

[Copy link]
Post time 24-10-2020 01:16 AM | Show all posts |Read mode



Cuba anda perhatikan warna lidah anda ketika memberus gigi. Apa agaknya warna lidah anda sekarang ya? Adakah lidah berwarna merah jambu, merah pekat ataupun berwarna putih?
Tahukah anda, warna lidah boleh jadi petanda aras kepada kesihatan anda?
Cuba ikuti artikel kami di bawah dan periksa warna lidah anda sekarang!


Cuba periksa warna lidah anda, adakah anda tergolong dalam kumpulan di bawah?







Merah jambu

Tahniah jika lidah anda berwarna merah jambu! Ini merupakan tanda anda mempunyai lidah yang sihat.
Jika ada sedikit tompokan putih pada atas lidah, jangan risau, itu adalah normal.
Lidah yang sihat sepatutnya bebas daripada sebarang ulser, kesan gigi ataupun keretakan. Jika anda rasa seperti ada biji-biji kecil pada lidah anda, itu adalah papillae yang mengandungi tunas rasa anda.


Merah

Jika lidah anda berwarna merah, mungkin itu tandanya lidah anda sedang mengalami keradangan!
Glossitis merupakan reaksi lidah kepada keradangan yang menyebabkan lidah anda sedikit bengkak dan kemerah-merahan. Papillae yang berada di atas permukaan lidah juga akan menjadi licin jika anda menghidap glossitis.
Glossitis mungkin disebabkan oleh luka-luka ringan pada permukaan lidah ataupun jangkitan kuman pada luka tersebut. Salah satu bentuk glossitis ialah geographic tongue.
Lidah anda akan dipenuhi tompokan-tompokan putih yang berbentuk seperti peta.
Lidah berwarna merah juga mungkin tanda badan anda mengalami kekurangan vitamin B-12 ataupun asid folik.
Cuba lebihkan makan makanan seperti daging, ikan, ketam dan kerang-kerangan untuk dapatkan vitamin B-12 yang cukup untuk badan.
Amalkan juga makan brokoli, asparagus dan buah betik untuk tingkatkan kadar asid folik dalam badan anda.


Kuning

Jarang untuk lidah bertukar warna menjadi kekuning-kuningan.
Namun, jika ia berlaku, mungkin adalah disebabkan jaundice atau penyakit kuning. Penyakit kuning biasa menyerang bayi, lebih-lebih lagi bayi yang usia gestasinya tidak lebih daripada 38 minggu (bayi pramatang).
Kondisi ini terjadi kerana hati bayi tidak matang lagi untuk membuang bilirubin di dalam darah.
Demam kuning boleh juga berlaku dalam kalangan orang dewasa. Punca utamanya ialah jangkitan pada hati seperti hepatitis, ataupun pembentukan batu karang.
Jika anda merokok, lidah berwarna kuning mungkin merupakan tanda awal perubahan warna pada lidah anda. Lama-kelamaan, lidah perkokok akan bertukar ke warna coklat gelap dan akhirnya hitam.
Ungu

Lidah berwarna ungu mungkin adalah tanda anda mempunyai masalah jantung!
Lidah ungu merupakan tanda statis darah. Ini bermaksud darah tidak dapat beredar secara normal kepada semua bahagian pada tubuh badan anda.
Selain itu, lidah ungu juga mungkin disebabkan oleh masalah paru-paru.
Masalah ini mungkin berkait rapat dengan masalah hati. Kekurangan oksigen dalam darah akan menyebabkan warna lidah menjadi ungu kebiru-biruan.


Putih

Lidah berwarna putih boleh disebabkan oleh masalah dehidrasi. Minum air dengan mencukupi mungkin boleh jadi penyelesaian mudah untuk keadaan lidah berwarna putih.
Namun, kadangkala, lidah berubah warna kepada putih disebabkan oleh jangkitan yis.
Jangkitan Kandida ataupun oral thrush merupakan sejenis jangkitan yis yang akan membuatkan warna lidah putih seperti dilapisi satu lapisan keju.
Jangkitan candida membuatkan lidah anda rasa sakit dan anda sukar untuk menelan makanan.
Satu lagi punca lidah putih mungkin disebabkan oleh leukoplakia oral (leucoplakia).
Leukoplakia oral merupakan sesuatu yang sangat biasa bagi perokok. 80% daripada perokok mempunyai leukoplakia oral pada lidah mereka.
Namun, keadaan ini tidak patut dipandang remeh kerana leukoplakia oral berpotensi menjadi tanda-tanda awal kanser.


Hitam

Lidah anda berwarna hitam? Ia mungkin disebabkan jangkitan bakteria ataupun fungi.
Black hairy tongue merupakan jangkitan pada lidah yang akan membuatkan lidah anda berwarna hitam dan berbulu. Namun, keadaan ini bukanlah kekal! Ia bersifat sementara.
Walaupun keadaan ini mungkin nampak serius, sebenarnya dengan mengamalkan kebersihan oral yang baik, jangkitan ini dapat dielakkan.
Lidah berwarna hitam juga lebih biasa dalam kalangan perokok, dan akan terjadi jika anda minum terlalu banyak kopi ataupun teh hitam.


Warna lidah tanda kesihatan mulut




Warna lidah biasanya akan berkait rapat dengan penjagaan oral anda. Jika anda menjaga kebersihan mulut dengan baik dan memberus gigi sekurang-kurangnya 3 kali sehari, anda mungkin dapat elakkan hampir kesemua jangkitan di atas.
Namun, jika anda nampak apa-apa perbezaan pada lidah anda yang membuatkan anda rasa risau, cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor ya!
Pesakit kanser mulut tidak berasa sakit pada waktu awal mengalami kanser. Jumpa doktor jika luka pada mulut anda tidak pulih dalam masa dua minggu.


Sumber : hellodoktor.com





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2020 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Good sharing
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Lidah saya ada sungai bercabang
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 11:41 AM | Show all posts
LadyCarefree replied at 24-10-2020 09:24 AM
Lidah saya ada sungai bercabang

uish,,,bahaya tu lidah bercabang hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq for the info {:good
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagaimana pula dengan bentuk lidah?



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-10-2020 09:23 AM | Show all posts
Masa tengah baca auto jelir kan lidah tengok warna lidah ok ke tak.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2020 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah, lidah sihat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.080350 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list