CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4384|Reply: 11

Penghidap Darah Pekat Kena Tahu Ini! Ada Risiko Penyakit Lain Jika Darah Anda Te

[Copy link]
Post time 15-10-2020 11:23 PM | Show all posts |Read mode



Pernahkah anda mendengar tentang sebuah penyakit yang dikenali sebagai polycythemia vera? Penyakit ini menyebabkan sum sum tulang anda membuat terlalu banyak sel darah merah.

Akibatnya, sel darah merah yang terlalu banyak ini akan menyebabkan darah menjadi pekat hingga memperlahankan alirannya!

Pesakit polycythemia vera selalunya akan menyebabkan pesakitnya mudah mendapat darah beku. Penyakit ini juga merupakan sejenis kanser darah yang jarang berlaku.

Kondisi ini selalunya ditemui oleh pakar ketika pesakit melakukan ujian darah yang tiada berkenaan dengan penyakit ini.


Makin berisiko mendapat darah beku




Polycythemia vera boleh membawa maut jika dibiarkan tanpa rawatan.

Seperti yang diterangkan di atas, penyakit ini dapat meningkatkan risiko penghidapnya untuk mendapat darah beku. Oleh sebab itu, pesakit polycythemia vera berisiko untuk menghidap penyakit yang boleh mengancam nyawa seperti:


1. Pulmonary embolism

Pulmonary embolism merupakan satu keadaan di mana darah beku terjadi di dalam saluran yang membawa darah daripada jantung ke bahagian paru-paru.

Keadaan ini boleh mengancam nyawa kerana darah beku tersebut boleh menghalang aliran darah ke bahagian paru-paru. Individu yang mengalami masalah salur darah tersumbat perlukan rawatan dengan kadar segera untuk mengelakkan risiko kematian.


2. Darah pekat atau Deep vein thrombosis (DVT)

Deep vein thrombosis berlaku apabila darah beku terbentuk pada mana-mana urat dalam. Selalunya, darah pekat ini akan berlaku pada kawasan betis dan boleh mengakibatkan kaki jadi bengkak dan sakit.


3. Sakit jantung dan strok

Disebabkan kebarangkalian yang tinggi untuk pesakit yang menghidap polycythemia vera membentuk darah beku dalam saluran darah, mereka juga berkemungkinan tinggi untuk diserang sakit jantung ataupun strok.


Limpa membengkak akibat darah terlalu banyak

Selalunya, individu yang menghidap penyakit ini akan mengalami simptom seperti sakit kepala, kepenatan, berpeluh terutamanya pada waktu malam, dan badan yang gatal-gatal lebih-lebih lagi selepas mandi.

Simptom lain seperti penglihatan yang kabur, telinga menjadi bingit (tinnitus) dan muka yang kemerah-merahan juga boleh menjadi tanda penyakit ini. Setelah mengalami kebanyakan simptom di atas, akhirnya individu yang menghidap polycythemia vera akan mengalami masalah limpa membengkak.

Organ limpa berfungsi untuk menghalang jangkitan dan menapis sel darah lama dan sel yang rosak.

Disebabkan pesakit menghasilkan terlalu banyak sel darah merah, organ limpa jadi terbeban lalu membengkak. Kondisi ini turut dikenali sebagai splenomegaly.
Kondisi ini akan membuatkan seseorang itu rasa sengkak ataupun penuh pada bahagian perut.


Mutasi pada sel darah sebabkan pesakit hidap polycythemia vera

Sehingga hari ini, pakar masih belum pasti akan punca sebenar kondisi ini.

Namun, pakar mendapati bahawa penghidap penyakit ini mempunyai mutasi genetik yang mengganggu pembuatan sel darah merah dalam badan. Hampir kesemua pesakit mempunyai mutasi yang dikenali sebagai ‘JAK2V617F’.

Mutasi ini menyebabkan signal JAK (Januse kinase pathway) menjadi bercelaru hinggakan badan bertindak menghasilkan terlalu banyak sel darah merah.

