CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 803|Reply: 0

[SABAH] Tidak perlu pembelian panik: KPDNHEP Labuan

[Copy link]
Post time 17-10-2020 04:31 PM | Show all posts |Read mode



LABUAN: Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Labuan menasihati orang ramai agar tidak melakukan pembelian panik berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan pada 17 Oktober sehingga 30 Oktober 2020.

Menurut pengarahnya Amirul Hadi Idham, segala aktiviti ekonomi dan peruncitan masih berjalan seperti biasa sepanjang PKPB.

“Restoran masih beroperasi, pasaraya boleh menjalankan perniagaan dan orang awam  boleh keluar untuk urusan penting termasuk membeli keperluan harian, oleh itu tiada keperluan berpusu-pusu ke kedai runcit atau pasaraya untuk pembelian panik,”katanya.

KPDNHEP Labuan juga katanya menjalankan beberapa tindakan bagi memastikan situasi tersebut dapat dikawal.

“Kita memberi taklimat kepada pemborong mengenai Prosedur Operasi Standard (SOP) yang perlu dipatuhi bagi membawa barangan keperluan daripada Sabah ke Labuan untuk menjamin tiada masalah kekurangan bekalan.

“Kita juga memberi nasihat kepada pengurus pasaraya atau kedai runcit untuk memastikan bekalan di premis sentiasa mencukupi dengan konsep 'self manage' atau kawalan had maksimum bagi item-item barangan kawalan,”katanya di sini semalam.

Jelasnya, pemeriksaan dan pemantauan bekalan di semua premis turut dijalankan di samping melaksanakan lain-lain operasi.

“Tinjauan ini diambil bagi memastikan bekalan keperluan di Labuan sentiasa mencukupi dan tidak terjejas semasa tempoh pelaksanaan PKPB selain memastikan peniaga tidak mengambil kesematan untuk menaikkan harga barangan sesuka hati.

“Sehingga hari ini tiada aduan diterima daripada pengguna, pasaraya atau pemborong berhubung kesukaran mendapatkan dan membawa masuk bekalan keperluan harian ke Labuan,”katanya lagi.

Tambahnya kerajaan memberi jaminan bekalan keperluan harian sentiasa mencukupi selain memberi nasihat kepada pengguna agar merancang perbelanjaan dan elakkan membuat pembelian berlebihan yang akan merugikan diri sendiri.

Sementara itu, mengulas mengenai kenaikan mendadak harga bawang di Labuan, Amirul menjelaskan kenaikan harga barangan yang diimport seperti bawang  berlaku di peringkat global dan turut berlaku di negara-negara pengeluar bawang seperti India, China dan Bangladesh.

“Hasil dari pemantauan yang dijalankan, Notis 21 dikeluarkan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan kepada semua premis dan peringkat rantaian peruncitan untuk mengenal pasti punca kenaikan serta tindakan akan diambil jika terdapat kenaikan yang tidak munasabah,”tambahnya.

Penerangan Labuan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 04:55 PM GMT+8 , Processed in 0.541422 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list