"Siapa gagal SPM? Chill. Abang punya result lagi gagal, tapi nasib baik Girlfriend terima abang seadanya."
Status kontroversi suami pengasas produk kecantikan Ainaa, Hafiz Mahamad sekali lagi mengundang kecaman daripada warganet.
Dengan mengepilkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang 'gagal', Hafiz seolah-olah menggalakkan pelajar supaya tidak terlalu risau jika mendapat keputusan teruk kerana dia pernah melaluinya.
Foto : FB
Justeru itu, pengguna media sosial sepakat mengkritiknya kerana memberikan info yang salah kepada generasi baharu. Dengan menayangkan isteri cantik, kereta mewah dan kebahagiaan di media sosial, ia seakan-akan menyatakan pelajaran tidak penting.
Foto : Fb
Antara reaksi yang tular ialah daripada peguam yang menyifatkan SPM Hafiz tidak lah gagal seperti yang dicanangkan. Malahan teman wanita (kini isteri) mahukannya bukan kerana keputusan tetapi kerana Hafiz kaya.
Foto : FB
Foto : IG
Bukan itu sahaja, Hafiz turut mendapat kecaman yang pelbagai lalu dikaitkan dengan ceritanya yang pernah menghadiahkan Aina barangan mewah hingga menyebabkan ramai wanita di luar sana mengidamkan suami sepertinya.
Bagaimanapun, selepas mendapat kritikan bertalu-talu, dia kemudiannya membuat kenyataan bahawa statusnya sebelum ini telah disalah tafsirkan oleh ramai pihak. Sebenarnya dia tidak menyatakan bahawa pelajaran tidak penting, tetapi dia cuma menceritakan kembali kisahnya dahulu.
Foto : FB
Foto : Ig
Bagus lah kalau dah minta maaf dan betulkan fakta. Maklumlah generasi baharu mudah terpesona dengan kemewahan ditonjolkan oleh ikon mereka. Jadi, jangan tinggalkan pelajaran ya. - CARI
|