Walaupun polycythemia vera berlaku akibat mutasi genetik, namun penyakit ini bukanlah penyakit yang boleh diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain.

Selalunya, penghidap polycythemia vera akan mengalami penyakit ini ketika umur mereka menginjak 60 tahun ke atas.


Polycythemia vera – Penyakit yang tidak ada penawar




Polycythemia vera merupakan sejenis penyakit yang tidak mempunyai penawar. Pesakit yang menghidap kondisi ini terpaksa melakukan rawatan seumur hidup untuk mengawal penyakit ini.

Selalunya, penyakit ini lebih banyak ditemui dalam kalangan lelaki berbanding perempuan. Hanya 2 dalam 100,000 orang di dalam sesebuah populasi akan menghidap polycythemia vera.

Selain itu, pesakit polycythemia vera perlulah sentiasa aktif untuk meningkatkan kadar degupan jantung yang dapat membantu melancarkan peredaran darah.

Tabiat buruk seperti merokok dan obes hanya akan meningkatkan lagi risiko pesakit polycythemia vera untuk mendapat darah beku.

Oleh itu, pesakit amat digalakkan untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Selain itu, pesakit juga boleh lakukan senaman regangan pada kawasan kaki dan buku lali untuk melancarkan peredaran darah.


Kesimpulan




Pesakit yang menghidap penyakit polycythemia vera mungkin perlu bergantung pada ubat-ubatan sepanjang hayat.

Walau bagaimanapun, penyakit ini boleh dikawal jika pesakit mengamalkan gaya hidup yang sihat dan mengikut rawatan dengan baik.

Pesakit polycythemia vera boleh hidup normal sama seperti orang lain. Walau bagaimanapun, mereka akan mempunyai jangka hidup yang lebih pendek dan risiko yang lebih tinggi untuk mendapat darah beku.




Sumber : hellodoktor.com









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2020 01:33 AM | Show all posts
macam-macam lah penyakit..darah beku sangat pun bahaya. cair sangat pun bahaya. adeh
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 08:02 AM | Show all posts
Bos aku merangkap jiran aku perempuan baru 47 yo kene penyakit ni..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah thanks tt kongsi this article. Sangat bermanfaat dan dapat ilmu baru. Iolss pon kena aware sbb every time bila ada sakit yg memerlukan darah iolss di ambil, nurse2 akan cakap kat jolss pekatnya darah. Iolss tanya kenapa boleh pekat tp nurse hanya jawab kurang air. Thanks tt lepas ni iolss kena lebih aware
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Good sharing. Thx tt
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
aku pulak darah cair..dua2 tak baik...aihhhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2020 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga kita dijauhkan dgn penyakit pelik pelik ni.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 09:23 AM | Show all posts
Watermelon Game is completely free to play, making it accessible to anyone who wants to enjoy a fruity and entertaining gaming experience. There are no in-app purchases or hidden fees, so you can dive in and start slicing right away.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2024 12:30 PM | Show all posts
Drift Boss Games have gained significant popularity in the world of online gaming, offering exciting and thrilling gameplay experiences for drift enthusiasts.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 10:17 PM | Show all posts
Mp3 Juice is a well-known, free platform for downloading MP3 music. It also provides a search engine that enables you to explore MP3 audio files across the Internet. By entering your search query in the Mp3 Juice search field.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 10:22 PM | Show all posts
Y2mate is the fastest Youtube Downloader tool that allows you to easily convert and download videos and audio from youtube for free and in the best available quality. Y2mate supports downloading all video formats such as: MP4, M4V, 3GP, WMV, FLV, MO, MP3, WEBM, etc.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2024 08:13 PM | Show all posts
Download Lagu adalah situs populer yang menjadi tempat terbaik untuk download lagu mp3 tercepat, mudah, dan tentunya gratis. Selain menyediakan fitur download lagu gratis, kami juga membantu Anda menemukan musik-musik yang sedang tren dengan cepat tanpa memerlukan aplikasi tambahan di sini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:16 PM GMT+8 , Processed in 0.089347 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list